Jenis/bentuk sah | Swasta |
---|---|
Industri | |
Ditubuhkan | 20 Ogos 2021 |
Pengasas | Sinan Ismail |
Ibu pejabat | Cyberjaya, Selangor, Malaysia |
Tokoh penting | Sinan Ismail (CEO) |
Keluaran | |
Bilangan kakitangan | 38 (2022) |
Pembahagian |
|
Tapak web | duriooplus |
sunting · sunting di Wikidata |
Durioo Sdn. Bhd. ialah syarikat animasi dan pemula teknologi Malaysia yang menyediakan kandungan hiburan berunsurkan Islam yang diasaskan pada 20 Ogos 2021 oleh Sinan Ismail, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Digital Durian.[1]
Durioo ditubuhkan pada 20 Ogos 2021 oleh Sinan Ismail yang merupakan pengasas dan CEO Digital Durian, syarikat animasi yang terkenal dengan siri animasi Didi & Friends dan Omar & Hana.[2] Syarikat ini berpegang kepada misi untuk menghasilkan siri animasi kanak-kanak berunsurkan Islam bagi pasaran dunia.[3]
Selain animasi, Durioo menjadi pemula teknologi yang menawarkan perkhidmatan penstriman yang boleh ditonton di telefon bimbit, tab, televisyen pintar, peti android dan sebagainya.[3] Menurut Sinan, beliau berhasrat untuk melihat Durioo menjadi seperti Netflix dan Disney tetapi khusus untuk kanak-kanak beragama Islam.[3][4]
Durioo mengumumkan pada Mac 2023 bahawa mereka telah berjaya meraih suntikan dana pelaburan berjumlah RM12.5 juta dan ia telah melonjakkan nilai syarikat tersebut kepada RM100 juta. Syarikat ini juga menyasarkan mencapai 100,000 pelanggan berbayar menjelang hujung 2023 dan dengan sasaran 1 juta pelanggan berbayar menjelang 2025 kelak.[5]