Keluang Man | |
---|---|
Genre | Adiwira Animasi Komedi |
Pencipta | Kamn Ismail |
Dibangunkan oleh |
|
Pengarah |
|
Pelakon suara |
|
Negara asal | Malaysia |
Bilangan musim | 7 |
Bilangan episod | 144 |
Penerbitan | |
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 23–24 minit |
Syarikat penerbitan | UAS Animation Studios |
Syarikat pengedaran | UAS Animation Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV1 |
Siaran asal | 1998 – 2005 |
Keluang Man merupakan sebuah siri animasi televisyen Malaysia terbitan UAS Animation Studios yang bersiaran di TV1 dari 1998 hingga 2005. Ia diilhamkan oleh Kamn Ismail dengan telah pun membincangan ia secara perbincangan di meja bulat bersama pasukan pengasasnya pada Jun 1997 kerana menginginkan kehadiran "Adiwira Kebangsaan" pada ketika itu. Reka bentuk watak tersebut kemudiannya dibangunkan oleh Raja Zaharuddin Shah Raja Chik, bekas animator Usop Sontorian. Konsep asal animasi ini dicipta oleh Kamn dan pasukannya.[1] Pada tahun 2008, Keluang Man ditayangkan semula melalui saluran TV9.
Keluang Man merupakan sebuah cerita yang tidak mengamalkan konsep stereotaip seperti cerita adiwira yang sedia ada. Watak adiwiranya yang bersahaja dan tidak menggunakan kuasa ajaib selain daripada panduan naluri dan kejujuran telah memukau penonton. Pengarah animasinya, Kamn Ismail yang sebelum itu pernah mengarah siri animasi Usop Sontorian, bersama-sama 37 orang tenaga produksi tempatan yang kurang dari segi pengalaman dan pengetahuan khusus dalam bidang animasi.
Raja Zaharuddin Shah Raja Chik, salah seorang bekas animator Usop Sontorian telah menghasilkan rekaan watak animasi dan lakaran ceritanya yang pertama. Olahan ceritanya dan 13 sinopsis awal siri ini dihasilkan dalam masa seminggu oleh Kamn hasil bantuan bekas penyelaras animator Usop Sontorian, Wan Ayumi Wan Yusof. Sebelum memulakan penerbitan, satu kajian telah dilakukan berkaitan dengan suasana kehidupan dan perwatakan "Tetamu" di Taman Bahagia Tumpoi.
Walaupun aplikasi yang digunakan agak ketinggalan, tetapi jalan cerita dan konsep penceritaannya unik serta mengangkat martabat pesakit mental. Jalan ceritanya juga mampu memberi kepuasan kepada penonton serta mudah dihayati. Keluang Man merupakan animasi tempatan pertama yang menggabungkan animasi 2D dengan latar belakang 3D. Kesukaran menghasilkan gerak animasi dan gerak kamera dalam animasi yang lebih menarik telah menyebabkan Encik Kamn mencuba kaedah gabungan tersebut. Walaupun hasilnya tidak begitu kemas dan kadangkala menampakkan keganjilan dalam sesetengah babak, tenaga pekerjanya wajar mendapat pujian atas kesungguhan dan semangat dalam menghasilkannya. Episod pertamanya yang bertajuk "Pengenalan Keluang Man" berjaya dihasilkan dalam tempoh dua bulan.
Krisis ekonomi pada 1997 dan 1998 memberi kesan yang agak ketara kepada seluruh warga penerbitan Keluang Man. Siri ini terpaksa dihentikan seketika dan para karyawannya berhijrah ke syarikat animasi yang lain bagi meneruskan kesinambungan dalam kerjaya masing-masing. Namun, penerbitan Keluang Man diteruskan pada 2000 dan Kamn meninggalkan siri itu pada 2001 dan tugas sebagai pengarah digantikan oleh Mohd Ariffin Jamal sehingga 2003 dan Arjuna Ibnu Tapa sehingga 2005.
Seorang pemuda bernama Borhan yang tinggal di Hospital Bahagia Tumpoi (Bandar Fiksyen) sebenarnya adalah seorang pembela manusia sejagat iaitu Keluang Man. Pembantunya, Tiong Man sering membantunya menumpaskan musuh negara kerana pihak polis kawasan Tumpoi yang diketuai Inspektor Sahab seringkali terlambat sampai ke tempat kejadian. Khaty Ismail, seorang wartawan akhbar Metropolitan Tumpoi sering cuba menjejaki identiti mereka berdua. Kadangkala, gelagatnya seolah-olah sudah jatuh cinta dengan kelincahan mereka.
Homework Studio kembali membawa watak Keluang Man dalam bentuk komik. Medium yang berbeza ini ditonjolkan bagi memberi kelainan kepada penggemarnya.
Rencana utama: Keluang Man (filem) |
Astro Shaw telah diberikan tanggungjawab untuk menerbitkan filem aksi langsung Keluang Man hasil kerjasama dengan pemegang harta intelek animasi ini, Iconic Animation Studio dalam satu perjanjian bersama pada Mei 2022.[2][3]
Setahun kemudian, Astro Shaw mengumumkan pencarian bakat untuk mencari siapakah Borhan / Keluang Man. Filem tersebut bakal diarahkan oleh Anwari Ashraf Hashim yang terkenal sebagai pencipta Projek: Anchor SPM, Projek: High Council dan penulis siri filem Polis EVO.[4][5] Pencarian tersebut menerima ramai penyertaan termasuk Naim Daniel ketika beliau berkata demikian kepada New Straits Times.[6]
Setelah menjadi teka-teki orang ramai dan media, empat watak berdasarkan siri animasi ini didedahkan terlebih dahulu dengan Anwaar Beg Moghal sebagai Inspektor Sahab, Datuk Rosyam Nor sebagai Ahmad, Remy Ishak sebagai Shamsir dan Nas Muammar Zan (Nas-T) sebagai Borhan.[7][8] Rata-rata netizen meluahkan rasa positif terhadap pemilihan Nas-T sebagai Borhan.[9]