Eight FM (dahulunya One FM dan 8FM) merupakan sebuah stesen radio berbahasa Cina dan Kantonis milik Media Prima Audio.
Sejarah
8FM pada asalnya merupakan radio WanitaFM kemudian telah menutup operasinya dan dibeli oleh Media Prima. Frekuensi di Kuala Lumpur masih menggunakan frekuensi yang sama ketika WanitaFM beroperasi dahulu. Radio ini merupakan stesen radio yang mensasarkan pendengar dari usia 15 hingga 35 tahun. 8FM memulakan operasinya secara rasmi pada 19 Januari 2009 sebagai One FM.
Bermula 4 Mei 2021, stesen ini bersiaran serentak di 8TV, pada setiap Isnin - Khamis jam 1:30 - 7:00 pagi dan Jumaat - Ahad jam 2:00 - 7:00 pagi.
Bermula 2 Ogos 2021, One FM kini dikenali sebagai 8FM dan menjadi stesen radio pendamping kepada stesen televisyen 8TV dan logo 8FM jadi stesen televisyen digunakan dalam logo 8TV sehingga 31 Ogos 2023.
Pada 28 Mac 2022, 8FM tidak lagi bersiaran sementara melalui platform MYTV.[1]
Pada 25 September 2022, frekuensi 8FM di Kuantan, Pahang telah ditamatkan siarannya. Pendengar 8FM di Kuantan harus memuat turun aplikasi Audio+, mendengar secara online atau frekuensi FM 88.1MHz untuk mendengar 8FM.
Walaupun frekuensi 8FM di Kuantan telah diganti oleh Molek FM pada 2 Oktober 2022, tetapi 8FM masih boleh diterima di sebahagian Kuantan pada frekuensi FM 88.1MHz yang dipancar dari Gunung Ulu Kali.
Pada 1 Ogos 2023, 8FM kini dikenali tukar sebagai dalam bahasa Inggeris Eight FM dan slogan dalam bahasa Mandarin (每次突破0.1) ialah bahasa Melayu (Setiap kejayaan 0.1).