Skema ringkas untuk flora sebuah pulau — kesemua spesies tumbuhannya ditandai dalam kotak-kotak.

Dalam botani, flora mempunyai dua maksud. Maksud pertama merujuk kepada "semua tumbuhan yang hidup di dalam sesuatu kawasan atau zaman", khususnya tumbuhan yang asli. Maksud kedua merujuk kepada "buku atau karya" yang memerihalkan spesies tumbuhan yang terdapat di dalam sesuatu kawasan atau zaman bagi tujuan pengenalpastian. Sesetengah flora klasik dan moden disenaraikan di bawah.

Istilah "flora" berasal daripada bahasa Latin, Flora, yang merupakan dewi untuk bunga dalam mitologi Rom. Istilah padanan untuk haiwan ialah fauna. Flora, fauna dan bentuk hidupan lain seperti kulat dirujuk bersama sebagai biota. Semua flora dan fauna di dalam sesuatu kawasan dirujuk bersama sebagai biota.



Pengelasan flora

[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan-tumbuhan dikelompokkan kepada flora, bergantung kepada kawasan, zaman, atau persekitaran yang khas. Kawasan boleh merupakan habitat yang berbeza dari segi geografi, umpamanya gunung berbanding tanah pamah. Flora boleh bermaksud tumbuhan untuk sesuatu zaman sejarah, umpamanya flora fosil. Akhirnya, flora juga boleh dibahagikan lagi mengikut persekitaran khas:

Bakteria kekadang dimasukkan dalam kumpulan flora [1] [2] Diarkibkan 2007-07-15 di Wayback Machine. Kekadang juga, istilah flora bakteria dan flora tumbuhan telah digunakan secara berasingan.

Karya flora

[sunting | sunting sumber]

Secara tradisi, flora merupakan buku-buku, tetapi sesetengahnya kini diterbitkan dalam format CD-ROM atau tapak web. Kawasan yang dilitupi oleh sesuatu flora boleh ditakrifkan mengikut geografi atau politik, dan seringnya memerlukan pengetahuan botani yang khusus untuk digunakan dengan berkesan.

Flora seringnya mengandungi petunjuk diagnosis, terutamanya petunjuk dikotomi. Ini memerlukan seseorang pengguna untuk memeriksa sesuatu tumbuhan berulang kali supaya dapat memutuskan mana satu antara dua pilihan yang diberikan dalam flora adalah lebih tepat untuk tumbuhan itu.

Flora klasik

[sunting | sunting sumber]
Eropah
India
Indonesia

Flora moden

[sunting | sunting sumber]

Amerika

[sunting | sunting sumber]
Caribbean
Amerika Tengah & Selatan
Amerika Utara

Asia

[sunting | sunting sumber]
China dan Jepun
Asia Tenggara
Kawasan India dan Sri Lanka
Timur Tengah dan Asia barat

Australasia

[sunting | sunting sumber]

Kepulauan Pasifik

[sunting | sunting sumber]

Eropah

[sunting | sunting sumber]
British Isles

Afrika dan Madagascar

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]