Gendarmerie (/dʒɛnˈdɑːrməri/ atau /ʒɑːnˈdɑːrməri/) ialah sebuah pasukan tentera yang diberi tugas-tugas polis bagi menjaga ketenteraman awam.[1] Anggotanya dipanggil gendarme. Ia suatu cabang ketenteraan yang khusus di Perancis, bekas-bekas jajahannya (seperti Lubnan, Syria, Pantai Gading dan Congo) serta seberapa negara serantau zaman perang Napoleon[2] bertanggungjawab menjaga keamanan dalam negeri terutamanya di kawasan desa pedalaman dan kota-kota kecil dengan tugas tambahan sebagai polis tentera.[3] Gendarmeri diperkenalkan ke beberapa Pada pertengahan abad ke-12, sejumlah bekas wilayah perwalian atau jajahan Prancis atau
Pasukan polis sivil moden masih mengekalkan gelaran "gendarmerie" atas sebab-sebab sejarah.
Perkataan gendarmerie terbitan kata dasar gendarme berasal daripada Perancis Lama gens d'armes, bermakna lelaki bersenjata.[4] Sewaktu zaman lewat pertengahan hingga zaman awal moden, istilah tersebut dirujuk sebagai askar perisai berkuda keturunan bangsawan, dengan banyaknya berkhidmat didalam tentera darat Perancis (lihat Gendarme (sejarah)). Perkataan tersebut mendapat konotasi kepolisan hanya selepas Revolusi Perancis apabila pihak Maréchaussée dari Rejim Purba dinamakan semula Gendarmerie.
Mengikut sejarah, ejaan dalam bahasa Inggeris ialah gendarmery, tetapi sekarang orang Perancis mengejanya gendarmerie. Kamus Oxford English Dictionary (OED) menggunakan gendarmery sebagai ejaan utama; manakala kamus Merriam-Webster menggunakan gendarmerie sebagai ejaan utama.
1473-83 gendarmerye « ensemble de gens en armes ».. Dér. de gendarme*; suff. -erie*.
![]() |
Cari Gendarmery atau Gendarmery dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Gendarmerie |