Gestapo
Geheime Staatspolizei
Gestapo diurus oleh pegawai-pegawai SS.

Ejen-ejen preman Gestapo semasa operasi White Buses pada tahun 1945.
Intisari agensi
Dibentuk26 April 1933
Agensi terdahulu
  • Polis Rahsia Prusia
    Ditubuhkan 1851.
Dibubarkan8 Mei 1945
JenisPolis rahsia
Bidang kuasa
Jerman Jerman Nazi
Taklukan Eropah
Ibu pejabatPrinz-Albrecht-Straße, Berlin
52°30′26″N 13°22′57″E / 52.50722°N 13.38250°E / 52.50722; 13.38250
Kakitangan32,000 anggota tahun 1944[1]
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Polis rahsia
Agensi induk
Allgemeine SS
RSHA
Sicherheitspolizei

Geheime Staatspolizei [gĕ-hai-mĕ sytat-po-lit-séi] ("Polis Rahsia Negara", disingkatkan kepada Gestapo [gĕsy-ta-po] Sebutan bahasa Jerman: [ɡeˈstaːpo, ɡəˈʃtaːpo]  ( dengar)) adalah polis rahsia rasmi Jerman Nazi dan Eropah taklukan Jerman.

Hermann Goering membentuk unit ini pada tahun 1933. Permulaan tarikh 20 April 1934, ia dibawah pentadbiran SS Heinrich Himmler, yang telah dilantik (1936) oleh Hitler sebagai Ketua Polis Jerman (Chef der Deutschen Polizei).[2] Pada tahun 1936, Himmler menjadikan ia sebuah jabatan kecil dalam Sicherheitspolizei (SiPo) ("Polis Keselamatan"). Kemudian dari tarikh 27 September 1939 hingga seterusnya, ia telah ditadbir oleh Reichssicherheitshauptamt (RSHA) ("Pejabat Keselamatan Utama Reich") dan telah dianggap sebuah organisasi kembar Sicherheitsdienst (SD) ("Perkhidmatan Keselamatan").[3]

Perkembangan

1933-1936

Gestapo dibentuk pada tahun 1933 di Prusia atas usaha menteri dalam negeri Prusia Hermann Göring sebagai suatu badan "polis politik" (Politische Polizei) kecil yang tidak terikat dengan mana-mana organ perundangan lain di Berlin; ia meneruskan tradisi polis rahsia Prusia dengan tugas utama memantau serta menyingkir lawan politik. Pemimpin pertamanya adalah Dr. Rudolf Diels.

Pada tahun pertama kekuasaan Nazi di Jerman, perebutan kerusi pimpinan polis politik masih belum jelas: Heinrich Himmler yang berasal dari Bayern mendambakan kekuasaan semua polis politik di negeri-negeri luar Prusia, malah pada tahun 1934 menginginkan juga Gestapo masuk dalam daerah kekuasaannya; Göring bertumpu kepada perluasan angkatan udara (Luftwaffe) dan pada April 193/ Diels digantikan oleh Reinhard Heydrich. Gestapo berkembang menjadi organisasi yang besar dalam memata-matai penduduk Jerman dan melenyapkan lawan-lawan pemerintah NSDAP.

1936-1945

Pada 17 Jun 1936, Heinrich Himmler dilantik sebagai ketua kepolisan Jerman atas surat perintah Hitler berjudul („Erlass des Führers und Reichskanzlers über die Einsetzung eines Chefs der deutschen Polizei im Reichsministerium des Inneren“ (Keputusan Pemimpin dan Kanselor Reich mengenai pengangkatan kepala kepolisian Jerman di kementerian dalam negeri Reich).[4] Kesemua kesatuan polis yang merata dan pelbagai seperti Schutzpolizei, Gendarmerie dan Gemeindepolizei menjadi digabungkan dan tertumpu kepada suatu badan berpusat lalu tidak lagi berada dalam pengawasan ketua-ketua menteri-menteri negeri-negeri dalam Jerman. Gestapo berhak untuk menyiasat kasus-kasus pembelotan, perisikan dan sabotaj serta juga kasus-kasus jenayah terhadap NSDAP dan negara Jerman. Sebuah peraturan dikeluarkan pemerintah pada tahun 1936 memberikan kuasa sewenang-wenangnya yang tidak terbatas pada Gestapo.[5]

Pasca-perang dan perbicaraan

Setelah Jerman menyerah kalah kepada pihak Berikat pada Mei 1945, Pihak tersebut menubuhkan suatu Tribunal Tentera Antarabangsa untuk menghukum askar-askar Jerman yang ditawan. Gestapo merupakan antara enam kelompok yang dibicarakan bersama 22 ketua perang Jerman atas dakwaan melakukan jenayah perang, jenayah terhadap keamanan serta jenayah terhadap kemanusiaan dari 14 November 1945 hingga 3 Oktober 1946.[6]

Pada 1 Oktober 1946, the IMT menyabitkan kesalahan 21 defendan yang masih ada (seorang membunuh diri dalam tempoh ini) : 18 orang dikenakan hukuman mati atau pemenjaraan jangka panjang manakala tiga orang lain dibebaskan.[7] Tiga anggota utama dalam badan ini - Hermann Göring, Ernst Kaltenbrunner dan Arthur Seyss-Inquart - disabitkan kesalahan secara berasingan.

Lihat juga

Nota

  1. ^ Robert Gellately (Januari 1992). The Gestapo and German Society. ISBN 978-0-19-820297-4. |access-date= requires |url= (bantuan)
  2. ^ Lumsden 2002, m/s. 83.
  3. ^ Lumsden 2002, m/s. 80–84.
  4. ^ Schweder, Alfred (1937). Politische Polizei. Berlin: Heymannverlag. m/s. 158.
  5. ^ Shirer, William (1960). The Rise and Fall of the Third Reich. New York City: Simon & Schuster. ISBN 0-671-72868-7. Text "authorlink" ignored (bantuan); Text "William Shirer" ignored (bantuan)
  6. ^ Bernstein 1947, m/s. 267–275.
  7. ^ Evans 2010, m/s. 741–743.

Bibliografi

Pautan luar

Kategori berkenaan Gestapo di Wikimedia Commons