Reichssicherheitsdienst | |
![]() RSD ialah salah satu cabang dalam SS. | |
![]() RSD berdiri di antara ketibaan Joseph Goebbels and Hermann Goering di Nürnberg, 1936. | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1933 |
Agensi-agensi terdahulu |
|
Dibubarkan | 8 Mei 1945 |
Jenis | Pasukan Keselamatan |
Bidang kuasa | ![]() Taklukan Eropah |
Ibu pejabat | Prinz-Albrecht-Straße, Berlin 52°30′26″N 13°22′57″E / 52.50722°N 13.38250°E |
Menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif Pasukan Keselamatan |
|
Agensi induk | ![]() |
Reichssicherheitsdienst (RSD, terjemahan harfiah: "Perkhidmatan keselamatan Reich") adalah sebuah pasukan keselamatan SS Nazi Jerman. Pada asalnya, pengawal peribadi kepada Adolf Hitler, kemudian menyediakan anggota untuk melindungi pemimpin-pemimpin berpangkat tinggi Nazi yang lain. Kumpulan itu, walaupun sama nama, berlainan sama sekali daripada Sicherheitsdienst (SD) yang merupakan perkhidmatan perisikan rasmi bagi SS, Parti Nazi dan kemudiannya Nazi Jerman.
Peranannya juga termasuklah menjaga keselamatan peribadi, menyiasat plot pembunuhan, pengawasan lokasi sebelum kedatangan orang kenamaan Nazi dan memeriksa bangunan serta tetamu. RSD mempunyai kuasa untuk meminta bantuan daripada mana-mana organisasi SS lain dan mengambil alih semua peranan Ordnungspolizei (pasukan polis) dalam melindungi pegawai-pegawai Nazi.