Rencana ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.Cari sumber: "Golongan bangsawan" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (September 2022) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)

Golongan bangsawan (Jawi: ݢولوڠن بڠساون) merupakan suatu kelas sosial yang berasal dari golongan bangsawan atau aristokrat. Bangsawan disini tidak semestinya termasuk golongan raja tetapi mereka yang datang dari status tinggi dan |berharta.

Keistimewaan dan kedudukan dalam kalangan golongan ini sering diberikan oleh orang yang memerintah sama ada daripada seorang tokoh utama (raja) mahupun badan yang mewakilinya; namun orang kebanyakan mampu memperolehi kedudukan tinggi ini melalui pengumpulan kuasa, kekayaan, kekuatan tentera mahupun hubungan kuat dengan kerabat raja yang secukupnya.[1]

Pangkat dan gelaran kehormat seperti "Datuk", "Orang Kaya" mahupun "Tuan" sering digunakan bagi membezakan kedudukan golongan ini daripada orang kebanyakan sama ada dalam konteks perutusan surat mahupun dalam perbualan.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Move Over, Kate Middleton: These Commoners All Married Royals, Too". Vogue (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-10-24.

Pautan luar