Gugudan | |
---|---|
![]() Gugudan di showcase Act. 5 New Action Dari kiri ke kanan: Soyee, Sally, Mimi, Sejeong, Hana, Mina, Nayoung dan Haebin. | |
Latar belakang | |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | |
Tahun aktif | 2016 | –2020
Syarikat rakaman | Jellyfish Entertainment |
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | Laman web rasmi |
Bekas ahli |
|
Nama Korea | |
Hangul | 구구단 |
Hanja | 九九段 |
Perumian Semakan | Gugudan |
McCune–Reischauer | Kukutan |
Gugudan (Hangul: 구구단 , juga digayakan sebagai gu9udan[1] atau gx9) adalah sebuah kumpulan wanita Korea Selatan yang ditubuhkan pada tahun 2016 oleh Jellyfish Entertainment dan kumpulan wanita pertama syarikat itu. Kumpulan ini terdiri daripada lapan orang ahli: Mimi, Hana, Haebin, Nayoung, Sejeong, Sally, Soyee, Mina dan Hyeyeon. Pada asalnya kumpulan ini mempunyai sembilan ahli, namun Hyeyeon kemudian mininggalkan kumpulan pada 25 Oktober 2018. Kumpulan ini debut pada 28 Jun 2016 dengan album mini pertama mereka Act. 1 The Little Mermaid.
Setelah dua tahun tanpa aktiviti berkumpulan, Gugudan bubar pada 31 Disember 2020.
Pada Januari 2016, Nayoung, Sejeong dan Mina telah diperkenalkan sebagai pelatih wanita pertama Jellyfish Entertainment dalam rancangan survival Mnet, Produce 101, di mana 101 pelatih wanita dari pelbagai syarikat bertanding untuk debut dalam kumpulan wanita sebelas ahli yang akan mempromosikan selama setahun di bawah YMC Entertainment. Selepas menduduki tempat ke-2 dan ke-9 di dalam episod terakhir, Sejeong dan Mina membuat memulakan debut sebagai ahli I.O.I pada bulan Mei 2016.
Walaupun menafikan laporan awal Sejeong dan Mina memulakan debut dalam kumpulan wanita 3 orang ahli pada bulan Jun, Jellyfish Entertainment mengesahkan pada 7 Jun bahawa dua orang ahli I.O.I itu akan debut dalam bulan itu dalam kumpulan wanita pertama syarikat itu.[2][3] Disebabkan syarat khas YMC Entertainment di mana ahli I.O.I dibenarkan melakukan aktiviti di bawah syarikat masing-masing semasa I.O.I sedang berehat atau semasa kumpulan itu melakukan promosi dalam sub-unit, tiada komplikasi dengan rancangan tersebut.[4]
Nayoung juga disahkan sebagai ahli pada 10 Jun[5] dan pada 13 Jun, Jellyfish Entertainment mendedahkan bahawa Gugudan akan menjadi kumpulan sembilan orang ahli.[6] Pada 17 Jun, Jellyfish Entertainment mengumumkan nama kumpulan.[7]
Pada 22 Jun, kumpulan ini mengesahkan bahawa mereka akan berkonsepkan "ikan duyung".[8] Susulan pengumuman itu, highlight medley album mini sulung kumpulan itu dikeluarkan pada 24 Jun.[9] Mereka memulakan debut pada 28 Jun 2016, dengan album mini pertama mereka Act. 1 The Little Mermaid dengan "Wonderland" sebagai single utama.[10][11] Showcase sulung mereka telah diadakan di Yes24 Live Hall pada hari yang sama dengan pengeluaran album.[12]
Gugudan mengambil bahagian dalam projek musim sejuk tahunan Jellyfish Entertainment, Jelly Christmas 2016, dengan rakan label mereka Seo In-guk, VIXX, Park Yoon-ha, Park Jung-ah, Kim Gyu-sun, Kim Ye-won dan Jiyul. Tajuk lagu, "Falling (니가 내려와)" telah dikeluarkan secara digital pada 13 Disember 2016.[13][14][15][16][17]
Mini album kedua mereka Act. 2 Narcissus dan single utama "A Girl Like Me" telah dikeluarkan pada 27 Februari.[18]
Pada 8 November, kumpulan ini mengeluarkan album single Pertama mereka Act. 3 Chococo Factory yang menampilkan "Chococo" sebagai single utama.[19] Sebelum pengeluaran itu, diumumkan bahawa Soyee akan berehat untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahu yang dialaminya sejak sebelum debutnya.[20]
Pada 1 Februari, Gugudan melancarkan album single kedua mereka Act. 4 Cait Sith, dengan single utama "The Boots".[21]
Pada 17 Mei, telah diumumkan bahawa ahli termuda Hyeyeon akan berehat sementara daripada semua aktiviti kumpulan kerana masalah kesihatan.[22]
Gugudan secara rasminya memulakan debutnya di Jepun dengan mengeluarkan single Stand By mereka yang pertama di Jepun pada 19 September. Pada 21 September, Gugudan mengadakan showcase debut mereka dan fanmeeting bertajuk Gugudan 1st Showcase & Fanmeeting "Dear Friend" di Jepun di Tokyo Akasaka Blitz.[23][24] Kumpulan ini juga mengadakan jelajah Jepun pertama mereka di Osaka dan Tokyo bermula pada 7 Disember 2018.[25]
Hyeyeon meninggalkan kumpulan atas sebab peribadi pada bulan Oktober 2018.[26]
Pada 6 November, Gugudan mengeluarkan album mini ketiga mereka Act. 5 New Action yang mengandungi enam buah lagu, termasuk single utama "Not That Type".[27][28]
Pada April 2020, ahli Cina Sally menyertai rancangan survival Cina Produce Camp 2020. Pertunjukan survival berakhir dengan Sally menduduki tempat keenam, menjadikannya ahli kumpulan wanita sementara BonBon Girls 303.
Pada 30 Disember, Gugudan telah mengumumkan pembubaran mereka. Jadual akhir mereka akan selesai pada 31 Disember 2020.[29]
Pada Julai 2017, Jellyfish Entertainment membentuk kumpulan subunit pertama bernama Gugudan 5959 (Hangul: 구구단 오구오구 ; dieja sebagai "Ogu-ogu"), yang terdiri daripada ahli termuda Mina dan Hyeyeon.[31][32] Nama "5959" terdiri dari angka yang diwakili mereka di Gugudan: Hyeyeon mewakili nombor 5 dan Mina mewakili nombor 9. 5959 mengeluarkan single pertama mereka "Ice Chu" pada 10 Ogos 2017.[33][34]
Selepas Hyeyeon meninggalkan kumpulan pada Oktober 2018, subunit tersebut menjadi tidak aktif.
Rencana utama: Gugudan SeMiNa |
Pada bulan Jun 2018, Jellyfish Entertainment membentuk subunit kedua Gugudan, yang terdiri daripada ahli Sejeong, Mina dan Nayoung, bernama Gugudan SeMiNa (Hangul: 구구단 세미나 ).[35][36] Nama "SeMiNa" terdiri daripada suku kata pertama nama ahli. Gugudan SeMiNa memulakan debut dengan mengeluarkan album single pertama dengan nama yang sama. Album single itu terdiri daripada dua buah lagu dan dikeluarkan pada 10 Julai 2018.[37][38]
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan | |||
---|---|---|---|---|---|---|
KOR [39] |
JPN [40] |
JPN Hot [41] | ||||
Act. 1 The Little Mermaid |
|
2 | — | — |
| |
Act. 2 Narcissus |
|
3 | — | — | ||
Stand By |
|
— | 47 | 63 |
| |
Act. 5 New Action |
|
8 | — | — |
| |
"—" menandakan keluaran yang tidak dicatatkan atau tidak dikeluarkan di rantau itu. |
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan |
---|---|---|---|
KOR [39] | |||
Act. 3 Chococo Factory |
|
8 |
|
Act. 4 Cait Sith | 7 |
|
Tajuk | Tahun | Kedudukan tertinggi carta | Jualan (DL) |
Album | |
---|---|---|---|---|---|
KOR [52] |
KOR Hot [53] | ||||
"Wonderland" | 2016 | 35 | — |
|
Act. 1 The Little Mermaid |
"A Girl Like Me" (나 같은 애) | 2017 | 38 |
|
Act. 2 Narcissus | |
"Chococo" | —[A] | — |
|
Act. 3 Chococo Factory | |
"The Boots" | 2018 | —[B] | 100 | — | Act. 4 Cait Sith |
"Not That Type" | —[C] | — | Act. 5 New Action | ||
"—" menandakan keluaran yang tidak dicatatkan atau tidak dikeluarkan di rantau itu. |
Tajuk | Tahun | Kedudukan tertinggi carta |
Artis lain | Sales (DL) |
Album | |
---|---|---|---|---|---|---|
KOR [52] | ||||||
"Falling" (니가 내려와) |
2016 | 34 | Seo In-guk, VIXX, Park Yoon-ha, Park Jung-ah, Kim Gyu-sun, Kim Ye-won, Jiyul |
|
Jelly Christmas 2016 | |
"—" menandakan keluaran yang tidak dicatatkan atau tidak dikeluarkan di rantau itu. |
Tajuk | Tahun | Ahli | Kedudukan tertinggi carta | Album | |
---|---|---|---|---|---|
KOR [52] | |||||
"Perhaps Love" (사랑일 것 같더라)[perlu rujukan] |
2017 | Semua | — | Story About: Some, One Month Episode 1 | |
"Believe in This Moment" (이 순간을 믿을게)[perlu rujukan] |
— | School 2017 OST | |||
"Diary (2001 Remix Ver.)" (일기)[perlu rujukan] |
Mimi, Hana, Nayoung, Mina | — | Children of the 20th Century OST | ||
"—" menandakan keluaran yang tidak dicatatkan atau tidak dikeluarkan di rantau itu. |
Tajuk | Tahun | Pengarah | Ref. |
---|---|---|---|
"Wonderland" | 2016 | Zanybros | [61] |
"A Girl Like Me" (나 같은 애) | 2017 | Digipedi | [62][63] |
"Chococo" | |||
"The Boots" | 2018 | Purple Straw Film | [64] |
"Not That Type" | August Frog | — |
Anugerah | Tahun | Kategori | Calon/Karya | Keputusan | Ref. |
---|---|---|---|---|---|
Asia Artist Awards | 2016 | Popularity Award (Singer) | Gugudan | Tercalon | [66] |
2017 | Rising Star Award | Menang | [67] | ||
Popularity Award (Singer) | Tercalon | ||||
2018 | Tercalon | ||||
New Wave Award (Music) | Menang | ||||
Gaon Chart Music Awards | 2017 | New Artist of the Year | Tercalon | ||
Golden Disc Awards | 2017 | New Artist of the Year | Tercalon | [68] | |
Popularity Award | Tercalon | ||||
Asian Choice Popularity Award | Tercalon | ||||
Korean Culture and Entertainment Awards | 2017 | K-Pop Award | Menang | ||
Mnet Asian Music Awards | 2016 | Best New Artist (Female Group) | Tercalon | ||
Artist of the Year | Tercalon | ||||
Rookie Asia M-style Show | 2016 | Cultural Technology – Awesome Style Award | Menang | ||
Seoul Music Awards | 2017 | Bonsang Award | Tercalon | ||
New Artist Award | Tercalon | ||||
Popularity Award | Tercalon | ||||
Hallyu Special Award | Tercalon | ||||
2018 | Bonsang Award | Tercalon | |||
Popularity Award | Tercalon | ||||
Hallyu Special Award | Tercalon | ||||
Soribada Best K-Music Awards | 2017 | Performance Award | Menang | [69][70] | |
Popularity Award | Tercalon |
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Gugudan |