Prof Adjung Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim | |
---|---|
Ahli Majlis Pemulihan Negara | |
Memegang jawatan 23 Julai 2021 | |
Perdana Menteri | |
Pengerusi | Muhyiddin Yassin |
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia | |
Dalam jawatan 16 Januari 2020 – 5 April 2021 | |
Perdana Menteri | |
Menteri | |
Timbalan Menteri | |
Didahului oleh | Amin Senin |
Digantikan oleh | Nor Zamani Abdol Hamid |
Butiran peribadi | |
Lahir | Habibah binti Abdul Rahim 5 April 1961 |
Pekerjaan | Pendidik |
Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim adalah merupakan mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ke-17.[1] Beliau merupakan wanita kedua yang dilantik ke jawatan tersebut sejak ia mula diwujudkan. Beliau bersara wajib pada tahun 2021[2] dan terus aktif dalam berkhidmat kepada masyarakat.
Sebelum Dr. Habibah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, beliau adalah merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Kurikulum). Antara jawatan lain yang pernah disandang termasuklah sebagai Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan dan Pengarah Eksekutif Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan.[3]
Beliau memainkan peranan besar dalam membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) ketika Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pendidikan Malaysia.[4]
Beliau adalah pensyarah kanan di Institut Aminuddin Baki sebelum bertugas di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Pemulihan Negara[5] selaku Fellow Kanan Institut Masa Depan Malaysia.[6] Beliau juga telah dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia.[7]