Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)[1] adalah cetusan ilham, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ianya telah dilancarkan pada 6 September 2013 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Ia mengandungi lima aspirasi sistem dan enam ciri murid yang akan dicapai dalam tempoh 13 tahun, bermula dari tahun 2013 hingga 2025. Merupakan manifestasi transformasi kerajaan yang paling menyeluruh dan besar bagi murid dari pra sekolah hingga ke pusat pengajian tinggi, dalam mendatangkan pulangan terbaik modal insan untuk memacu segala hasrat pembangunan negara.
Gelombang pertama bermula dari tahun 2013 hingga 2015, yang memberi penekanan kepada menambah baik sistem dengan mempercepat perubahan kaedah pelaksanaan program.
Dalam tempoh pelaksanaan itu, tumpuan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia ada, meningkatan kualiti kepimpinan sekolah dan meningkatkan kadar literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan numerasi.
Menjelang akhir Gelombang 1, Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan semua guru, pengetua/guru besar dan sekolah mencapai tahap minimum standard kualiti yang dihasratkan.
Kementerian akan melaksana perubahan struktur pendidikan negara untuk mempercepat perjalanan perubahan kepada semua inisiatif yang bermula semasa Gelombang 1, antaranya pergerakan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baru dan penstrukturan semula kementerian.
Kurikulum standard sekolah rendah dan menengah yang disemak semula juga akan diperkenal dalam usaha menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.
Memfokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi, di mana pada permulaan gelombang ini, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.
Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran, dalam usaha membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi.
Bagi mencapai matlamat tersebut, kementerian telah menggariskan 11 anjakan yang perlu dilaksanakan seperti berikut[3]
Bagi sektor pengajian tinggi pula, terdapat 10 lonjakan yang perlu dicapai, antaranya[4]