Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan mulai 2012 di sekolah rendah dan sekolah menengah Malaysia. Tetapi Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa pengantar di peringkat universiti, matrikulasi dan tingkatan 6. Pemansuhkan itu diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Julai 2009 setelah mendapat kecaman parti politik, ibu bapa cendekiawan, gerakan pelajar dan mahasiswa, pakar bahasa dan sasterawan di Malaysia. Selain itu kajian bebas antarabangsa turut membuktikan tahap pencapaian negara merosot dengan teruknya di kalangan 59 negara.

Hasil kajian kajian 2007, kajian penting antarabangsa mengenai pencapaian Matematik dan Sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) dilaksanakan membabitkan 59 negara oleh Trends in Internationnal Mathematics and Science Study.[1]

Hasil kajian 2007 menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

Di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS 2007, yang dilaksanakan Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat itu, ada negara yang skor purata pencapaian pelajarnya meningkat sedikit atau menurun sedikit. Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi Matematik dan 40 mata bagi Sains adalah signifikan, mengikut laporan itu dan terbesar sekali di kalangan 59 negara itu.[2]

Berdasarkan pelbagai pertimbangan, pemansuhan itu diputuskan oleh kabinet Malaysia. Sebelum itu Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mendapatkan pandangan daripada penggerak dasar tersebut, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau juga menemui pihak UNESCO di Paris untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak.

Pemansuhan itu dibantah oleh pengagum bahasa Inggeris, mereka yang bertutur bahasa Inggeris di rumah, bersekolah di bandar dan lain-lain. [3] [4] Antaranya adalah Kelab Penyokong PPSMI yang menggelar kumpulan mereka PAGE (Parents Action Group for English) dan dipengerusi oleh Noor Azimah Abdul Rahim.[5][6] Peruntukan RM5 juta disediakan untuk memantapkan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.

Beberapa perubahan dasar

Faktor pemansuhan

Pihak mendesak pemansuhan PPSMI

Syarat lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)hanya akan menyekat peluang pelajar di bandar dan luar bandar untuk meneruskan pengajian di peringkat universiti. Pelajar yang tidak lulus Bahasa Inggeris tentu akan jadi mangsa sistem pendidikan.
Kemerosotan pencapaian pelajar dalam bahasa Inggeris di peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak patut dijadikan alasan untuk meneruskan PPSMI..

Pandangan Tun Dr Mahathir

Ramai beranggapan jemaah menteri tidak berani memansuhkan 'dasar kontrovesi' ini selagi adanya Tun Dr Mahathir Mohamad. Tan Sri Muhyiddin Yassin memberanikan diri menemui beliau perbincangan dan musyawarah telah diadakan. Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO telah dimaklumkan pada bulan Jun 2009.

Persediaan

Masa 2 1/2 tahun (2009-2012) adalah tempoh membuat persediaan termasuk kelengkapan yang cukup, bahan yang digunakan, makmal bahasa yang baik serta guru-guru yang mahir.

Bantahan

Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) mendesak agar PPSMI dimansuhkan secepat mungkin dan secara menyeluruh termasuk di peringkat universiti. Perkara itu diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ (TIMSS 2007)
  2. ^ Bahasa Melayu untuk Sains, Matematik tetap realistik.
  3. ^ PPSMI Wajar Diteruskan, 10/3/2009 7:27:23 PM, Pengirim: Yayah.
  4. ^ Subjek Sains Dan Matematik Wajar Diteruskan Dalam Bahasa Inggeris, Kata Dr Mahathir.
  5. ^ "MBMMBI and PPSMI are two different animals — Noor Azimah Abdul Rahim". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-24. Dicapai pada 2010-04-20.
  6. ^ `English must be in the equation'
  7. ^ Keputusan Mansuh PPSMI Muktamad, Kata Tan Sri Muhyiddin
  8. ^ Mansuh PPSMI Pada 2012 Bukan Keputusan Terburu-Buru - Muhyiddin
  9. ^ Matlamat Memantapkan Penguasaan Bahasa Inggeris Masih Sama - Najib
  10. ^ The Use of Vernacular Languages.
  11. ^ Muktamar Pas lulus usul supaya PPSMI dimansuh
  12. ^ Shura Gesa Kerajaan Mansuhkan PPSMI
  13. ^ PPSMI dimansuhkan?
  14. ^ "Tokoh akademik mahu PPSMI dimansuhkan segera". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-12. Dicapai pada 2009-07-16.
  15. ^ Malaysia
  16. ^ Penentuan misi PPSMI