Hassan Muthalib | |
---|---|
Kelahiran | Hassan bin Abdul Muthalib 3 November 1945 |
Nama lain | Pak Hassan |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1964–kini |
Anak-anak | 3 |
Hassan Abdul Muthalib (lahir 3 November 1945) merupakan seorang juruanimasi, pengkritik dan pengarah filem, dan pelukis Malaysia yang mempelopori animasi Malaysia.[1] Beliau diberi jolokan "Bapa Animasi Malaysia".[2][3]
Hassan Muthalib, lebih mesra dengan panggilan Pak Hassan dilahirkan pada 3 November 1945 di Alor Setar, Kedah dan dibesarkan di Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Menengah George Town, Pulau Pinang. Semasa zaman persekolahannya, beliau amat aktif dalam seni lukisan dan kurang berminat membaca.
Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1964 pada usia 19 tahun dan bekerja di Gedung Beli-belah Robinson di mana beliau bergiat aktif dalam seni komersial. Empat tahun kemudian, iaitu pada 1968, beliau menyertai Filem Negara Malaysia (FNM) sebagai pelakar tajuk filem, seterusnya menghasilkan animasi. Hassan menghasilan animasi pendek untuk Filem Negara termasuk Bunuhlah Nyamuk Aedes, Jimatkan Elektrik dan Silinder Gas. Hassan diberi kepercayaan menghasilkan animasi Sang Kancil yang pernah bersiaran di RTM pada 1980-an.
Beliau menamatkan kerjayanya di FNM pada 1995 selepas berkhidmat selama 27 tahun.[4] Pada tahun 1998, Hassan mengarahkan filem animasi pertama negara, Silat Lagenda yang ditayangkan pada 27 Ogos.[5] Beliau mengarang buku bertajuk Malaysian Cinema in a Bottle (Pawagam Malaysia di dalam Botol) yang diterbitkan pada 2014.[6][7] Dua tahun kemudian, beliau mengarang buku keduanya, From Deer Mouse to Mouse: 70 Years of Malaysian Animation yang dilancarkan sempena ulang tahun ke-70 animasi Malaysia.[8]
Hassan ialah bapa kepada tiga anak. Dua anak lelakinya, Samad Hassan dan Ahmad Hassan, juga terlibat dalam animasi.[9]
Pada 3 September 2018, Hassan bersama-sama Tokoh Akademik, Khoo Kay Kim terpilih sebagai penerima Anugerah Merdeka 2018 yang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.[10][11][12] Anugerah lain yang diterima beliau termasuk:[4]
Umum | |
---|---|
Perpustakaan negara | |
Lain-lain |