Izzmad Harun | |
---|---|
Nama lahir | Muhammad Hazwan bin Harun |
Kelahiran | 1994 (umur 29–30) Teluk Intan, Perak, Malaysia |
Genre | |
Pekerjaan | Penyanyi, penulis lagu |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2015–kini |
Syarikat rakaman | Zizzra Red Entertainment |
Muhammad Hazwan "Izzmad" Harun ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia.[1] Beliau terkenal dengan lagu-lagu nyanyiannya seperti "Cinta Di Hujung Dedaun" dan "Bulan Bintang".[2][3]
Izzmad memulakan kerjaya muziknya selepas menyertai pelbagai pertandingan termasuk Karaoke Jelajah Pulau Pinang dan ujibakat di bawah penilaian pimpinan Orkestra RTM, Ismail Ahmad Nawab. Bermula dari situ, beliau ditawarkan merakamkan single bertajuk "Cinta Di Hujung Dedaun" yang bergenre pop balada hasil karya Amar Mahsuri, Mie Kuarters dan Man Ikhman. Beliau kemudian melancarkan album EP senama yang memuatkan sebanyak 8 lagu, dan menerima sentuhan daripada Rosli Selasih dan Nira Aria.[4] Beliau melancarkan single ke-11, "Bisa Pertama" pada Disember 2018.[3] Izzmad juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan selepas bakatnya dicungkil oleh Shuhaimi Lua Abdullah dan pernah membintangi beberapa drama dan telefilem seperti Jangan Ambil Botol Itu dan Isteri Untuk Abang Long.[5][6]
Izzmad dilahirkan dan dibesarkan di Teluk Intan, Perak dan merupakan anak ketiga daripada empat beradik. Adik bongsunya, Nur Hazwana memiliki status Orang Kurang Upaya (OKU) yang menghidap penyakit saraf air kepala tersumbat.[5][7][8]
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Cinta Di Hujung Dedaun" | 2015 |
"Bulan Bintang" | 2016 |
"Nilai Kasih" | 2017 |
"Bisa Pertama" | 2018 |