Jawa
جاوا
Nama asli:
ꦗꦮ (Jawa)
ᮏᮝ (Sunda)
Topografi Jawa
Geografi
LokasiIndonesia
Koordinat7°29′30″S 110°00′16″E / 7.49167°S 110.00444°E / -7.49167; 110.00444Koordinat: 7°29′30″S 110°00′16″E / 7.49167°S 110.00444°E / -7.49167; 110.00444
KepulauanKepulauan Sunda Besar
Luas129,904 km2 (50,156 bt2)
Kedudukan luaske-13
Aras tertinggi3,676 m (12,060 ft)
Puncak tertinggiSemeru
Pentadbiran
WilayahBanten,
Daerah Ibu Kota Istimewa Jakarta,
Jawa Barat,
Jawa Tengah,
Jawa Timur,
Daerah Istimewa Yogyakarta
Penempatan terbesarJakarta (pop. 10,562,088)
Demografi
Populasi151.6 juta (2020)
Pop. density1,121 /km2 (2,903 /sq mi)
Kumpulan etnikJawa (termasuk Tengger, Samin, Osing, Banyumasan, Cirebon),
Sunda (termasuk Banten, Baduy, Cirebon),
Betawi,
Madura,
Melayu

Jawa (Jawa: ꦗꦮ Jåwå, Jawi: جاوا, Pegon: جاوه, bahasa Sunda: ᮏᮝ, bahasa Madura: Jhâbâ) ialah nama sebuah pulau yang termasuk ke dalam Kepulauan Sunda Besar di Indonesia. Pulau ini termasuk pulau terbesar di Indonesia.

Pulau Jawa di Indonesia yang mempunyai kawasan seluas 126,700 km persegi mempunyai 146 juta penduduk dan merupakan pulau paling padat penduduknya di Indonesia, dengan jumlah penduduk seramai 1 160 orang setiap kilometer persegi. Jika Jawa ialah sebuah negara, ia menjadi negara kedua paling padat di dunia, kecuali untuk beberapa negara kecil (selepas Bangladesh).

Pentadbiran

Jawa terbahagi kepada 4 provinsi, 1 daerah istimewa, dan 1 daerah khusus ibu kota:

Geografi

Semula jadi

Jawa terletak dalam rantaian kepulauan dengan Sumatra di barat laut dan Bali di sebelah timur. Di sebelah timur laut terletak Borneo. Di selatan ialah Pulau Krismas.

Jawa hampir keseluruhannya berasal daripada gunung berapi, dan mengandungi tidak kurang daripada tiga puluh lapan gunung yang berbentuk kon menunjukkan ia merupakan gunung berapi yang pernah aktif.

Penduduk

Ibu negara Indonesia, Jakarta terletak di Jawa. Pusat kebudayaan pulau Jawa ialah bandar Surakarta dan Yogyakarta. Borobudur merupakan binaan Buddha berbentuk piramid yang terletak berhampiran Yogyakarta.

Kebudayaan

Gunung-gunung di Jawa