![]() Defoe bersama Sunderland | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Jermain Colin Defoe[1] | ||
Tarikh lahir | 7 Oktober 1982 | ||
Tempat lahir | Beckton, London, England | ||
Ketinggian | 1.71 m (5 ka 7 5⁄16 in)[2] | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Sunderland | ||
Nombor | 18 | ||
Kerjaya remaja | |||
Senrab F.C. | |||
1997–1999 | Charlton Athletic | ||
1999 | West Ham United | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1999–2004 | West Ham United | 93 | (29) |
2000–2001 | → Bournemouth (pinjam) | 29 | (18) |
2004–2008 | Tottenham Hotspur | 139 | (43) |
2008 | → Portsmouth (pinjam) | 1 | (1) |
2008–2009 | Portsmouth | 30 | (14) |
2009–2014 | Tottenham Hotspur | 135 | (47) |
2014–2015 | Toronto FC | 19 | (11) |
2014 | → Tottenham Hotspur (pinjam) | 2 | (1) |
2015– | Sunderland | 22 | (6) |
Pasukan kebangsaan | |||
England B16 | 8 | (0) | |
2000–2001 | England B18 | 7 | (0) |
2001–2003 | England B21 | 23 | (7) |
2004– | England | 55 | (19) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16:05, 13 September 2015 (UTC) |
Jermain Colin Defoe (lahir 7 Oktober 1982) ialah pemain bola sepak profesional Inggeris yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Inggeris, Sunderland dan pasukan kebangsaan England.
Defoe memulakan kariernya bersama Charlton Athletic, menyertai pasukan belia mereka ketika berumur 14 tahun sebelum berpindah ke West Ham United ketika berumur 16 tahun. Dia membuat penampilan profesional pertamanya untuk West Ham pada tahun 2000 selepas pinjaman semusim ke Bournemouth semasa musim 2000–01. Selepas West Ham tersingkir liga pada tahun 2003, dia berpindah ke Tottenham pada bulan Januari 2004 dimana Defoe bermain selama 4 tahun sebelum dijual kepada Portsmouth pada bulan Januari 2008. Dia menghabiskan semusim di Fratton Park sebelum kembali ke Tottenham pada bulan Januari 2009. Dia bermain untuk Toronto FC dalam Major League Soccer pada tahun 2014, sebelum kembali ke England pada bulan Januari 2015 untuk menyertai Sunderland.
Pada bulan April 2011, Defoe menjadi pemain ke-20 untuk menjaringkan seratus gol dalam Liga Perdana dan sekarang ini merupakan penjaring ke-11 terbanyak dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.[3] Dia menjadi penjaring kelima terbanyak dalam sejarah Tottenham pada bulan September 2013,[4] dan penjaring terbanyak kelab itu dalam pertandingan Eropah pada bulan November 2013.[5] Defoe juga memegang rekod Liga Perdana Inggeris sebagai penjaring gol terbanyak sebagai pemain gantian dengan 22, sehingga 11 Januari 2014.[6]
Defoe membuat penampilan sulungnya untuk England pada tahun 2004 dan telah membuat 55 penampilan serta menjaringkan 19 gol,[7] termasuk tiga penampilan dan satu gol ketika Piala Dunia FIFA 2010.
22 – Jermain Defoe has scored more goals as a Premier League substitute than any other player (22). Trademark.
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Jermain Defoe |