Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Josmer Volmy Altidore[1] | ||
Tarikh lahir | 6 November 1989 | ||
Tempat lahir | Livingston, New Jersey, Amerika Syarikat | ||
Ketinggian | 6 ft 1 in (1.85 m)[2][3] | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Sunderland | ||
Nombor | 17 | ||
Kerjaya remaja | |||
2004–2006 | IMG Soccer Academy | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2006–2008 | New York Red Bulls | 37 | (15) |
2008–2011 | Villarreal | 9 | (1) |
2009 | → Xerez (pinjam) | 0 | (0) |
2009–2010 | → Hull City (pinjam) | 28 | (1) |
2011 | → Bursaspor (pinjam) | 12 | (1) |
2011–2013 | AZ | 67 | (39) |
2013–2015 | Sunderland | 42 | (1) |
2015– | Toronto FC | 0 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2005 | Amerika Syarikat B17 | 2 | (0) |
2007 | Amerika Syarikat B20 | 5 | (4) |
2008 | Amerika Syarikat B23 | 3 | (1) |
2007– | Amerika Syarikat | 76 | (25) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 13:32, 27 Disember 2014 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:17, 24 November 2014 (UTC) |
Josmer Volmy "Jozy" Altidore /ˈæltidɔər/ (lahir November 6, 1989)[4] merupakan pemain bola sepak Amerika Syarikat yang bermain untuk kelab Inggeris, Sunderland dan pasukan kebangsaan Amerika Syarikat.
Altidore membuat penampilan sulung profesionalnya pada tahun 2006 ketika berusia 16 tahun bersama New York Red Bulls. Ketika pertengahan musim ketiganya bersama New York, pada tahun 2008, dia berpindah ke Villarreal. Ketika tempohnya di Villarreal, dia keluar secara pinjaman tiga kali – dengan kelab Segunda División Xerez pada bulan Februari–Mei 2009, kelab Liga Perdana Inggeris Hull City untuk keseluruhan musim 2009–10 season, dan kelab Turki Bursaspor dimana dia dipinjamkan selama enam bulan. Ketika musim panas tahun 2011, dia berpindah ke AZ di Belanda. Pada Mac 3, 2013, Altidore melepasi Clint Dempsey dengan gol terbanyak oleh pemain Amerika Syarikat dalam semusim di Eropah dengan gol 24 nya dalam musim 2012–13. Ketika tingkap perpindahan musim panas 2013, Sunderland menandatangani Altidore.
Altidore telah mewakili Amerika Syarikat di pelbagai peringkat dalam pertandingan antarabangsa, antaranya beraksi untuk pasukan Amerika Syarikat bawah-17 ketika Piala Dunia B-17 FIFA 2005, pasukan bawah-20 ketika Piala Dunia B-20 FIFA 2007 dan pasukan bawah-23 ketika Sukan Olimpik 2008. Dia juga mewakili pasukan senior kebangsaan ketika Piala Konfederasi FIFA 2009, Piala Dunia FIFA 2010 dan Piala Dunia FIFA 2014.
Anak bongsu daripa empat orang anak keluarga Haiti-Amerika Syarikat, Altidore dilahirkan di Livingston, New Jersey dan dibesarkan di Boca Raton, Florida. Dia gemar bermain bola sepak sejak dia masih budak.[5] Altidore bermain untuk beberapa pasukan belia Florida Selatan seperti Kelab Bola Sepak Junior Boca Raton, Akademi Schulz dan Sunrise S.C. Selain itu juga dia berlatih bersama pasukan kebangsaan bawah-17 di Akademi IMG, Bradenton.
Pada Julai 5, 2013, AZ bersetuju menjual Altidore kepada kelab Liga Perdana Inggeris Sunderland.[6] Dia menyertai kelab itu atas kontrak empat tahun dengan yuran yang tidak didedahkan pada Julai 9, 2013.[7] Altidore menjaringkan gol pertamanya bersama Sunderland ketika kemenangan 4–2 ke atas MK Dons dalam Piala Liga.[8] Dalam Derby Tyne-Wear pertamanya, dia meletakkan persembahan pemain terbaik perlawanan ketika kemenangan 2–1. Pada Disember 4, 2013, Altidore menjaringkan gol pertama liga untuk Sunderland untuk memberikan pendahuluan 1–0 ke atas Chelsea, perlawanan yang berakhir dengan keputusan 3–4. Selepas gagal menjaringkan gol sekali lagi untuk Sunderland, Altidore digugurkan ke pasukan Bawah-21 Sunderland dan tidak bermain menentang Tottenham Hotspur pada April 7, 2014.[9]
Altidore mengakhiri musim 2013–14 dengan dua gol daripada 37 penampilan, dan sehingga bulan Oktober 2014, dia hanya membuat enam penampilan dan menjaringkan satu gol. Altidore berkata kepada pemberita, "Jika ia tidak pulih pada bulan Januari saya akan mencari tempat lain untuk bermain" untuk kekal dalam pasukan kebangsaan Amerika Syarikat.[10]
Altidore meninggalkan Sunderland pada bulan Januari 2015 dan menyertai Toronto FC dari Major League Soccer. Dia mengakhiri tempohnya bersama kelab itu dengan tiga gol dan 52 penampilan dalam pertandingan termasuk satu gol dalam 42 perlawanan liga.[11]
Pada bulan Januari 2015, Sunderland bersetuju untuk menghantar Altidore dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan ke Toronto FC dari Major League Soccer secara pertukaran dengan Jermain Defoe.
|journal=
(bantuan)
|journal=
(bantuan)
|journal=
(bantuan)
|date=
(bantuan)
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Jozy Altidore |