Klangit | |
---|---|
Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | |
Tahun aktif | 2008–2016 2020–kini |
Syarikat rakaman | |
Pengkarya berkait |
|
Ahli |
|
Klangit ialah sebuah kumpulan rock Malaysia berasal dari Kuala Lumpur. Kumpulan ini ditubuhkan pada Februari 2008, terdiri daripada Mohd Nor Hadre Ayub (Ary), dan Mohd Haris Mohamad (Haris).[1]
Kumpulan ini meraih kemasyhuran menerusi single popular mereka, "Sesal Mendua" dan "Dia Lydia".[2][3]
Biarpun sering disalah anggap sebagai kumpulan muzik Indonesia, hakikatnya, kesemua ahli kumpulan Klangit ialah anak jati Malaysia yang berasal dari Kuala Lumpur.[4][5]
Nama kumpulan ini diilhamkan daripada frasa 'menadah tangan ke langit' (berdoa). Pada Ogos 2011, Klangit mengikat kontrak rakaman bersama Sony Music Malaysia.[4]
Klangit mula mencuri perhatian umum menerusi single sulung mereka, "Sesal Mendua" hasil nukilan Panji Sakti . Jumlah muat turun lagu ini telah mencapai hampir 150,000 unit sejak mula dikeluarkan. Pada 5 Oktober 2012, album sulung mereka, Dewi telah dilancarkan.[4][6]
Pada tahun 2014, Klangit melancarkan EP pertama mereka, Satu Sama yang memuatkan sebanyak lima lagu. Klangit mengumumkan pembubaran mereka apabila vokalisnya, Ary memulakan kerjaya muzik secara solo.[7]
Pada tahun 2020, Klangit telah mengesahkan bahawa kumpulan tersebut bergiat aktif semula bersama syarikat rakaman Rusa Music serta mengeluarkan single "Aku Masih Di Sini".[8]
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Dewi |
|
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Satu Sama |
|
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Sesal Mendua" | 2011 |
"Dia Lydia" | 2012 |
"Dewi" | 2013 |
"Tak Mahu Dusta-Dusta"
"Ratu bohong" "Honey hani" "Satu sama" "Saat cinta" "Dia" "Kekasihku" |
2014 |
"Aku Masih Di Sini" | 2020 |
"Pusing" | 2022 |
"Pusing Raya"
"Hanyut" |
2023
2023 |