Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.Cari sumber: "Kolej / Maahad Hafiz Klang" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (Mac 2013) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Kolej / Maahad Hafiz Klang
Logo rasmi korporat Kolej / Maahad Hafiz
Lokasi
Klang, Selangor
Maklumat
JenisSekolah swasta
MotoKe Arah Melahirkan Professional Islam Yang Hafiz Al-Quran
Ditubuhkan1983
GredTadika, sekolah rendah & menengah, ma'ahad
Laman sesawang

Kolej / Maahad Hafiz yang terletak di pusat bandar Klang merupakan sebuah institusi pendidikan yang bertujuan melahirkan pelajar dan profesional yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah serta tahfiz Al-Quran. Badan penggerak Kolej/Maahad mengharap membentuk generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam urusan duniawi malah insya'Allah berjaya di Hari Akhirat kelak. Kolej/Maahad Hafiz menyediakan pendidikan bermula dari tadika sehinggalah ke peringkat diploma dengan menekankan konsep "Sekolah Pondok Moden".

Visi dan misi

Visi
Melahirkan golongan profesional Islam yang hafiz Al-Quran.
Misi
Melahirkan generasi al-Quran dalam menuju wawasan 2020 di bumi Allah.

Moto

"Ke Arah Melahirkan Professional Islam Yang Hafiz Al-Quran"
"Ke Arah Melahirkan Generasi Al-Quran Di Bumi Allah"
"Ke Arah Insan Akademis Bertaqwa"

Sejarah ringkas

Cawangan

Tadika Hafiz

Logo Penggunaan Rasmi Tadika Hafiz Klang

Tadika Hafiz diwujudkan bertujuan memberikan pendidikan asas untuk agama, KBSR dan hafalan Al-Quran bagi melayakan mereka masuk ke Sekolah Rendah Kebangsaan, Seklolah Rendah Agama atau Tahfiz Quran (Sekolah Rendah Hafiz). Lokasi cawangan Tadika Hafiz adalah terletak di No. 9, Jalan Jingga 1, Off Jalan Batu 3 Lama, 41300 Kalng, Selangor. No perhubungan: Tel : 03-3342 5875 / 03-3344 5945.

Sekolah Rendah Hafiz

Pihak Kolej/Madrasah Hafiz telah menubuhkan Sekolah Rendah Hafiz untuk mengukuhkan lagi ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang disampaikan di pra sekolah (Tadika). Di sekolah rendah ini, pelajar-pelajar dibimbing untuk menghafaz Al-Quran 30 juzuk selama 6 tahun iaitu dari darjah 1 hingga darjah 6 (1 tahun = 5 juzuk) di samping madah-madah asas yang dipelajari. Sistem pengajian KBSR pula melayakkan pelajar-pelajar mengambil peperiksaan UPSR dan tamat pengajian sekolah rendah di bawah sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia. Lokasi cawangan Sekolah Rendah Hafiz adalah terletak di Batu 2, Jalan Kapar, Sungai Pinang Bandar, 41300 Klang, Selangor. No perhubungan: Tel : 03 - 3344 0030.

Madrasah Hafiz

Sekolah Menengah Hafiz suatu ketika dahulu dikenali sebagai INSTITUT HAFIZ. Telah ditubuhkan hampir 22 tahun. Sepanjang penglibatan di dalam bidang pendidikan telah melahirkan ramai pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di dalam dan di luar negara. Di atas kejayaan yang memberangsangkan ini pihak Hafiz diberi pengiktirafan untuk maju kehadapan dengan penubuhan KOLEJ HAFIZ dan SEKOLAH MENENGAH AGAMA HAFIZ. Lokasi cawangan Kolej / Ma'ahad Hafiz, Jalan Batu 3, 41300 Klang, Selangor Darul Ehsan. No perhubungan: Tel: 03-3342 5872 / Fax: 03-33410904. Sekolah Menengah Hafiz Klang dan Kolej Hafiz (cawangan pusat) menempatkan para penuntut/pelajar Hafiz lelaki dan wanita dari aliran sains (Tingkatan 3, 4 dan 5 sains tahfiz) serta mahasiswa dan mahasiswi Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat.

Merupakan cawangan Sungai Pinang, Klang yang menempatkan sekolah/Madrasah bagi penuntut Hafiz menengah rendah (tingkatan 1 hingga 3). No perhubungan: Tel: 03-3344 0030.

Merupakan cawangan Jeram, Kuala Selangor yang menempatkan sekolah/Madrasah bagi penuntut Hafiz menengah rendah dan tinggi untuk aliran sastera/perdagangan (tingkatan 1 perdangangan hingga 5 perdagangan). No perhubungan: Tel : 03-3264 9217.

Pautan luar