Andalusia

Kuda Andalusia
Ciri-ciri unggul: Badan tegap, kompak, elegan, bulu tengok dan ekor yang lebat
Nama alternatif: Kuda Sepanyol, Pura Raza Española
Negara asal: Semenanjung Iberia, Sepanyol
Nama gelaran biasa: Kuda Raja
Standard baka
IALHA: Standard baka
Persatuan Andalusia Australasia: Standard baka
ANCCE: Standard baka
Kuda (Equus ferus caballus)

Andalusia, juga dikenali sebagai Kuda Sepanyol Asli atau PRE (Pura Raza Española), adalah satu baka kuda yang berasal daripada Semenanjung Iberia, Sepanyol. Moyang kuda Andalusia telah wujud di Semenanjung Iberia sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ia diakui sebagai satu baka individu sejak kurun ke-15, dan pelarasan hanya mengalami sedikit perubahan sejak beberapa kurun. Sepanjang sejarahnya, Andalusia dikenali untuk kelayakannya sebagai seekor kuda perang, dan dihargai oleh para bangsawan. Baka ini digunakan sebagai alat diplomasi oleh kerajaan Sepanyol, dan para raja di seluruh Eropah memiliki dan menunggang kuda Sepanyol. Semasa kurun ke-19, peperangan, penyakit dan pengacukkan telah mengurangkan jumlah kawanan ini secara dramatik, dan meskipun dengan beberapa pemulihan pada akhir kurun ke-19, trend ini berterusan sehingga kurun ke-20. Eksport kuda Andalusia telah disekat sehingga tahun 1960-an. Meskipun jumlah kuda ini masih kecil, tetapi baka ini telah disebarkan dengan meluas ke seluruh dunia. Setakat 2003, terdapat lebih daripada 75,000 ekor kuda hidup Andalusia telah didaftar di seluruh dunia.

Rujukan

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]