Lara Alana | |
---|---|
Kelahiran | Lara Alana binti Ahmad Awaluddin 22 Julai 2014 |
Ibu | Scha Al-Yahya |
Bapa | Awal Ashaari |
Lara Alana Ahmad Awaluddin (lahir 22 Julai 2014) merupakan anak sulung kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya.[1]
Sebelum Lara Alana dilahirkan, Scha telah memuatnaik foto-fotonya ketika menyambut Baby Shower yang ketika itu kandungannya berusia 7 bulan. Ekoran dari itu, ramai netizen memberi komen menyindir terhadap pasangan tersebut kerana terikut-ikutkan budaya barat.
Timbul kontroversi mengenai penggunaan Baby Harness ke atas Lara. Kontroversi ini mendapat perhatian meluas sehingga mendapat liputan di dalam rancangan Melodi di TV3.
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencapaian |
---|---|---|---|
2016 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-29 | Personaliti Media Sosial Popular | Menang |