Lembaga Pertubuhan Peladang
لمباڬ ڤرتوبوهن ڤلادڠ
Logo LPP
Intisari agensi
Dibentuk14 Februari 1973; 51 tahun yang lalu (1973-02-14)
JenisKerajaan
Ibu pejabatMenara LPP, 20, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur
Kakitangan3,176 (2008)[1]
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
  • Dato' Wira Haji Mahfuz Omar, Pengerusi
  • Dato' Azulita Salim, Ketua Pengarah
Agensi induk
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia
Dokumen penting
  • Akta 110 - Akta Lembaga Pertubuhan Peladang, 1973
Laman sesawang
www.lpp.gov.my

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

Sejarah

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ditubuhkan pada 14 Februari 1973 melalui penggubalan Akta LPP 1973 (Akta 110), Akta Lembaga Pertubuhan Peladang[2]. Penubuhan LPP adalah bertujuan untuk memikul tanggungjawab membantu mempertingkat ekonomi dan sosial masyarakat tani di bawah satu badan yang berperanan khusus[3].

Akta 109, Akta Pertubuhan Peladang 1973[4] pula digubal khusus untuk menyusun semula persatuan-persatuan peladang dan koperasi yang berasaskan pertanian. Di bawah Akta ini, persatuan-persatuan peladang dimansuhkan dan didaftar semula sebagai pertubuhan peladang, manakala koperasi yang berasaskan pertanian menjadi unit ahli kepada PP. Pada masa ini terdapat 1531 buah koperasi berasaskan pertanian dan 119 persatuan peladang yang berkhidmat untuk masyarakat tani di luar bandar.

Senarai Pengerusi

Senarai Ketua Pengarah

Tugas-tugas LPP

Tugas-tugas LPP sepertimana yang terkandung didalam Seksyen 4 (1) dan 4 (3) Akta LPP 1973 (Akta 110) adalah seperti berikut:-

  1. Untuk menggalak, mempergiat,memudah dan mengusaha kemajuan ekonomi dan sosial Pertubuhan-pertubuhan peladang.
  2. Untuk mendaftar, mengawal dan menyelia Pertubuhan-pertubuhan Peladang dan mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
  3. Untuk mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut diatas dan;
  4. Memastikan supaya tugas-tugas itu dilaksanakan dengan cara yang akan memajukan dasar kerajaan khususnya dasar berhubung dengan penyusunan semula masyarakat.

Struktur Pergerakan Pertubuhan Peladang (PP) Tiga Peringkat

Secara umum kewujudan struktur Pertubuhan Peladang (PP) tiga peringkat yang berasaskan undang-undang dan peraturan Persatuan Peladang diperuntukkan dalam Seksyen 3(1),(2),(3) dan Seksyen 18A, 18B dan 18C, Akta Pertubuhan Peladang (PP) 1973. Pertubuhan Peladang (PP) di peringkat kawasan dipanggil Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), di peringkat negeri dipanggil Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan di peringkat nasional dipanggil Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Agensi-agensi/badan berkaitan Pertubuhan Peladang

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK)

Tarikh 6 Ogos setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Peladang oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. Perayaan Hari Peladang kali pertama diadakan pada 6 Ogos 1975 bertempat di perkarangan Bangunan Parlimen dengan bertemakan "Perpaduan Peladang – Peladang Penting kepada Kestabilan Negara".

Kata-kata Hikmat

"LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG adalah PAYUNG kepada PELADANG" - Allahyarham Tun Abdul Razak 19 November 1973.

Peristiwa Penting

Nota dan rujukan

  1. ^ "Penempatan Anggota di Pertubuhan Peladang" - Laporan Tahunan LPP Tahun 2008, Mukasurat 27.
  2. ^ "Akta 110 Akta Lembaga Pertubuhan Peladang"[pautan mati kekal]
  3. ^ "Tujuan Penubuhan LPP" - Rancangan Malaysia Kedua, Seksyen Pertanian, Paragraf 2.
  4. ^ "Akta 109 Akta Pertubuhan Peladang"[pautan mati kekal]

Pautan Luar