Bandar raya Madrid Villa de Madrid |
|||
|
|||
Moto: De Madrid al Cielo (Dari Madrid ke Syurga) | |||
Negara | Sepanyol | ||
---|---|---|---|
Komuniti berautonomi | Komuniti Madrid | ||
Penubuhan | Abad ke-9 | ||
Kerajaan | |||
- Datuk Bandar | Manuela Carmena | ||
Kawasan | |||
- Bandar | 234.4 batu persegi (607 km²) | ||
Kepadatan (2005) | |||
- Bandar | 3,228,359 | ||
- Metro | 5,561,748 | ||
Zon masa | CET (UTC+1) | ||
- Musim panas (DST) | CEST (UTC+2) |
Madrid atau Majrit[1] (dua-dua serapan Arab: المَجرِيط, rumi: al-majrīṭ[2] yang membawa maksud "air yang memancar" atau "mata air"[3][1]) merupakan ibu negara dan kota terbesar negara Sepanyol. Madrid juga mempunyai jumlah penduduk yang ketiga paling banyak di Kesatuan Eropah, selepas London dan Paris. Pengaruh politik, ekonomi serta budayanya membina reuptasinya sebagai salah satu daripada bandar-bandar utama di dunia. Penduduk Madrid dipanggil madrileño (jamak: madrileños).
Madrid terletak di tebing Sungai Manzanares di tengah-tengah Sepanyol, di antara komuniti berautonomi Castilla y León dan Castilla-La Mancha. Oleh sebab hasil ekonomi, taraf kehidupan dan saiz pasarannya, Madrid boleh dianggap sebagai pusat kewangan yang penting di Semenanjung Iberia. Kebanyakan syarikat Sepanyol yang besar serta tiga daripada 100 syarikat yang terbesar di dunia beribu pejabat di Madrid. Sebagai ibu kota Sepanyol, Madrid merupakan lokasi bangunan-bangunan kerajaan dan tempat kediaman rasmi kerabat diraja negara tersebut. Datuk bandar Madrid kini ialah Alberto Ruiz-Gallardon.
Bangunan-bangunan di Madrid yang terkenal termasuklah Istana Diraja Madrid, Bangunan Panggung Diraja, Taman Buen Retiro, Perpustakaan Kebangsaan, muzium arkeologi ternama, dan tiga muzium seni, iaitu Muzium Prado, Muzium Kebangsaan Pusat Seni Ratu Sofia (Museo Nacional Centro de Arte Reina Sofía) serta Muzium Thyssen-Bornemisza.
Jumlah penduduk dalam sempadan bandar ialah 3.5 juta, manakala jumlah penduduk termasuk kawasan urban ialah 5.5 juta. Jumlah penduduk metropolitan Madrid dianggar sebanyak 5.84 juta.
Madrid beriklim separuh gersang sejuk (kelas Köppen BSk)[4] beralih menjadi Iklim Mediterranean di bahagian baratnya, keseluruhan kota ini mempunyai ciri iklim yang agak kebenuaan.
Pusat bandar mempunyai pulau haba yang sejuk nyaman pada waktu siang yang memanas waktu malam akibat persekitarannya yang bertanah kering dan kurang tumbuhan.[5]
Data iklim untuk Madrid (667 m), Taman Buen Retiro pusat kota (1981–2010) | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 9.8 (49.6) |
12.0 (53.6) |
16.3 (61.3) |
18.2 (64.8) |
22.2 (72.0) |
28.2 (82.8) |
32.1 (89.8) |
31.3 (88.3) |
26.4 (79.5) |
19.4 (66.9) |
13.5 (56.3) |
10.0 (50.0) |
19.9 (67.8) |
Purata suhu harian, °C (°F) | 6.3 (43.3) |
7.9 (46.2) |
11.2 (52.2) |
12.9 (55.2) |
16.7 (62.1) |
22.2 (72.0) |
25.6 (78.1) |
25.1 (77.2) |
20.9 (69.6) |
15.1 (59.2) |
9.9 (49.8) |
6.9 (44.4) |
15.0 (59.0) |
Purata minimum suhu harian, °C (°F) | 2.7 (36.9) |
3.7 (38.7) |
6.2 (43.2) |
7.7 (45.9) |
11.3 (52.3) |
16.1 (61.0) |
19.0 (66.2) |
18.8 (65.8) |
15.4 (59.7) |
10.7 (51.3) |
6.3 (43.3) |
3.6 (38.5) |
10.1 (50.2) |
Purata kerpasan, mm (inci) | 33 (1.3) |
35 (1.4) |
25 (1.0) |
45 (1.8) |
51 (2.0) |
21 (0.8) |
12 (0.5) |
10 (0.4) |
22 (0.9) |
60 (2.4) |
58 (2.3) |
51 (2.0) |
423 (16.8) |
Purata bilangan hari kerpasan (≥ 1 mm) | 6 | 5 | 4 | 7 | 7 | 3 | 2 | 2 | 3 | 7 | 7 | 7 | 59 |
Purata kelembapan relatif (%) (daily average) | 71 | 65 | 55 | 56 | 53 | 44 | 38 | 41 | 50 | 64 | 71 | 74 | 57 |
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari | 149 | 158 | 211 | 230 | 268 | 315 | 355 | 332 | 259 | 199 | 144 | 124 | 2,744 |
Sumber: Agensi Meteorologi Negara Sepanyol[6] |