Maharaja Jepun
天皇
Empayar
Penjawat kini
Naruhito
sejak 1 Mei 2019
Butiran
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia
Pewaris takhtaFumihito
Raja pertamaMaharaja Jimmu
Pembentukan660 SM
PersemayamanIstana Maharaja Tokyo
(kediaman rasmi)
Laman sesawangThe Imperial Household Agency
Jepun

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan pemerintahan
Jepun



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Maharaja Jepun (Jepun: 天皇, Hepburn: tennō, bahasa Jepun: "raja dari syurga", etimologi tidak diketahui pasti[1]) ialah raja serta ketua negara Jepun. Baginda Maharaja mengetuai kerabat diraja Jepun di mana baginda diperuntukkan dalam Perlembagaan negara itu sebagai "simbol negara dan kesatuan rakyat"[2] serta ketua adat dalam sistem raja berperlembagaan negara tersebut. Baginda juga menjadi lembaga tertinggi agama Shinto yang mempercayai baginda dan kerabatnya sebagai keturunan langsung dewi Amaterasu.[3]

Maharaja Jepun dipanggil Tennō (天皇) dalam bahasa Jepun, yang bermakna "raja dari syurga". Di luar Jepun, baginda juga dipanggil Mikado (帝) dari Jepun. Ketika ini, Maharaja Jepun ialah satu-satunya raja yang memerintah di dunia kini yang menggunakan gelaran "Maharaja".

Kerabat diraja Jepun ialah raja warisan berterusan yang tertua di dunia.[4] Dalam Kojiki atau Nihon Shoki, disebutkan bahawa Empayar Jepun diasaskan pada 660 SM oleh Maharaja Jimmu. Maharaja semasa ialah Naruhito yang telah bersemayam di Takhta Bunga Kekwa selepas ayahandanya, Akihito turun takhta pada 30 April 2019.

Tatacara

Gelaran

Gelaran rasmi Maharaja Jepun dalam bahasa aslinya adalah tennō (天皇), yang secara harfiah bermakna "penguasa syurgawi." Gelaran ini hanya dikhususkan untuk menyebut Maharaja Jepun. Walaupun menurut catatan rasmi terdapat 126 orang yang menyandang gelaran ini sejak tahun 660 SM hingga masa Maharaja Naruhito (berkuasa sejak tahun 2019), para sejarawan percaya bahwa gelaran ini baru pertama kali digunakan pada masa Maharaja Tenmu (berkuasa pada 672–686 M) dan Maharani Jitō (berkuasa pada 686–697 M). Gelaran tennō tidak memandang jenis kelamin dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu menjadi "maharaja" untuk lelaki dan "maharani" untuk perempuan. Sepanjang sejarah, terdapat lapan orang wanita yang menyandang gelaran ini, dua di antaranya berkuasa dua kali - lihat Maharani Jepun.

Istilah lain yang juga digunakan untuk merujuk Maharaja Jepun adalah kōtei (皇帝) untuk maharaja lelaki dan jotei atau nyotei (女帝) untuk maharaja wanita (maharani) dan keduanya dapat digunakan oleh orang-orang Jepun untuk merujuk pada maharaja bukan Jepun. Istilah sumeramikoto juga digunakan dalam bahasa Jepun kuno. Istilah tennō digunakan sampai pada masa Abad Pertengahan, sampai pada masa tidak digunakannya gelaran ini, dan kemudian digunakan kembali pada abad ke-19. Dalam bahasa Inggeris, istilah mikado (御門 atau 帝 atau みかど), secara harfiah bermakna "gerbang kehormatan," juga digunakan untuk merujuk Maharaja Jepun, walau penggunaannya sekarang sudah dipandang ketinggalan zaman.[5]

Penerjemahan gelaran

Rencana utama: Penguasa monarki

Walaupun sering diterjemahkan sebagai "maharaja", nyatanya sepanjang sejarah, kekuasaan tennō hanya melingkupi sekitaran Pulau Kyushu, Honshu, Hokkaido, dan Okinawa. Hal ini berbeda dengan maharaja pada umumnya yang wilayah kekuasaannya melingkupi suatu wilayah luas, menjadikannya kedudukannya dipandang di atas raja.

Pada zaman Pemulihan Meiji (1868), Persekutuan Satsuma-Chōshū menjadikan gelaran Inggeris emperor (Maharaja dalam bahasa Melayu, Kaiser dalam bahasa Jerman, dan l'Empereur dalam bahasa Perancis) sebagai padanan kata tennō, alih-alih king atau "raja". Hal ini untuk menyatakan tingginya kedudukan pemimpin Jepun atas raja-raja pada umumnya dan menyatakan kesetaraannya dengan para penguasa besar dunia saat itu, seperti Maharaja Rusia, Maharaja Perancis (1857-1871), Maharaja Austria, Maharaja Jerman (dari 1871), dan Ratu-Maharani India (dari 1877) – dan juga Para Maharaja China, Mexico, dan Brazil.

Sapaan

Adat Jepun menyatakan bahawa tidak sopan untuk orang asing disapa dengan nama peribadinya saja, lebih-lebih lagi bila diterapkan pada kalangan bangsawan. Walaupun kebiasaan ini sudah mulai melonggar pada masa belakangan, utamanya di lingkup pertemanan yang memandang saling menyapa dengan nama peribadi sebagai bentuk keakraban, tetapi penyebutan dengan menggunakan nama keluarga masih lazim digunakan. Bila merujuk pada kerabat diraja, menyapa dengan nama peribadi lebih tidak pantas untuk dilakukan.

Sejak zaman Maharaja Meiji, setiap maharaja memberikan satu nama pada masa pemerintahannya. Maharaja yang telah mangkat akan disebut secara anumerta sesuai nama era yang telah ditetapkan semasa pemerintahannya. Akan tetapi, pihak luar Jepun lebih sering menyebut Maharaja Jepun hanya dengan nama peribadinya saja, baik semasa maharaja masih hidup atau setelah mangkat. Sebagai contoh, masa pemerintahan Maharaja Hirohito disebut sebagai zaman Shōwa. Nama era ini kemudian digunakan sebagai nama anumerta Maharaja Hirohito setelah mangkatan baginda, sehingga orang-orang Jepun menyebutnya dengan sebutan "Maharaja Showa" (昭和天皇, Shōwa-tennō). Walaupun begitu, pihak luar Jepun lebih sering menyebut dengan nama peribadinya, yakni "Maharaja Hirohito," baik semasa hidup mahupun setelah mangkatnya.

Sapaan rasmi dalam bahasa Jepun yang digunakan untuk penguasa monarki adalah heika (陛下) dan ini juga digunakan untuk Maharaja Jepun. Heika sendiri dapat disejajarkan dengan "Baginda" pada budaya Melayu. Maharaja Jepun yang sedang berkuasa biasanya disapa dengan sebutan Tennō Heika (天皇陛下) yang dapat dimaknai sebagai "Baginda Maharaja", Kinjō Heika (今上陛下), atau cukup sahaja Tennō atau maharaja.

Sejarah

Walaupun Maharaja merupakan perlambang kesinambungan antara masa lalu, kekuasaan Maharaja berbeda-beda dalam sepanjang sejarahnya. Pada abad ke-7 Masihi, maharaja mula dipanggil dengan sebutan "Putera Langit" (天子 tenshi atau 天子様 tenshi-sama).[6]

Maharaja terawal

Maharaja paling awal yang tercatat pada Kojiki dan Nihon Shoki adalah Maharaja Jimmu yang dikatakan merupakan keturunan dari Ninigi, cucu dewi Amaterasu. Berdasarkan Nihon Shiki, maharaja memiliki silsilah dari jalur lelaki yang tidak putus hingga 2,600 tahun. Gelaran tennō diambil dari bahasa China hasil pengaruh tamadun tersebut ke dalam budaya Jepun.[7]

Pertembungan

Terdapat enam keluarga atau suku besar yang mempunyai hubungan utama dengan kedudukan dan kuasa para maharaja, yakni: suku Soga (sekitar 530-645), suku Fujiwara (sekitar 850-1070), suku Taira (1159-sekitar 1180), suku Minamoto (dan Kamakura bakufu) (1192–1333), suku Ashikaga (1336–1565), dan suku Tokugawa (1603–1867). Walaupun begitu, tiap shogun dari keluarga Minamoto, Ashikafa, dan Tokugawa diakui secara rasmi oleh maharaja yang masih merupakan sumber kekuasaan.

Perselisihan

Tumbuhnya kelas samurai pada abad kesepuluh masehi secara bertahap mengurangi kekuatan kerabat diraja, menimbulkan masa kekacauan. Para maharaja juga diketahui berselisih dengan beberapa shogun penguasa dari masa ke masa.

Shogun

Rencana utama: Shogun

Dari tahun 1192 sampai 1867, shogun bertindak sebagai de facto penguasa Jepun, walaupun mereka dinobatkan oleh maharaja dalam upacara formal.[8] Shogun sendiri adalah jeneral ketenteraan dengan kedudukannya diwariskan turun temurun. Wilayah di bawah shogun disebut keshogunan yang dalam bahasa Jepunnya disebut bakufu (幕府) yang awalnya digunakan untuk merujuk rumah jeneral.[9]

Pemulihan Meiji

Rencana utama: Restorasi Meiji

Pada tahun 1868, kekuasaan kembali ke tangan maharaja dan keshogunan dibubarkan. Salah satu penyebab restorasi ini adalah kenyataan bahwa Jepun sudah tertinggal jauh dengan negara-negara Barat yang terlihat saat kedatangan Komander Amerika Syarikat, Matthew C. Perry, yang memaksa Jepun membuka perdagangan dengan dunia Barat. Pada masa ini pula, wanita dilarang secara rasmi naik takhta sebagai maharani.

Perang Dunia Kedua

Rencana utama: Perang Dunia Kedua

Peranan Maharaja sebagai negara Shinto digunakan pada masa Perang Dunia Kedua, menciptakan pengkultusan maharaja, yang mendorong tindakan kamikaze pada pasukan Jepun. Ketika pascakekalahan Jepun pada Perang Dunia II, pasukan sekutu menekan pemisahan agama dan negara di Jepun. Selanjutnya, dibentuk undang-undang baru yang menjabarkan peranan baru maharaja dan pemerintahan.

Masa kini

Undang-undang baru menyatakan pemerintahan yang baru dengan sistem berparlimen. Maharaja Jepun dimaknai sebagai "lambang Negara dan pemersatu masyarakat" tanpa kekuasaan politik yang nyata.

Keluarga

Isteri maharaja

Putera mahkota

Dalam hukum pewarisan Jepun setelah Restorasi Meiji, perempuan tidak diperkenankan naik takhta, sehingga tidak ada gelaran untuk puteri mahkota.

Pangeran

Pangeran adalah laki-laki yang silsilahnya tersambung dengan maharaja dari garis ayah.

Puteri

Puteri ditakrifkan sebagai anak perempuan Maharaja yang tersambung salasilahnya dari garis ayah.

Seorang puteri akan kehilangan gelarnya jika menikah menurut Undang-undang Rumah Tangga Istana tahun 1947, kecuali bila dia menikah dengan putera.

Catatan kaki

  1. ^ Terdapat perbezaan pendapat yang berbeza, sama ada ia mengagungkan Polaris (mitos Cina kuno ja:天皇大帝), disadur dari gelaran Maharaja Gaozong dari Tang atau dari ungkapan 「天王」 (harfiahnya "raja dari syurga") (lihat 天皇)
  2. ^ Matsumura Akira (2006). 大辞林 [Hutan Kata-Kata] (ed. ke-3). Sanseido. m/s. 1758. ISBN 4-385-13905-9. Text "和書" ignored (bantuan)
  3. ^ 役員、総代としての基礎知識 全国神社総代会編集発行「改訂神社役員、総代必携」 (Jepun)
  4. ^ "Shogun". Encyclopaedia Britannica. Dicapai pada November 19, 2014.
  5. ^ Kanʼichi Asakawa. The early institutional life of Japan: a study in the reform of 645 A.D.. Tokyo: Shueisha (1903), p. 25. "We purposely avoid, in spite of its wide usage in foreign literature, the misleading term Mikado. If it be not for the natural curiosity of the races, which always seeks something novel and loves to call foreign things by foreign names, it is hard to understand why this obsolete and ambiguous word should so sedulously be retained. It originally meant not only the Sovereign, but also his house, the court, and even the State, and its use in historical writings causes many difficulties which it is unnecessary to discuss here in detail. The native Japanese employ the term neither in speech nor in writing. It might as well be dismissed with great advantage from sober literature as it has been for the official documents."
  6. ^ Boscaro, Adriana; Gatti, Franco; Raveri, Massimo, penyunting (2003). Rethinking Japan: Social Sciences, Ideology and Thought. II. Japan Library Limited. m/s. 300. ISBN 0-904404-79-X.
  7. ^ Charles Holcombe (January 2001). The Genesis of East Asia: 221 B.C. - A.D. 907. University of Hawaii Press. m/s. 198–. ISBN 978-0-8248-2465-5.
  8. ^ "Shogun". Encyclopaedia Britannica. Dicapai pada November 19, 2014.
  9. ^ Totman, Conrad (1966). "Political Succession in The Tokugawa Bakufu: Abe Masahiro's Rise to Power, 1843–1845". Harvard Journal of Asiatic Studies. 26: 102–124. doi:10.2307/2718461. JSTOR 2718461.

Daftar pustaka

Rujukan


Pautan luar