Malay Regiment | |
---|---|
Pengarah | Jurey Latiff Rosli |
Penulis | Yusof Kelana |
Dihasilkan oleh | Jurey Latiff Rosli |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | World Evolution Brain |
Tarikh tayangan | 31 Ogos 2017 |
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM2.5 juta |
Malay Regiment (bahasa Melayu: Rejimen Melayu) merupakan sebuah filem drama ketenteraan Malaysia 2017 arahan Jurey Latiff Rosli terbitan World Evolution Brain, memperincikan peristiwa sebenar Ops Kota Gubir I dan II, di mana pasukan keselamatan daripada 17 unit RAMD telah menyerang beberapa kem komunis di sempadan Thailand-Malaysia, berdekatan dengan Gubir, Kedah.[1] Filem ini ditayangkan pada 31 Ogos 2017 bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-60.[2]
Diilhamkan daripada kisah sebenar pada 16 April 1976 dan 15 Julai 1946 semasa Ops Kota Gubir I & II yang mana pasukan kesalamatan daripada unit 17 RAMD telah menggempur beberapa kem pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thai berhampiran Gubir di Kedah. Dalam operasi kedua disaksikan Kapten Zainal bin Abd Rashid telah gugur selepas berjaya membunuh tiga orang pengganas komunis. Operasi tersebut telah berjaya membunuh enam daripada 15 orang pengganas komunis selain berjaya merampas pelbagai jenis senjata dan bom.
Malay Regiment diarahkan oleh Jurey Latiff Rosli yang turut menggalas tanggungjawab sebagai penerbit, dengan skrip ditulis oleh Yusof Kelana, ia merupakan filem kedua arahan Jurey selepas Libas yang ditayangkan pada 2011. Barisan pelakon terdiri daripada Ahmad Tarmimi Siregar, Kamal Adli, Nad Zainal, Erry Putra, Yus Waisar, Z. Zamri dan Normah Damanhuri.[2]
Kos pembikinan filem ini berjumlah RM2.5 juta dengan aplikasi teknologi teknik imej janaan komputer (CGI) digunakan sebanyak 30 peratus.[2] Filem ini diterbitkan oleh Jurey untuk didedikasikan khas kepada bapanya, Allahyarham Kapten (B) Mohd Rosli Yahya yang pernah berkhidmat sebagai askar.[2]
Malay Regiment ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 31 Ogos 2017, bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-60 dan menerima ulasan positif. Anne Muhammad daripada Malaysiakini yakin bahawa "filem ini adalah filem yang hebat berdasarkan poster-poster terpampang di merata tempat kerana kelihatan meyakinkan."[3]
Filem ini telah mengundang kontroversi susulan treler filem ini yang memaparkan adegan sebuah kereta bernombor pendaftaran DAP164 dengan seorang lelaki memakai sut berdiri di hadapan bangunan parlimen.[4] Akibat itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Salleh Said Keruak mengarahkan treler Malay Regiment ditarik balik dan disunting semula sebelum ditayangkan.[5][6][7]
Teresa Kok says racism, not DAP, is the number one enemy of the state
The DAP leader, unhappy that another film is being used to vilify him and the party, urges Malaysians to look beyond race.