Marah Marah Sayang | |
---|---|
Pengarah | Johari Ibrahim |
Penulis | Osman Abadi |
Dihasilkan oleh | Nik Mohd Fadzil Dato' Nik Hassan |
Dibintangi | |
Disunting oleh | Johari Ibrahim Mariam Ibrahim |
Tarikh tayangan | 25 Mei 1987 |
Masa tayangan | 1 jam 45 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Marah-Marah Sayang merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1987. Filem Marah-Marah Sayang diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Filem Marah-Marah Sayang mula ditayangkan pada 1987 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Ebby Saiful, Norlida Ahmad, Shah Rezza, Isma Aliff, Liza Abdullah, Suhaina Yahya dan ramai lagi.
Filem Marah-Marah Sayang diarah oleh pengarah Johari Ibrahim pada 1987.
Rostam, Roslan dan Rosdin dibuang kerja kerana terlalu leka dengan muzik. Mereka masing-masing jatuh cinta dengan Salina, Sarina dan Satina, tetapi gadis-gadis itu menolak cinta mereka. Rostam, Roslan dan Rosdin tidak pernah putus asa walaupun Salina, Sarina dan Satina melakukan pelbagai cara untuk menolak cinta mereka. Akhirnya tiga pasangan itu berkahwin dengan syarat-syarat tertentu. Tetapi setelah berkahwin Rostam, Roslan dan Rosdin telah melanggar semua syarat berkenaan dan akibatnya rumahtangga mereka porak peranda.