Melissa Campbell | |
---|---|
Kelahiran | Melissa Alexander Campbell 25 Februari 1991 |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1999–kini |
Melissa Alexander Campbell (lahir 25 Februari 1991) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak, beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Puteri Fa-Ying dalam filem Hollywood 1999, Anna and the King.[1][2][3]
Campbell dilahirkan pada 25 Februari 1991 di Newcastle, New South Wales, Australia. Keluarganya berpindah ke Malaysia pada 1996 sewaktu beliau berusia 5 tahun, yang mana beliau dibesarkan di Kuala Lumpur.[1][4]
Selepas tamat sekolah menengah di Sri KDU di KL, beliau berpindah ke New York pada usia 18 tahun untuk melanjutkan pelajaran di The New York Conservatory for Dramatic Arts. Selepas lima tahun di sana, Melissa berpindah ke Los Angeles selama tiga tahun untuk mengejar impian yang lebih besar sebagai seorang pelakon.[1]
Pada usia 8 tahun, Campbell memperoleh kejayaan apabila ditawarkan membintangi filem Anna and the King (1999) arahan Andy Tennant lakonan Chow Yun-Fat dan Jodie Foster dengan memegang watak sebagai Puteri Fa-Ying.[5] Ditanya mengenai pengalamannya berlakon dalam filem ini, beliau berkata: "Saya masih ingat semua yang berlaku – daripada proses pemilihan pelakon hingga akhir, sehingga tayangan perdana filem".[1]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1999 | Anna and the King | Puteri Fa-Ying | Filem pertama |
2021 | Siapa Tutup Lampu? | Amanda | |
2024 | Padu The Movie | Pos-produksi |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2003 | Neighbours | Laura Pinski | Network 10 | 1 episod; siri drama TV Australia |
2009 | Ghost (musim 2) | Alicia Soo | 8TV | |
2015 | Secret Space Disasters | So Yeon-Yi | Science Channel | 1 episod; dokudrama |
2019 | Kopitiam: Double Shot | Seleb | Viu | Drama web |
2019–2020 | Keluarga Baha Don | Suzi Faye | Drama web; 2 musim | |
2021 | Cinta Untuk Raf | Dr. Kim | TV1 | |
2023 | That Cover Girl | Su Ann | Prime Video |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2020 | Anugerah Kreatif Akademi Asia 2020 | Pelakon Komedi Terbaik | Dirinya sendiri | Menang | [6] |