Memerang
Memerang Kecil
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Mustelidae
Subkeluarga:
Lutrinae
Genus

Amblonyx
Aonyx
Enhydra
Lontra
Lutra
Lutrogale
Pteronura

Memerang (Jawi: ممرڠ), memberang (Jawi: ممبرڠ‎ atau ممبيرڠ‎) atau berang-berang (Jawi: برڠ ٢‎) ialah haiwan separa akuatik karnivora terangkum dalam cabang Lutrinae keluarga Mustelidae. Spesies haiwan-haiwan ini sering didapati di kawasan sekitaran jasad air seperti tasik, sungai dan di laut setiap benua kecuali Australasia dan Antartika memburu ikan.

Peristilahan

Nama memerang dan memberang adalah hasil penggandaan separa kata berang-berang[1] yang pernah dikhususkan untuk spesies memerang kumis (Lutra sumatrana) atau memerang Eropah (Lutra vulgaris).[2] Nama memerang cenderung digunakan di Kedah[3] dan terutamanya Singapura yang terkenal taburan haiwan ini di taman-taman sekeliling kawasan bandar; manakala memberang lebih digunakan di Indonesia.[4] Kata bemberang juga didapati dalam dialek Riau.[2]

Gambaran

Memberang mempunyai badan lonjong dan kurus serta berkaki pendek dan berkulit cantum membolehkan berenang laju. Berang-berang juga mempunyai kebolehan menahan nafas dalam suatu tempoh lama semasa menyelam dalam air. Haiwan-haiwan ini mempunyai cakar tajam dan hampir semua spesies mempunyai ekor yang panjang dan kuat.

Taksonomi

Genus Spesies
Lutra Brisson, 1762
Hydrictis Pocock, 1921
  • Memerang tengkuk bintik (Hydrictis maculicollis)
Lutrogale (Gray, 1865)
Lontra Gray, 1843
  • Memerang sungai Amerika Utara (Lontra canadensis)
  • Memerang sungai Amerika Selatan (Lontra provocax)
  • Memerang neotropika (Lontra longicaudis)
  • Memerang kucing (Lontra felina)
Pteronura Gray, 1837
Aonyx Lesson, 1827
  • (Aonyx capensis)
  • Memerang kecil (Aonyx cinereus)
  • Memerang Congo (Aonyx congicus)
Enhydra Fleming, 1828
  • Memerang laut (Enhydra lutris)

Rujukan

  1. ^ "berang-berang". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. 2016. "berang". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ a b "berang" di Wilkinson (1901), m/s. 96.
  3. ^ "memerang" di Wilkinson (1901), m/s. 654.
  4. ^ Lihat:
    • "memberang". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. 2016.
    • "memberang". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.