Mentor Milenia adalah merupakan sebuah rancangan realiti televisyen nyanyian terbitan TV3. Setiap musim, empat atau lima Mentor akan memilih Protege masing-masing untuk merebut hadiah juara program tersebut. Siri rancangan ini diadaptasi daripada siri program asal Mentor sebelum ini. Format baharu siri ini juga mulai diperkenalkan pada tahun 2016 sehingga sekarang. Namun pada tahun 2018 siri ini tidak diadakan kerana memberi laluan kepada siri Mentor Otai dan Mentor 7 dimana kedua-dua program ini disiarkan pada tahun yang sama. Pada tahun 2020, program ini juga tidak diadakan demi keselamatan kerana saat ini Malaysia sedang dilanda virus Covid-19.
Mentor Milenia | |
---|---|
Format | Nyanyian Muzik Realiti |
Pengacara | Issey Fazlisham (2016-2017) Marsha Milan (2016-2017) Shuk Sahar (2019) Elly Mazlein (2019) |
Juri | Dato' Hattan (2017) Datuk Syafinaz (2019) Altimet (2019) |
Lagu pembukaan | "Tunjuk Ajarku Sifu" nyanyian Mentor Milenia |
Penggubah | Cat Farish Ajai |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan musim | 3 |
Bilangan episod | 29 |
Penerbitan | |
Lokasi | Pelbagai |
Tempoh siaran | 2 jam |
Syarikat penerbitan | Media Primework Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 3 Januari 2016 – 15 Disember 2019 |
Kronologi | |
Mengikuti | Mentor Milenia 2016 |
Diikuti oleh | Mentor Milenia 2017 |
Setiap musim empat atau lima Mentor akan memilih Protege melalui ujibakat yang dijalankan. Format pemarkahan protege pula 50% dari juri tetap dan juri jemputan, 30% dari undian penonton di laman sesawang Mentor Milenia 2019 dan 20% dari juri awam di studio.
Musim pertama dan kedua setiap lokasi ujibakat akan diasingkan mengikut giliran Mentor dimana setiap Mentor akan memilih tiga peserta akhir untuk dipilih kelak dalam program realiti ini. Setelah memilih peserta pilihan mereka, maka setiap Mentor perlu memilih dua orang sahaja daripada tiga peserta untuk meneruskan perjuangan ke konsert Battle mingguan Mentor Milenia. Namun pada musim ketiga, sesi ujibakat tidak lagi diasingkan mengikut Mentor, sebaliknya Mentor hanya boleh mula memilih peserta pilihan mereka ketika konsert penentuan yang berlangsung selama dua minggu. Setelah selesai memilih dua peserta akhir masing-masing, kemudian mereka akan mula bertanding pada Pusingan Battle secara mingguan bagi menentukan juara mingguan dan juara keseluruhan musim kali ini.
Protege | Asal | Mentor |
---|---|---|
Muhd. Afeeq Farhan bin Zulkifli (Han) | Kedah | Akim |
Nur Saheeba binti Raja Ifikhar Ahmed Khan (Ebba) | Kuala Lumpur | |
Muhd. Fareezuan Hazwan bin Mohd. Fauzi (Fareez) | Selangor | Hazama |
Nurul Amira binti Mat Nasir (Mya) | Pahang | |
Nurul Syazwanie binti Mohd Basir (Wanie) | Selangor | Black |
Rossaidi bin Abdul Rani (Qody) | Kedah | |
Sharifah Nurilmuhayati binti Syed Hussain (Nuri) | Kuala Lumpur | Azlan |
Nur Izzati binti Mohd Rashid (Zetty) | Pulau Pinang |
Protege | Asal | Mentor |
---|---|---|
Noor Jannah Abu Hanipah (Jannah) | Selangor | Akim |
Angelica Paujin (Elica) | Sabah | |
Muhd. Saiful Naim bin Muhd. Noor (Usop) | Kedah | Hazama |
Nor Balqis Ahmad Tajudin (Balqis) | Terengganu | |
Ahmad Nuzul Faiszal Mohamad (Nuzul) | Kelantan | Black |
Nur Syaheera Abd Aziz (Syeera) | Selangor | |
Mohamad Rozaimi bin Rosli (Along) | Kedah | Tomok |
Nur Qhalysa Shazreen binti Zainuddin (Qalisa) | Sabah |
Protege | Asal | Mentor |
---|---|---|
Sarifah Noor Hasmah binti Syed Hassim (Sharee Lopes) | Sabah | Akim |
Nazrul Fhad Sulaiman bin Fahmi (Ryan Que) | Selangor | |
Ahmad Amirul Hafizi bin Ahmad Tadjuddin (Apex Tajudin) |
Terengganu | Hazama |
Ameerul Solihin Ariffin bin Malek (Arayn Malek) |
Johor | |
Muhd. Asyraff bin Mohd. Zamani (Bulan) | Selangor | Black |
Muhd. Aidil bin Kamarulzaman (Aedy Kama) |
Kuala Lumpur | |
Abdul Amir Ariff bin Abdul Manaf (Remy Manaf) |
Selangor | Stacy |
Erika Rianty Anthony (Rika Riana) | Sabah | |
Muhd. Firdaus bin Abdul Rafi (Daus Husny) |
Johor | Ernie Zakri |
Mohd. Yazrul bin Abdul Latip (Yazrul Arrep) |
Sarawak |
Tahun | Musim | Juara/Protege | Mentor |
---|---|---|---|
2016 | 1 | Muhammad Fareez Hazwan Mohd Fauzi (Fareez Fauzi) Selangor |
Hazama |
2017 | 2 | Angelica Paujin (Elica) Sabah |
Akim |
2019 | 3 | Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tajuddin (Apex Tajudin) Terengganu |
Hazama |
Juara
Alumni