Michael Fassbender | |
---|---|
Kelahiran | |
Warganegara | Ireland[1][2][3][4] |
Pusat pendidikan | Drama Centre London St. Brendan's College |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2001–kini |
Kampung asal | Fossa, County Kerry, Ireland |
Pasangan | Alicia Vikander (k. 2017) |
Michael Fassbender (lahir 2 April 1977) merupakan seorang pelakon Ireland. Beliau mula muncul menerusi filem epik perang fantasi, 300 (2007) sebagai seorang pahlawan Sparta. Sebelum itu, beliau pernah muncul dalam pementasan dan juga rancangan untuk televisyen seperti sirimini HBO, Band of Brothers (2001) dan drama fantasi Sky One, Hex (2004–05). Beliau turut pernah membintangi filem Hunger (2008) sebagai aktivis IRA, Bobby Sands. Menerusi watak ini, Fassbender berjaya memenangi British Independent Film Award. Selain itu, beliau pernah membintangi beberapa filem seperti Fish Tank (2009), Inglourious Basterds (2009), filem adaptasi 2011 mengenai Jane Eyre, A Dangerous Method (2011), Prometheus (2012) dan sekuelnya, Alien: Covenant (2017), serta sebuah komedi-drama muzikal Frank (2014).
Pada tahun 2011, Fassbender muncul dalam X-Men: First Class sebagai Magneto, dan berkongsi watak yang sama bersama Ian McKellen dalam X-Men: Days of Future Past (2014), serta muncul dengan watak yang sama dalam X-Men: Apocalypse (2016). Pada tahun 2011 juga, melakon watak sebagai seorang lelaki ketagihan seks dalam Shame yang melayakkan beliau memenangi Piala Volpi untuk Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Venice ke-68 selain tercalon untuk Golden Globe dan Anugerah BAFTA. Pada tahun 2013, lakonan beliau sebagai pemilik hamba dalam filem epik perhambaan, 12 Years a Slave telah mendapat pujian dan melayakkan beliau menerima pencalonan pertama untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi Anugerah Akademi. Pada tahun 2013, Fassbender muncul dalam sebuah lagi filem Ridley Scott, The Counselor. Beliau kemudiannya memegang watak dalam filem biografi arahan Danny Boyle, Steve Jobs pada tahun 2015 dan memegang watak Macbeth dalam filem yang diadaptasio dari pementasan William Shakespeare, Macbeth. Pada tahun 2015 juga, beliau menerbitkan Slow West, yang turut dibintangi olehnya.
Fassbender dilahirkan pada 2 April 1977[5] di Heidelberg, Baden-Württemberg.[6] Ibunya, Adele, merupakan bangsa Ireland (dari Larne, County Antrim), sementara bapanya, Josef Fassbender, merupakan bangsa Jerman.[7][8] Menurut salasiah keluarga Fassbender, ibunya mempunyai pertalian dengan Michael Collins, pemimpin bangsa Ireland semasa Perang Kemerdekaan.[6][9] Ketika Fassbender berusia dua tahun, ibu bapanya berpindah ke Irish town of Killarney, County Kerry, dimana mereka mengusahakan sebuah restoran, West End House, serta bapanya menjadi tukang masak di sana. Keputusan untuk berpindah ke Kerry dilakukan kerana ibu bapanya mahukan anak-anak mereka membesar di pinggir kota dan bukannya kawasan perindustrian seperti di kediaman lama mereka di Jerman.[6][8] Fassbender mempunyai seorang kakak, Catherine, seorang ahli neuropsikologi.[10][11]
Fassbender dan kakaknya banyak menghabiskan cuti musim panas di Jerman, dan beliau fasih berbahasa Jerman,[12] walaupun beliau pernah berkata beliau perlu menajamkan semula kebolehan berbahasa Jermannya itu sebelum penggambaran filem Inglourious Basterds.[13][14] Beliau belajar di Sekolah Kebangsaan Fossa[15] dan Kolej St Brendan, kedua-duanya di Killarney.[16] Fassbender memutuskan untuk menjadi pelakon ketika berusia 17 tahun ketika membintangi pementasan oleh Donal Courtney. Ketika berusia 19 tahun, beliau berpindah ke London untuk belajar di Drama Centre London. Pada tahun 1999, beliau berhenti dari Drama Centre dan melakukan jelajah bersama Oxford Stage Company untuk pementasan Three Sisters.[10][17] Sebelum menjadi pelakon, beliau pernah bekerja sebagai posman dan pelayan bar.[18]
Fassbender mendapat peranan pertamanya menerusi sirimini Band of Brothers (2001).[19] Beliau melakukan watak sebagai Azazeal dalam Hex di Sky One dan menjadi watak utama dalam video muzik kugiran British The Cooper Temple Clause untuk lagu "Blind Pilots".[19]
Fassbender kemudiannya melakonkan watak Jonathan Harker dalam siri radio Dracula terbitan BBC Northern Ireland yang disiarkan dari 24 November sehingga 5 Disember 2003. Pada awal 2004, beliau kelihatan dalam iklan televisyen untuk minuman beralkohol;[20] dan iklan ini memenangi pingat emas menerusi Anugerah FAB 2005. [21][22]
Semasa Edinburgh Festival Fringe 2006, Fassbender melakonkan watak sebagai Michael Collins dalam Allegiance, sebuah pementasan oleh Mary Kenny berdasarkan pertempuan di antara Collins dan Winston Churchill.[23] Selain itu, Fassbender turut menerbitkan, mengarah dan membintangi Reservoir Dogs versi pementasan. [19]
Beliau kemudiannya muncul dalam Angel (judul UK: The Real Life of Angel Deverell). Drama berbahasa Inggeris pertama arahan pengarah Perancis François Ozon ini telah ditayangkan pada 17 Februari 2007 di Festival Filem Antarabangsa Berlin dan pada 14 Mac 2007 di Paris. Beliau kemudiannya muncul dalam Wedding Belles sebagai Barney.
Pada tahun 2006, Fassbender melakon watak sebagai Stelios, pahlawan muda Sparta menerusi filem 300, sebuah filem aksi fantasi arahan Zack Snyder yang berjaya.[24] Sebagai persiapan membawa watak Bobby Sands, dalam filem Hunger, Fassbender telah melalui satu diet yang membataskan pengambilan 600 kalori sehari. Beliau menerima British Independent Film Award untuk lakonannya dalam filem tersebut.[25] Setahun selepas kejayaan beliau di Festival Filem Cannes dengan Hunger, beliau muncul dalam Inglourious Basterds dan Fish Tank.
Pada tahun 2010, Fassbender muncul dalam Jonah Hex.[26] Hex menerima kritikan negatif,[27] Beliau kemudiannya melakonkan watak Quintus Dias dalam filem arahan Neil Marshall, Centurion.[28] serta sebagai 'Richard Wirth' untuk filemBlood Creek arahan Joel Schumacher.
Menerusi Jane Eyre (2011) arahan Cary Fukunaga , Fassbender memegang watak sebagai Edward Rochester dan bergandingan dengan Mia Wasikowska. [29]
Fassbender diberi kepercayaan untuk memegang watak sebagai Magneto dalam filem X-Men: First Class. Filem tersebut telah ditayangkan pada 3 Jun 2011 dan menerima pujian. Pada tahun 2011, Fassbender membintangi A Dangerous Method arahan David Cronenberg dan telah ditayangkan di Festival Filem Venice 2011. .[30]
Pada tahun 2011, beliau muncul sebagai watak utama dalam filem Shame, mengenai seorang lelaki yang menghadapi masalah ketagihan seksual. Shame merupakan filem kedua beliau bersama Steve McQueen dan telah ditayangkan di Festival Filem Venice 2011, dimana Fassbender menerima Piala Volpi untuk Pelakon Lelaki Terbaik. [31] Fassbender merupakan seorang pesaing untuk Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Akademi, namun beliau tidak dicalonkan. Menurut beberapa sumber, adengan telanjang beliau dan perlakuan seksual menginspirasikan pengundi "untuk berfantasi, dan bukannya mengundi." [32][33] Fassbender menerima pencalonan untuk Golden Globe dan BAFTA.
Pada tahun 2012, Fassbender muncul dalam filem arahan Steven Soderbergh, Haywire [26] dan filem cereka sains Ridley Scott, Prometheus. Fassbender kemudiannya muncul dalam sebuah lagi filem arahan Scott, The Counselor (2013). . [34][35] Fassbender bekerjasama untuk kali ketiga bersama dengan pengarah Steve McQueen untuk filem 12 Years a Slave (2013) sebagai Edwin Epps dan melayakkan beliau menerima pencalonan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Akademi. Fassbender muncul sekali lagi sebagai Magneto dalam X-Men: Days of Future Past yang ditayangkan pada 23 Mei 2014.[36] Fassbender turut membintangi filem Frank.[37]. Bersama-sama dengan Kodi Smit-McPhee dan Ben Mendelsohn, Fassbender membintangi Slow West pada tahun 2015 sebagai penggembara enigmatik bernama Silas.[38]
Fassbender melakon watak pengasas dan CEO Apple, Steve Jobs dalam filem arahan Danny Boyle menerusi filem Steve Jobs, yang memulakan penggambaran pada Januari 2015 di San Francisco, A.S., dan ditayangkan pada bulan September dalam tahun yang sama. Ia diadaptasi dari Walter Isaacson.[39] Ditulis oleh Aaron Sorkin, Fassbender dipilih selepas Christian Bale menolak projek tersebut.[40] Beliau telah tercalon bagi Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Akademi untuk filem ini.[41]
Fassbender kemudiannya muncul dalam filem Macbeth arahan Justin Kurzel, dimana beliau bergandingan bersama Marion Cotillard sebagai Lady Macbeth dan David Thewlis sebagai King Duncan.[42] Filem ini telah ditayangkan di Festival Filem Cannes 2015.[43]
Pada tahun 2016, Fassbender muncul sekali lagi sebagai Magneto untuk filem X-Men: Apocalypse.[44] Beliau kemudiannya membintangi The Light Between Oceans, berdasarkan novel tulisan M. L. Stedman, dan diarahkan oleh Derek Cianfrance. Filem ini melakukan penggambaran di New Zealand pada penghujung September 2014, dan ditayangkan pada 2 September 2016.[45][46] Di tahun 2016 juga, Fassbender membintangi Trespass Against Us, bersama-sama dengan Brendan Gleeson.[47] Tahun 2016 turut memperlihatkan Fassbender muncul dalam filem Assassin's Creed, dimana beliau turut menjadi penerbit bersama.[48] Ia turut dibintangi oleh pasangannya dalam MacBeth, Marion Cotillard.[49][50] Pada Mei 2017, Fassbender muncul semula dalam sekuel Prometheus, Alien: Covenant.[51] Pada tahun 2015, Fassbender membintangi The Snowman, arahan Tomas Alfredson serta dibintangi bersama Rebecca Ferguson dan Charlotte Gainsbourg. Pengembaran bermula pada Januari 2016 dan ditayangkan pada Oktober 2017.[52]
Fassbender akan muncul sebagai Magneto dalam filem 2018 X-Men: Dark Phoenix.[53]
Bersama-sama dengan Ronan Bennett, Fassbender telah membangunkan sebuah syarikat produksi, Finn McCool Films. Mereka kini sedang membangunkan filem mengenai Cú Chulainn.[54]
Fassbender menetap di Hackney, London, sejak 1996[55][56][57] dalam sebuah flat yang telah dimilikinya sejak berusia akhir 20-an.[58] Beliau fasih berbahasa Jerman dan pernah menyatakan minatnya untuk berlakon dalam filem mahupun pementasan bahasa Jerman.[59]
Walaupun cenderung untuk merahsiakan kehidupan peribadinya,[60] Fassbender menyatakan menerusi temubual bersama GQ pada tahun 2012, bahawa beliau sedang bersama pelakon Nicole Beharie, selepas bekerjasama dalam filem Shame.[61] Pada Disember 2014, beliau mula berhubungan dengan pelakon Sweden, Alicia Vikander. Mereka berkenalan di penggambaran filem The Light Between Oceans.[62][63] Mereka berdua kemudiannya berkahwin dalam satu majlis tertutup pada 14 Oktober 2017 di Ibiza, Sepanyol.[64]
Judul | Tahun | Peranan | Pengarah | Nota | Ref(s) |
---|---|---|---|---|---|
300 | 2006 | Stelios | Zack Snyder | [65] | |
Angel | 2007 | Esmé | François Ozon | [66] | |
Hunger | 2008 | Bobby Sands | Steve McQueen | [67] | |
Eden Lake | 2008 | Steve | James Watkins | [68] | |
Blood Creek | 2009 | Richard Wirth | Joel Schumacher | [69] | |
Fish Tank | 2009 | Connor | Andrea Arnold | [70] | |
Inglourious Basterds | 2009 | Lt. Archie Hicox | Quentin Tarantino | [71] | |
Man on a Motorcycle | 2009 | Man on a Motorcycle | John Maclean | Filem pendek | [72] |
Centurion | 2010 | Quintus Dias | Neil Marshall | [73] | |
Jonah Hex | 2010 | Burke | Jimmy Hayward | [74] | |
Jane Eyre | 2011 | Edward Fairfax Rochester | Cary Fukunaga | [75] | |
X-Men: First Class | 2011 | Erik Lehnsherr / Magneto[a] | Matthew Vaughn | [76] | |
A Dangerous Method | 2011 | Carl Jung | David Cronenberg | [77] | |
Shame | 2011 | Brandon Sullivan | Steve McQueen | [78] | |
Pitch Black Heist | 2011 | Michael | John Maclean | Filem pendek Penerbit eksekutif |
[79][80] |
Haywire | 2011 | Paul | Steven Soderbergh | [81] | |
Prometheus | 2012 | David 8 | Ridley Scott | [82] | |
12 Years a Slave | 2013 | Edwin Epps | Steve McQueen | [83] | |
The Counselor | 2013 | Counselor | Ridley Scott | [84] | |
1 | 2013 | Narrator | Paul Crowder | Dokumentari | [85] |
Frank | 2014 | Frank | Lenny Abrahamson | [86] | |
X-Men: Days of Future Past | 2014 | Erik Lehnsherr / Magneto[a] | Bryan Singer | [87] | |
Slow West | 2015 | Silas Selleck | John Maclean | Penerbit eksekutif | [88] |
Macbeth | 2015 | Macbeth | Justin Kurzel | [89] | |
Steve Jobs | 2015 | Steve Jobs | Danny Boyle | [90] | |
X-Men: Apocalypse | 2016 | Erik Lehnsherr / Magneto / Henryk Gurszky[a] | Bryan Singer | [91] | |
The Light Between Oceans | 2016 | Tom Sherbourne | Derek Cianfrance | [92] | |
Trespass Against Us | 2016 | Chad Cutler | Adam Smith | [93][94] | |
Assassin's Creed | 2016 | Callum Lynch Aguilar[b] |
Justin Kurzel | Penerbit | [95][96][97] |
Song to Song | 2017 | Cook | Terrence Malick | [98] | |
Alien: Covenant | 2017 | David 8 Walter One[b] |
Ridley Scott | [99] | |
The Snowman | 2017 | Harry Hole | Tomas Alfredson | [100] | |
X-Men: Dark Phoenix | 2018 | Erik Lehnsherr / Magneto[a] | Simon Kinberg | style="text-align:center;"|[101] |
Menandakan filem yang belum dikeluarkan |
Judul | Tahun | Peranan | Saluran | Nota | Ref(s) |
---|---|---|---|---|---|
Band of Brothers | 2001 | Burton Christenson | HBO | [102] | |
Hearts and Bones | 2001 | Hermann | ITV | 3 episod | [103][104] |
NCS: Manhunt | 2002 | Jack Silver | BBC One | [103] | |
Holby City | 2002 | Christian Connolly | BBC One | Episod: "Ghosts" | [103] |
Carla | 2003 | Rob | ITV | Filem TV | [103] |
Gunpowder, Treason & Plot | 2004 | Guy Fawkes | BBC Two | Filem TV | [105] |
Julian Fellowes Investigates: A Most Mysterious Murder | 2004 | Charles Bravo | BBC One | Filem TV | [106] |
A Bear Named Winnie | 2004 | Lt. Harry Colebourn | CBC | Filem TV | [107][108] |
Sherlock Holmes and the Case of the Silk Stocking | 2004 | Charles Allen | BBC One | Filem TV | [109] |
Hex | 2004–2005 | Azazeal | Sky 1 | [110] | |
Murphy's Law | 2005 | Caz Miller | BBC One | 5 episod | [111] |
Our Hidden Lives | 2005 | German POW | BBC Four | Filem TV | [112] |
William and Mary | 2005 | Lukasz | ITV | Episod #3.3 | [113] |
Agatha Christie's Poirot | 2006 | George Abernethie | ITV | Episod: "After the Funeral" | [112] |
Trial & Retribution | 2006 | Douglas Nesbitt | ITV | 2 episod | [114] |
Wedding Belles | 2007 | Barney | Channel 4 | Filem TV | [115][116] |
The Devil's Whore | 2008 | Thomas Rainsborough | Channel 4 | 4 episod | [117] |
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Michael Fassbender |
Umum | |
---|---|
Perpustakaan negara | |
Kamus biografi | |
Lain-lain |