X-Men: Apocalypse ialah sebuah filem superhero Amerika Syarikat 2016 berdasarkan karakter-karakter X-Men yang muncul di dalam Marvel Comics. Ia merupakan sekuel kepada filem 2014, X-Men: Days of Future Past dan filem kesembilan dalam siri filem X-Men. Diarahkan oleh Bryan Singer, filem ini dibintangi James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Oscar Isaac, Nicholas Hoult, Rose Byrne, Olivia Munn, Evan Peters, Kodi Smit-McPhee, Sophie Turner, Tye Sheridan, Alexandra Shipp, Lucas Till, Josh Helman, Lana Condor dan Ben Hardy. Dalam "X-Men: Apocalypse", mutan purba En Sabah Nur sedar pada tahun 1983 dan merancang untuk menghapuskan tamadun moden serta mengambil alih seluruh dunia, tindakan ini telah menyebabkan X-Men mencuba untuk menghalang dia dan mengalahkan pengikut mutan murtadnya.
Filem ini diumumkan oleh Singer pada bulan Disember 2013 dengan Kinberg, Dougherty dan Harris terikat untuk membangunkan cerita. Pemilihan pelakon bermula pada bulan Oktober 2014 manakala fotografi utama bermula pada bulan April 2015 di Montreal, Kanada dan berakhir pada bulan Ogos tahun yang sama. X-Men: Apocalypse ditayangkan pada Mei 27, 2016 di Amerika Utara dalam format 3D dan 2D serta dalam format IMAX 3D di pasaran antarabangsa terpilih.[2]Filem ini telah memperolehi kutipan sebanyak $527 juta di seluruh dunia.
Pada bulan Disember 2013, Bryan Singer mengumumkan X-Men: Apocalypse di laman sosial Twitter untuk tayangan pada Mei 27, 2016.[2] Pada bulan yang sama, Simon Kinberg, Dan Harris dan Michael Dougherty didedahkan oleh Singer untuk terikat dengan kerja cerita filem ini.[16] Menurut Singer, filem ini akan mengfokuskan asal-usul mutan dan akan menampilkan versi lebih muda Cyclops, Jean Grey dan Storm.[17][18] Singer juga berkata dia mempertimbangkan Gambit dan versi muda Nightcrawler untuk muncul.[19] Menurut Kinberg, ia akan mengambil tempat pada tahun 1983 dan akan menyelesaikan trilogi yang bermula dengan filem 2011, X-Men: First Class.[20][21] Dia juga berkata filem itu adalah 20 tahun sebelum filem 2000, X-Men.[21] Pada bulan September 2014, 20th Century Fox dengan rasminya mengumumkan bahawa Singer akan mengarah filem ini.[22]
Pada bulan Oktober 2014, pemilihan pelakon untuk X-Men: Apocalypse bermula.[23] Pada bulan November, Singer mengesahkan bahawa Oscar Isaac akan melakonkan watak Apocalypse.[5] Pada bulan Januari 2015, Singer mengumumkan bahawa Alexandra Shipp, Sophie Turner dan Tye Sheridan akan melakonkan watak Storm, Jean dan Cyclops yang lebih muda.[10] Pada bulan yang sama, Kinberg mengesahkan bahawa Rose Byrne akan menyambung wataknya sebagai Moira MacTaggert dalam filem ini.[6] Pada bulan Februari, Kodi Smit-McPhee telah dipilih untuk watak Nightcrawler dan Ben Hardy untuk watak yang tidak dinyatakan.[9][24] Pada bulan Mac, Singer mengumumkan bahawa Lana Condor telah dipilih untuk watak Jubilation Lee.[13] Pada bulan April, Singer mengesahkan bahawa Hardy akan melakonkan watak Angel, Olivia Munn akan melakonkan watak Psylocke dan Lucas Till akan kembali sebagai Havok.[7][25][14] Pada bulan Mei, Singer mengumumkan bahawa mutan Caliban akan muncul dalam filem ini.[26][27] Pada bulan Julai, Hoult mendedahkan di Conan bahawa Josh Helman berada dalam filem ini sebagai William Stryker.[28]
Fotografi utama bermula pada April 27, 2015 di Montreal, Kanada.[29] Pada lewat bulan Ogos, unit pertama produksi untuk filem ini telah selesai[30] manakala unit kedua produksi selesai pada September 4, 2015. Penggambaran tambahan mengambil tempat pada bulan Januari 2016.[31]
Pada Mei 2016, penulis skrip Simon Kinberg berkata bahawa filem "X-Men" yang seterusnya akan diletakkan pada tahun 1990-an.[32]Dia juga berhasrat untuk merealisasikan "The Dark Phoenix Saga" kepada sebuah filem, sebuah cerita yang telah dimasukkan ke dalam trilogi filem X-Men asal.[33][34]