Munafik 3 | |
---|---|
Pengarah | Syamsul Yusof |
Lakon layar | Syamsul Yusof |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Disunting oleh | Syamsul Yusof |
Syarikat penerbitan | Skop Productions Sdn. Bhd. |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Munafik 3 merupakan filem seram Malaysia akan datang arahan dan lakonlayar oleh Syamsul Yusof terbitan Skop Productions Sdn. Bhd.. Ia merupakan kesinambungan daripada Munafik (2016) dan Munafik 2 (2018) serta filem ketiga dalam trilogi Munafik. Biarpun pada mulanya dijadualkan untuk tayangan pada 2020, penerbitan yang dijangka bagaimanapun tidak akan berlaku.
Pada 4 September 2018, perancangan untuk siri ketiga filem Munafik telah diumumkan oleh Syamsul mahu menjadikan Munafik sebagai sebuah francais media.[1][2] Menurut beliau: "Skrip untuk naskhah ketiga Munafik belum siap sepenuhnya. Namun, saya sudah ada bayangan jalan cerita yang sentiasa berlegar-legar di fikiran. Rancangan untuk menghasilkan Munafik dalam bentuk trilogi sudah ada sejak pembikinan naskhah pertama pada 2016 lagi,”.[3] Beliau mengesahkan bahawa Munafik 3 menjalani penggambaran pada 2019.[4] Bagaimanapun, barisan pelakon yang bakal terlibat akan diumumkan kelak.[5]