My Coffee Prince | |
---|---|
Genre | Drama, cinta, komedi |
Berdasarkan daripada | The 1st Shop of Coffee Prince oleh MBC |
Pengarah | Michael Ang |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Akan Bercinta" oleh Janna Nick |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Juita Viden Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria & Ria HD (Slot MegaDrama) |
Siaran asal | 27 November 2017 – 11 Januari 2018 |
Kronologi | |
Mengikuti | Red Velvet |
Diikuti oleh | Lafazkan Kalimah Cintamu |
My Coffee Prince[1] ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 yang diadaptasi daripada drama popular Korea Selatan, The 1st Shop of Coffee Prince lakonan Yoon Eun-hye dan Gong Yoo yang disiarkan di MBC pada 2007. Diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden, ia dibintangi oleh Fattah Amin dan Janna Nick sebagai teraju utama. Siri ini disiarkan serentak menerusi Slot MegaDrama di Astro Ria dan Astro Ria HD mulai 27 November 2017 menggantikan Red Velvet yang tamat bersiaran pada 11 Januari 2018.[2][3]
Malaysia menjadi negara ASEAN keempat yang mendapat hak eksklusif untuk menerbitkan semula drama Coffee Prince[perlu rujukan] selepas Thailand,[4] Filipina[5] dan China.[6]
Menceritakan kisah Dani, seorang gadis yang sering disalah anggap sebagai lelaki. Dani tinggal bersama ibunya Zahara dan adiknya Ira. Manakala Raikal, seorang ahli perniagaan muda tidak mengetahui Dani sebenarnya seorang gadis, lalu menawarkan pekerjaan kepadanya di kafe yang hanya dikhususkan untuk pekerja lelaki. Dani yang perlu bekerja keras untuk menyara keluarganya menerima tawaran tersebut.
Sejak Dani mula bekerja di kafe itu, Raikal secara tidak sengaja telah jatuh hati kepada Dani. Perasaan ini menyebabkan Raikal mula meragui seksualiti dirinya kerana di matanya, Dani ialah seorang lelaki. Sementara itu, Dani juga telah mula menyukai Raikal, namun tidak mahu mendedahkan bahawa dirinya ialah seorang gadis kerana beliau takut kehilangan pekerjaan.
Rencana utama: The 1st Shop of Coffee Prince |
The 1st Shop of Coffee Prince (Hangul: 커피프린스 1호점 ) juga dikenali sebagai Coffee Prince ialah sebuah drama Korea 2007 lakonan Yoon Eun-hye, Gong Yoo, Lee Sun-kyun dan Chae Jung-an. Ia berdasarkan dari novel Lee Sun-mi dengan tajuk yang sama. Ia pada asalnya disiarkan di Korea Selatan oleh MBC pada 2 Julai 2007 dan dimuktamadkan pada 28 Ogos 2007. Ia menjadi salah satu siri paling popular di Korea pada tahun itu, meraih penarafan yang tinggi dan memenangi beberapa anugerah, termasuk Drama TV Terbaik di Anugerah Penerbit Korea ke-20; Pelakon TV Terbaik dan Pengarah TV Terbaik Terbaik di Anugerah Kesenian Baeksang ke-44 untuk Yoon Eun-hye dan Lee Yoon-jung; Kecemerlangan dalam Lakonan dan Anugerah Kecemerlangan dalam Lakonan untuk Yoon Eun-hye dan Gong Yoo, dan Anugerah PD untuk Kim Chang-wan di Anugerah Drama MBC 2007.[9]
Di Malaysia, siri ini disiarkan pada 2010 di Animax Asia dengan alih suara Bahasa Melayu dan sari kata Bahasa Inggeris.[10]
Penggambaran My Coffee Prince dibuat menggunakan kamera resolusi 4K (ultra high definition) dengan nisbah aspek 22:9. Ketepuan warna yang rendah telah digunakan untuk memberikan kesan yang berbeza dari drama-drama yang lain.
Lagu tema drama ini ialah "Akan Bercinta" nyanyian Janna Nick yang juga pelakon utamanya.
Selain dari itu, beberapa buah lagu tema juga telah dimainkan di dalam drama ini. Antaranya ialah:
* = original soundtrack untuk My Coffee Prince.
|dead-url=
ignored (bantuan)[pautan mati]
|dead-url=
ignored (bantuan)
|dead-url=
ignored (bantuan)https://www.dramafever.com/news/coffee-prince-set-for-chinese-remake-with-the-director-of-heirs/