"Nakal Nakal Nakal" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Ayda Jebat | ||||
Dilancarkan pada | 25 November 2016 | |||
Format | Muat turun digital | |||
Genre | R&B, pop | |||
Panjang | 3:52 | |||
Syarikat | Paranormal Talents | |||
Penulis | Irwan Simmanjuntak | |||
Kronologi Kronologi single Ayda Jebat | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Nakal Nakal Nakal" ialah lagu oleh penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat. Ia dikeluarkan sebagai single ketiganya pada 25 November 2016 melalui Paranormal Talents dengan lagu dan lirik oleh Irwan Simmanjuntak. Ia juga menjadi lagu tema drama Awak Sangat Nakal lakonannya.[1]
Ayda Jebat mendedahkan bahawa beliau hampir membatalkan hasrat merakamkan lagu "Nakal Nakal Nakal" akibat kekangan masa. Namun berjaya disiapkan selepas mendapat semangat baharu selain sokongan daripada syarikat rakaman serta komposer bersama lagu itu, Irwan Simanjuntak. "Nakal Nakal Nakal" dihasilkan hanya dalam tempoh lima hari, termasuk susunan melodi, seni kata serta rakaman, namun masih menjaga kualitinya.[2]
Carta (2016) | Kedudukan carta |
---|---|
Era FM | 6 |
Hot FM | 1 |
Muzik Muzik | – |
Negara | Tarikh | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia | 25 November 2016 | Muat turun digital[3] Penstriman digital[4] |
Paranormal Talents |