"Siapa Diriku" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Ayda Jebat | ||||
Dilancarkan pada | 29 Julai 2015 | |||
Dirakamkan pada | 2015 | |||
Format | Muat turun digital | |||
Genre | R&B, pop | |||
Syarikat | Paranormal Talents | |||
Penulis | Omar K, Ezra Kong, Ayda Jebat | |||
Kronologi Kronologi single Ayda Jebat | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
"Siapa Diriku" ialah single sulung oleh penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat.[1] Ia dikeluarkan pada 29 Julai 2015 melalui Paranormal Talents dengan lagu lirik oleh Omar K, Ezra Kong dan Ayda sendiri. Lagu ini menceritakan mengenai realiti kehidupan anak seni yang sering menjadi mangsa kecaman pahlawan papan kekunci di media sosial. Ia juga dimuatkan sebagai lagu tema drama MAID lakonan beliau.[2]
Rakaman lagu ini dijalankan pada Mei 2015.[3]
Muzik video untuk "Siapa Diriku" dimuat naik di saluran YouTube rasmi beliau pada 14 September 2015 berjaya mencecah tontonan lebih satu juta hanya dalam masa tiga minggu.[4]
Ia turut mendapat kerjasama daripada jenama telefon pintar Oppo yang mana Ayda merupakan jurucakapnya.[5]
Carta (2015) | Kedudukan carta |
---|---|
Era FM | 12 |
Hot FM | 1 |
Muzik Muzik | 1 |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2016 | Anugerah MeleTOP Era 2016 | Lagu MeleTOP | Menang |