Nasir Jani | |
---|---|
Kelahiran | 1954 (umur 69–70) |
Pendidikan | Komunikasi massa |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Pengarah filem,[1] penulis, pelakon |
Tahun aktif | 1983–kini |
Nasir Jani (lahir 1954) merupakan seorang pengarah filem, penulis dan pelakon Malaysia.[2] Dari kerjaya filemnya, beliau menduduki kerusi pengarah menerusi filem pertamanya, Kembara Seniman Jalanan (1986) dan filem kedua Rozana Cinta ‘87 (1987) serta telah mengarahkan beberapa drama TV dan telefilem. Beliau juga merupakan penulis separuh masa yang mana beliau menjadi kolumnis hiburan di akhbar Sinar Harian.
Nasir dilahirkan di Kampung Dol Said, Bandar Alor Gajah, Melaka dan merupakan lulusan dalam komunikasi massa di Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA; UiTM). Ketika menuntut di UiTM, Nasir memulakan kerjaya teaternya bersama Kelab Teater Kuala Lumpur menerusi pementasan teater bertajuk yang dibintangi oleh Fatimah Abu Bakar.[3] Selepas tamat belajar di UiTM, beliau bergiat aktif secara serius dalam pementasan teater dengan mengarahkan teater pendek dengan skrip tulisan Hatta Azad Khan bertajuk Mayat pada 1978.[3]
Beliau memulakan kerjaya profesionalnya pada tahun 1983, menerusi filem, Mekanik arahan Othman Hafsham yang mana beliau merupakan pengarah seninya. Seterusnya menjadi pengarah untuk iklan dan dokumentari. Pada tahun 1984, beliau diberi kepercayaan oleh Datuk Rahim Razali sebagai pengarah seni bagi filem Matinya Seorang Patriot, beliau pernah bekerja dengan Bade Hj. Azmi dalam filem untuk TV3 Maria (1984) arahan Shuhaimi Baba.[2] Pada tahun 1986, Nasir menduduki kerusi pengarah menerusi filem Kembara Seniman Jalanan lakonan M. Nasir dan Rozana Cinta '87 (1987).[4][5]
Ketika kerjaya beliau berada di puncak, beliau membuat keputusan untuk berehat dari kerjaya filemnya dan menumpukan perhatian di belakang tabir pengiklanan dan telefilem. Pada tahun 1990, Nasir banyak terlibat dengan pengarahan telefilem untuk siaran televisyen tempatan, termasuklah Funfair, Gigolo, Tatoo, Namaku Shima dan Runtuh.[2] Antara sentuhan karya terkenal beliau adalah telemovie Bara (1989) yang telah mendapat sambutan yang menggalakan dan telah tercalon pelbagai anugerah seperti Anugerah Seri Angkasa 1989/1990, Pengarah Drama Terbaik, Lakon Layar Terbaik, TV Drama Terbaik, Pelakon Lelaki TV Terbaik, Pelakon Wanita TV Terbaik dan Pelakon Baru Terbaik.[2]
Beliau telah terlibat dalam pengarahan muzik video dan dokumentari termasuklah dokumentari mengenai Mursyidul Am PAS, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz dan dokumentari mengenai sasterawan negara, Datuk A. Samad Said.[2] Nasir telah dipilih oleh produksi Layar Sunan untuk mengarah filem Tombiruo: Penunggu Rimba berdasarkan pengalaman beliau serta visinya tentang dalam pengarahan. Ia akan menjadi filem kepulangan semula beliau setelah beberapa tahun berehat dari kerusi pengarah.[2][6]
Pada April 2016, Nasir menerbitkan buku memoirnya bertajuk Brader, Kita Mesti Terus Hidup!.[7]
Tahun | Filem | Dikreditkan sebagai | Catatan | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengarah | Pengarah Seni | Penolong Pengarah | Penulis | Pelakon | |||
1983 | Mekanik | Tidak | Ya | Ya | Tidak | Tidak | |
1984 | Matinya Seorang Patriot | Tidak | Ya | Ya | Tidak | Tidak | |
1986 | Kembara Seniman Jalanan | Ya | Tidak | Tidak | Ya | Tidak | Filem pertama arahan |
1987 | Rozana Cinta '87 | Ya | Tidak | Tidak | Ya | Tidak | |
2005 | Rock | Tidak | Tidak | Tidak | Tidak | Ya | |
2011 | Songlap | Tidak | Tidak | Tidak | Tidak | Ya | |
2012 | Leftwings | Tidak | Ya | Tidak | Ya | Tidak | |
2017 | Tombiruo: Penunggu Rimba | Ya | Tidak | Tidak | Tidak | Tidak | Arahan bersama Seth Larney |
TBA | Takluk: Inspirasi Lahad Datu | Tidak | Tidak | Tidak | Tidak | Ya | Pos-produksi |
Tahun | Televisyen | Dikreditkan sebagai | Catatan | |
---|---|---|---|---|
Pengarah | Penulis | |||
1988 | Anjang Aki | Ya | Tidak | |
Tok Kaya | Ya | Tidak | ||
Khalilah | Ya | Tidak | ||
Dalam Perjalanan | Ya | Tidak | ||
1989 | Darah Setitik | Ya | Tidak | |
Bara | Ya | Ya | ||
1990 | Novel Oleh Atika | Tidak | Ya | |
Funfair | Ya | Ya | ||
Gigolo | Ya | Ya | ||
Namaku Shima | Ya | Tidak | ||
Samudera Gagah | Ya | Tidak | 3 episod | |
1991 | Lela Sari | Ya | Tidak | 5 episod |
Tatoo | Ya | Ya | ||
1993 | Tempang | Ya | Ya | |
1994 | Runtuh | Ya | Ya | |
2006 | Asy Asyura | Ya | Tidak | |
2021 | Kampong Pisang Bersiri-siri | Tidak | Tidak | Sebagai pelakon; episod: "Alam Pak Din" (Bahagian 3) |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
1989 | Anugerah Seri Angkasa 1989/1990 | Pengarah Drama Terbaik | Tercalon |