Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.Cari sumber: "Naza" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Naza
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriKonglomerat
Ditubuhkan1975; 49 tahun yang lalu (1975)
PengasasTan Sri SM Nasimuddin SM Amin
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Tokoh pentingDatuk Wira SM Faisal, (Pengerusi Kumpulan Bersama)
SM Nasarudin, (Pengerusi Kumpulan Bersama)
Puan Sri Zaleha Ismail, (Pengarah),
SM Faliq, (Pengarah)
Nur Diana, (Pengarah)
Nur Nadia, (Pengarah)
Bilangan kakitangan5,000
Tapak webwww.naza.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kumpulan Naza merupakan sebuah konglomerat perniagaan Malaysia yang terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan yang terdiri daripada permotoran kepada pendidikan. Kumpulan itu mula beroperasi pada tahun 1975 sebagai sebuah syarikat perdagangan motor. Industri automotif kekal sektor yang paling penting bagi kumpulan itu.

Kumpulan ini mempunyai bahagian perniagaan termasuk pengedaran kereta dan motorsikal, pembuatan, pembangunan hartanah, makanan dan minuman, perhotelan, perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan limosin, pendidikan automotif, perladangan, pengedaran rokok, perkhidmatan kewangan. Kumpulan ini telah ditubuhkan dan diketuai oleh Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin selaku Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif sehingga kematiannya pada 1 Mei 2008.

Kumpulan Naza ialah pemegang francais untuk Ferrari, Maserati, Koenigsegg, Kia Motors, Peugeot, Chevrolet, Citroën, Brabus, Ducati, Harley-Davidson, Piaggio, Vespa, Aprilia, Gilera dan Motosikal India di Malaysia.

Naza juga mengeluarkan Naza Ria dan Naza Citra berasaskan model Kia Carnival dan Kia Caren. Selain itu Kumpulan Naza mengeluarkan Naza Sutera dan Naza Forza (berasaskan model Hafei Loba) yang dilancarkan pada April 2006, Naza Bestari (berasaskan model Peugeot 206) pada Mei 2006, Naza suria (berasaskan model Kia Picanto), Naza Forte (berasaskan model Kia Forte), Naza Brabus (berasaskan model Mercedes Brabus), Naza Rondo (berasaskan model Kia Rondo), Naza picanto (berasaskan model Kia Picanto),

Aktiviti Perniagaan

Automotif

Pembuatan

Hartanah dan Pembinaan

Hospitaliti

Restoran Makanan dan Minuman

Pendidikan

Pengangkutan dan Logistik

Kewangan dan Insurans

Perladangan

Pengedaran Rokok

Pencapaian

Kritikan dan Kontrovesi

Isu Permit Import

Naza pernah dikritik oleh ahli-ahli Parlimen dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir kerana telah menyebabkan kerugian syarikat milik negara, PROTON mengalami kerugian disebabkan Naza telah membawa masuk kereta luar negara secara besar-besaran terutamanya dari Korea Selatan yang dikatakan lebih murah berbanding kereta buatan PROTON. Naza juga dikritk hebat Tun Dr. Mahathir kerana memperoleh Permit Import (AP) yang banyak daripada kerajaan. Dr. Mahathir menyatakan sebuah syarikat tidak boleh membawa masuk kereta import secara besar-besaran. Pemimpin pembangkang telah menuduh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Rafidah Aziz yang juga besan kepada Nasimuddin terlibat dalam pemberian AP yang terlalu banyak kepada Naza dan selama ini telah menggunakan kuasa yang beliau ada untuk memajukan Naza. Bagaimanapun kebanyakan permit tersebut diluluskan semasa pemerintahan Mahadir itu sendiri dan kritikan ini dilakukan selepas pengunduran beliau.

Isu Kereta Nasional

Rafidah Aziz dan kerajaan telah dikririk hebat oleh Dr. Mahathir kerana telah memberikan taraf Kereta Nasional iaitu kereta buatan Malaysia kepada MPV yang dihasilkan oleh Naza, Naza Ria. Dr. Mahathir berkata Naza Ria tidak boleh diberikan taraf Kereta Nasional kerana ia tidak menepati klasifikasi Kereta Nasional yang ditetapkan oleh kerajaan. Salah satu sebab mengapa Dr. Mahathir mengkritik pemberian taraf itu kepada Naza Ria ialah kerana kebanyakkan komponen kenderaan itu dihasilkan di Korea dan jelas sekali ia merupakan kereta buatan Korea bukan kereta buatan Malaysia. Pihak pengurusan Naza hanya berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan kritikan ini.

Naza dikatakan berjaya menjadi sebuah syarikat yang berjaya kerana adanya Rafidah Aziz yang boleh mempengaruhi keputusan Kabinet dalam urusan ekonomi khasnya berkenaan hal-ehwal automotif. Ia disangkal oleh Rafidah Aziz dengan menyatakan semua peluang diperoleh oleh Naza diberikan dengan adil dan bebas daripada penyalahan guna kuasa.

Rujukan

  1. ^ Fok, Khai Yin. "Platinum Park". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-13. Dicapai pada 28 April 2014.

Pautan luar