Republik Nicaragua ريڤوبليك نيكاراݢوا República de Nicaragua | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: [Salve a ti, Nicaragua] Error: ((Lang)): teks mempunyai penanda italik (bantuan) | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Managua | ||||
Bahasa rasmi | bahasa Sepanyol (rasmi) (bahasa Inggeris dan bahasa asli di pantai Caribbean) | ||||
Kerajaan | Republik | ||||
Kemerdekaan Dari Sepanyol | |||||
14.01 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan Julai 2005 | 5,487,000 (ke-108) | ||||
KDNK (PPP) | 2005 | ||||
• Jumlah | AS$16.05 bilion (ke-148) | ||||
AS$3,636 (ke-119) | |||||
HDI (2003) | 0.690 sederhana · ke-112 | ||||
Mata wang | Córdoba ( NIO ) | ||||
Zon waktu | () | ||||
Kod panggilan | 505 | ||||
Kod ISO 3166 | NI | ||||
DPT internet | .ni |
Nicaragua ialah sebuah republik di Amerika Tengah. Walaupun Nicagarua merupakan negara yang terbesar di kawasan ini, kepadatan penduduknya adalah yang paling rendah. Negara ini bersempadan dengan Honduras di utara dan Costa Rica di selatan. Lautan Pasifik terletak di sebelah garis pinggir laut baratnya, sedangkan di timur negara ini ialah Laut Karibbean.
Nama "Nicaragua" merupakan gabungan dua perkataan, iaitu:
Sebelum penaklukan Sepanyol, Nicaragua adalah nama bagi sekeping tanah yang sempit antara Tasik Nicaragua dengan Lautan Pasifik. Ketua puak Nicarao memerintah tanah itu ketika penakluk-penakluk yang pertama tiba di sini. Takrif istilah itu kemudian diperluas untuk merangkumi kelompok yang duduk di kawasan ini.
Nicarao pra-Columbus datang ke kawasan ini dari kawasan-kawasan utara selepas kejatuhan Teotihuacan atas nasihat pendeta-pendeta atau ketua-ketua agama mereka. Menurut tradisi, mereka disuruh membuat perjalanan ke selatan sehingga menemui dua buah gunung berapi yang timbul daripada sebuah tasik, dan berhenti apabila mereka tiba di Ometepe, pulau gunung berapi air tawar yang terbesar di dunia.
Melalui Akta Kemerdekaan Amerika Tengah pada September 1821, Nicaragua dimasukkan ke dalam Empayar Mexico Pertama. Nicaragua dimasukkan ke dalam Provinsi Amerika Tengah Syarikat setelah empayar tersebut digulingkan sebelum negara tersebut ditukar nama menjadi Republik Persekutuan Amerika Tengah. Nicaragua mencapai kemerdekaan penuh pada 1831.[1] Nicaragua ditakluki oleh Amerika Syarikat sejak 1912 hingga 1933.[2] Ketika akhir zaman penjajahan pad 1933, Juan Batista Sacasa dilantik sebagai Presiden Nicaragua.
Beberapa tahun selepas itu, beliau dikalahkan oleh Somoza García melalui sebuah pilihan raya yang tidak adil,[3] dan menjadi presiden pada 1 Januari 1937 lalu memulakan zaman pemerintahan diktator keluarga Somoza yang berlanjutan selama 43 tahun.[4] Somoza García bertindak mengisytiharkan perang terhadap beberapa buah negara Kuasa Paksi ketika Perang Dunia Kedua, meskipun Nicaragua tidak menghantar sebarang kuasa tentera untuk berperang. Somoza García memerintah hingga 1957 apabila dibunuh oleh penyair Rigoberto López Pérez, dan digantikan oleh anaknya, Luis Somoza Debayle. Pemerintahannya disifatkan sebagai sederhana dan berlanjutan hingga kematiannya pada 1963. Penggantinya, René Schick Gutiérrez disifatkan oleh kebanyakan rakyat Nicaragua sebagai patung boneka keluarga Somoza.[5]
Anak Luis, Anastasio Somoza Debayle menjadi presiden pada 1967. Pada 1972, sebuah gempa bumi melanda ibu kota Managua lalu menyebabkan kemusnahan berskala besar di bandar tersebut.[6] Namun begitu, Somoza bertindak merampas wang bantuan yang sepatutnya digunakan untuk memulihkan Managua. Sebuah parti sosialis yang ditubuhkan pada 1961, Barisan Pembebasan Kebangsaan Sardinista (FSLN) berjaya menumbangkan Somoza pada 1979, mengakhiri pemerintahan keluarga Somoza.
Nicaragua ialah negara terbesar di Amerika Tengah dengan keluasan sekitar 129,500 km². Negara ini bersempadan dengan Costa Rica di selatan, Honduras di utara, dan Laut Caribbean di timur serta Lautan Pasifik di barat. Wilayahnya terbahagi ke dalam tiga daerah: Dataran Rendah Pasifik, Pergunungan Utara Tengah dan Dataran Rendah Atlantik. Mogotón ialah titik tertinggi negara dengan ketinggian mencecah 2,438 meter. Negara ini memiliki 7% daripada biokepelbagaian dunia dan memiliki hutan hujan kedua terluas di Amerika; hampir 20% wilayahnya dilindungi sebagai taman negara atau rizab alam.
Sistem politik Nicaragua adalah berdasarkan sistem demokrasi berperwakilan berpresiden. Presiden Nicaragua bertanggungjawab sebagai ketua negara serta ketua kerajaan. Perhimpunan Kebangsaan memegang kuasa perundangan bersama-sama kerajaan. Kerajaan negara juga memegang kuasa eksekutif.
Nicaragua ialah sebuah negara kesatuan. Nicaragua dibahagikan kepada 15 buah departmen serta dua buah komuniti berautonomi yang berdasarkan model pembahagian pentadbiran Sepanyol. Kawasan-kawasan berautonomi negara ialah Kawasan Berautonomi Pesisir Caribbean Utara dan Selatan (RACCN dan RACCS masing-masing).[7]
Nicaragua ialah salah satu negara-negara termiskin di benua Amerika. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara pada 2018 ialah AS$13.118 billion secara nominal dan AS$35.726 billion secara pariti kuasa beli.[8] Hampir separuh penduduk Nicaragua hidup di bawah garis kemiskinan menurut Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[9] Bidang pertanian menyumbang kepada 60% eksport negara dengan nilai lebih kurang AS$300 juta.[10] Sektor perkhidmatan ialah sektor paling utama negara yang menyumbang kepada 56.8% KDNK negara dan memberi pekerjaan kepada 52% populasi buruh negara.[11]
Maklumat daripada CIA menetapkan jumlah penduduk Nicaragua setakat 2016 pada 5,966,798 dengan kira-kira 69% orang mestizo, 17% kulit putih, 5% orang peribumi dan selebihnya kaum berkulit hitam serta lain-lain. Ibu negara, Managua ialah bandar terbesar dengan anggaran penduduk ialah 1,042,641 orang pada 2016.[12] Sebuah masyarakat ekspatriat semakin berkembang di negara ini, lazimnya dengan tujuan perniagaan.[13]
Bahasa Sepanyol Nicaragua ialah bahasa utama negara. Bahasa ini memiliki pelbagai loghat serta kepelbagaian daripada segi kosa kata bergantung kepada lokasi di Nicaragua.[14] Beberapa bahasa asli turut ditutur di Nicaragua seperti bahasa Miskito, Sumo dan Rama.
Perlembagaan negara tidak menetapkan sebarang agama rasmi bagi negara, tetapi menjanjikan kebebasan beragama dalam kalangan masyarakat Nicaragua. Secara umumnya, majoriti penduduk Nicaragua adalah beragama Kristian; 55% rakyat menurut Gereja Katolik, 27.2% rakyat menurut Protestan, 0.9% rakyat ialah ahli Saksi Jehovah.[15][16]
Kadar celik huruf masyarakat dewasa negara ialah 78% pada 2005.[17] Pendidikan adalah percuma kepada rakyat negara, dan pendidikan rendah telah diwajibkan di Nicaragua. Nicaragua memiliki lebih 30 buah institut pengajian tinggi (IPT) awam dan lebih 75 buah IPT swasta.[18]
Sistem pengangkutan di Nicaragua adalah lebih menyeluruh di bahagian pesisir Pasifik berbanding dengan kawasan Atlantik. Kebanyakan jalan di Nicaragua adalah tak berturap.[11] Pengangkutan awam di Nicaragua lazimnya diuruskan oleh perkhidmatan bas awam. Setakat 2013, terdapat 147 buah lapangan terbang di Nicaragua.[11] Sejak September 2001, Nicaragua tidak lagi memiliki sebarang pengangkutan rel akibat serangan 11 September 2001 di Amerika.[19]
Budaya Nicaragua terpengaruh oleh kuasa penjajah pada masa dahulu yang bercampur dengan kebudayaan peribumi Nicaragua, dan bergantung kepada lokasi. Kawasan pesisir Pasifik yang dijajah oleh Sepanyol memiliki pengaruh Sepanyol yang kuat manakala kawasan pesisir Caribbean yang pernah dijajah oleh British memiliki keserupaan kepada negara-negara Caribbean yang pernah dijajah oleh British seperti pengaruh bahasa Inggeris.
|dead-url=
(bantuan)
Ketahui lebih lanjut tentang Nicaragua di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
Negara-negara di Amerika Tengah |
---|
Belize | Costa Rica | El Salvador | Guatemala | Honduras | Nicaragua | Panama |
Senarai negara dan wilayah tanggungan di benua Amerika Utara | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara-negara berdaulat | Amerika Syarikat • Antigua dan Barbuda • Bahamas • Barbados • Belize • Kanada • Costa Rica • Cuba • Dominica • El Salvador • Grenada • Guatemala • Haiti • Honduras • Jamaica • Mexico • Nicaragua • Panama • Republik Dominika • Saint Kitts dan Nevis • Saint Lucia • Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine • Trinidad dan Tobago | ||||||||||
Wilayah tanggungan |
|
Umum | |
---|---|
Perpustakaan negara | |
Lain-lain |