Koordinat: 25°4′N 77°20′W / 25.067°N 77.333°W
Komanwel Bahamas کومنويل باهامس Commonwealth of The Bahamas (bahasa Inggeris) | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Forward Upward Onward Together Mara Ke Hadapan Bersama-sama (terjemahan) | |||||
Lagu kebangsaan: March On, Bahamaland (Berarak Terus, Tanah Bahama) Lagu diraja: God Save the King (Tuhan Selamatkan Raja) | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Nassau | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris | ||||
Kerajaan | Komanwel | ||||
• Monarki | Charles III | ||||
• Gabenor Jeneral | Sir Cornelius A. Smith | ||||
Philip Davis | |||||
Badan perundangan | Parlimen | ||||
Senat | |||||
Dewan Perhimpunan | |||||
Kemerdekaan | |||||
• daripada United Kingdom | 10 Julai 1973 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 13,878 km2 (5,358 bt2) (ke-155) | ||||
28% | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2022 | 400,516 (ke-177) | ||||
• Bancian Penduduk 2018 | 385,637 | ||||
25.21/km2 (65.3/sq mi) (ke-181) | |||||
KDNK (PPP) | 2022 | ||||
• Jumlah | $16.130 bilion[1] (ke-148) | ||||
$40,274[1] (ke-40) | |||||
KDNK (nominal) | 2022 | ||||
• Jumlah | $12.803 bilion[1] (ke-130) | ||||
$32,077[1] (ke-26) | |||||
Mata wang | Dolar Bahamas (BSD) Dolar Amerika Syarikat (USD) | ||||
Zon waktu | UTC−5 (EST) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC−4 (EDT) | ||||
Arah memandu | kiri | ||||
Kod panggilan | 1-242 | ||||
Kod ISO 3166 | BS | ||||
DPT internet | .bs |
Bahamas, secara rasminya Komanwel Bahamas (bahasa Inggeris: Commonwealth of the Bahamas ) merupakan sebuah negara yang terletak dalam Kepulauan Lucayan di rantau Hindia Barat di Lautan Atlantik. Ia terdiri daripada 97% keluasan tanah Kepulauan Lucayan dan dihuni oleh 88% penduduk kepulauan tersebut. Ibu Negara Bahamas ialah Nassau yang terletak di Pulau New Providence.
Sebelum kedatangan penjajah, Orang Taino berpindah masuk ke pulau-pulau selatan yang tiada penduduk dari Amerika Selatan melalui Hispaniola dan Cuba pada 1000 Tahun Masihi dan dikenali sebagai Orang Lucayan.[2] Semasa ketibaan Christopher Colombus di San Savador pada tahun 1492, sekitar 30,000 Orang Lucayan menduduki Kepulauan Bahamas.[3] Perjanjian Tordesillas pada tahun 1494 yang membahagikan wilayah-wilayah baharu di kalangan Kerajaan Kastilla dan Kerajaan Portugal, meletakkan Kepulauan Bahamas dalam lingkungan Sepanyol. Pihak Sepanyol kemudiannya menghantar orang Lucayan ke Hispaniola untuk dijadikan hamba, dan sebahagian besar Kepulauan Bahamas menjadi sunyi dari tahun 1513 hingga tahun 1648 disebabkan hampir kesemua orang asli Bahamas dipindahkan secara paksaan melalui penghambaan atau mati disebabkan penyakit yang dibawa oleh orang Eropah ke pulau tersebut. Bahamas menjadi Jajahan Mahkota British pada tahun 1718 dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1973.
31 daerah di Bahamas ditadbir oleh kerajaan tempatan masing-masing, manakala New Providence yang mengandungi lebih daripada 70 peratus daripada seluruh penduduk di Bahamas ditadbir secara terus oleh kerajaan pusat.[4]