Koordinat: 26°30′S 31°30′E / 26.500°S 31.500°E
Kerajaan eSwatini كراجاءن ايسواتيني | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Siyinqaba" (Swazi) "Kami kubu" "Kami sebuah misteri/tanda tanya" "Kami sorok diri kami sendiri" | |||||
Lagu kebangsaan: Nkulunkulu Mnikati wetibusiso temaSwati Oh Tuhan, Pengurnia Rahmat Swazi | |||||
Ibu negara | Mbabane (eksekutif) Lobamba (perundangan) | ||||
Bandar terbesar | Manzini | ||||
Bahasa rasmi | |||||
Demonim | Swazi | ||||
Kerajaan | Dwiraja mutlak berparlimen satuan | ||||
Raja Mswati III | |||||
• Ndlovukati | Ntfombi Tfwala | ||||
• Perdana Menteri | Russel Dlamini | ||||
Badan perundangan | Parlimen Swaziland | ||||
Dewan Senat | |||||
Dewan Undangan | |||||
Kemerdekaan | |||||
• daripada United Kingdom | 6 September 1968 | ||||
• Raja mutlak & perlembagaan kini | 1975 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 17,364 km2 (6,704 bt2) (ke-153) | ||||
0.9 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2020 | 1,160,164 [1] (ke-155) | ||||
• Bancian Penduduk 2017 | 1,093,238[2] | ||||
66.8/km2 (173.0/sq mi) (135th) | |||||
KDNK (PPP) | 2021 | ||||
• Jumlah | USD10.463 bilion | ||||
$9,186 [3] | |||||
KDNK (nominal) | 2021 | ||||
• Jumlah | USD4.211 bilion | ||||
$3,697[3] | |||||
Gini (2016) | 54.6[4] tinggi | ||||
HDI (2019) | ▲ 0.611[5] sederhana · ke-138 | ||||
Mata wang | Rand Afrika Selatan Lilangeni Swazi ( SZL ) | ||||
Zon waktu | UTC+2 (SAST) | ||||
Arah memandu | kiri | ||||
Kod panggilan | +268 | ||||
Kod ISO 3166 | SZ | ||||
DPT internet | .sz |
Eswatini atau eSwatini[6] (disebut [é.swa.ti.ni]) atau nama rasminya Kerajaan Eswatini (bahasa Inggeris: Kingdom of eSwatini ; bahasa Swati: Umbuso weSwatini; nama lama ia: Swaziland [swa.zi.land]) ialah sebuah negara berdaulat terletak di selatan benua Afrika. Negara ini menyempadani Mozambique di timur laut dengan Afrika Selatan di utara, barat dan selatan keseluruhannya dikelilingi daratan. Negara dan rakyatnya ambil nama mereka daripada Raja Mswati II, raja abad ke-19 di bawah pemerintahan wilayah Swazi dikembangkan dan disatukan.[7]
Pada 19 April 2018, Raja Swaziland Raja Mswati III bertitah bahawa nama negara Swaziland dinamakan semula Kerajaan eSwatini menandakan ulang tahun ke-50 kemerdekaan Swazi. Nama baru ini, eSwatini, bermakna "tempat orang Swazi" dalam bahasa Swati.[8][9] Penamaan semula ini juga dilakukan bagi mengelakkan kekeliruan dengan nama negara Switzerland.[10][11]
Eswatini mempunyai persekitaran alam yang pelbagai; daripada kawasan pergunungan di sepanjang perbatasan Mozambique sehingga kawasan savana di sebelah timur dan hutan hujan di barat laut. Beberapa sungai mengalir di negara ini speerti Sungai Lusutfu. Dengan 50,000 orang penduduk, Mbabane sebagai ibu kota Eswatini, merupakan kota terbesar, dan kota-kota besar lain termasuk Manzini, Lobamba dan Siteki.
Eswatini ialah sebuah negara raja mutlak berdasarkan perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat Swazi.[12] Ketua negara ialah raja atau Ngwenyama ("Singa"), raja kini ilaha Raja Mswati III yang menaiki takhta pada 1986 setelah kemangkatan ayahandanya Raja Sobhuza II pada 1982. Menurut perlembagaan negara, Ingwenyama ialah simbol perpaduan dan keabadian bangsa Swazi.[13]
Bancian rasmi 2007 menetapkan jumlah penduduk Eswatini pada 912,229 orang penduduk, sedikit berkurang daripada jumlah penduduk dalam bancian rasmi sebelumnya (929,718 orang, 1997); pengurangan jumlah penduduk ini dikatakan berlaku akibat penghijrahan besar-besaran penduduk Eswatini ke Afrika Selatan dengan tujuan mencari kerja.[14] Eswatini memiliki kadar pesakit HIV/AIDS tertinggi dunia dengan peratusan sebanyak 27.2% (14 ke 49 tahun).[15][16]
Bahasa utama negara, siSwati (juga dikenal sebagai Swati, Swazi atau Siswati) ialah bahasa Bantu daripada Kumpulan Nguni, yang dituturkan di Eswatini dan Afrika Selatan.[17] Bahasa ini mempunyai 2.5 juta penutur dan diajar di sekolah. Bahasa ini diangkat sebagai bahasa rasmi Eswatini, bersama-sama dengan bahasa Inggeris, dan salah satu bahasa rasmi Afrika Selatan.[18] Selain itu, kira-kira 77,000 orang penduduk negara bertutur dalam bahasa Zulu.[19] Di samping itu, bahasa Portugal juga mula diajar sebagai bahasa ketiga di sekolah-sekolah Eswatini.[20]
Negara berdaulat (anggota) |
| ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Wilayah tanggungan anggota |
|
Umum | |
---|---|
Perpustakaan negara | |
Pangkalan data saintifik | |
Lain-lain |