Republik Guinea Khatulistiwa | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Unidad, Paz, Justicia (Sepanyol) "Perpaduan, Keamanan, Keadilan" | |||||
Lagu kebangsaan: Caminemos pisando las sendas de nuestra inmensa felicidad (Sepanyol) Marilah Kita Berjalan Melangkahi Jalan Kebahagiaan Kita yang Luar Biasa | |||||
Ibu negara | Malabo (semasa) Ciudad de la Paz (dalam pembinaan) 3°45′N 8°47′E / 3.750°N 8.783°E | ||||
Bandar terbesar | Bata | ||||
Bahasa rasmi | |||||
Bahasa umumyang diakui | Senarai
| ||||
Kumpulan etnik (2020[3]) |
| ||||
Agama (2020)[4] |
| ||||
Demonim |
| ||||
Kerajaan | Unitary dominant-party presidential republic under a dictatorship[5][6] | ||||
• Presiden | Teodoro Obiang Nguema Mbasogo | ||||
• Naib Presiden | Teodoro Nguema Obiang Mangue | ||||
• Perdana Menteri | Manuela Roka Botey | ||||
Badan perundangan | Parlimen | ||||
Senat | |||||
Dewan Timbalan | |||||
Kemerdekaan dari Sepanyol | |||||
• Diisytiharkan | 12 Oktober 1968 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 28,050 km2 (10,830 bt2) (141st) | ||||
boleh diabaikan | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2022 | 1,679,172[7] (154th) | ||||
KDNK (PPP) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▼ $28.356 billion[8] (148th) | ||||
▼ $18,362[8] (90th) | |||||
KDNK (nominal) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▼ $10.041 billion[8] (156th) | ||||
▼ $6,502[8] (95th) | |||||
HDI (2021) | ▲ 0.596[9] sederhana · 145th | ||||
Mata wang | Franc CFA Afrika Tengah ( XAF ) | ||||
Zon waktu | UTC+1 (WAT) | ||||
Format tarikh | dd/mm/yyyy | ||||
Arah memandu | right | ||||
Kod panggilan | +240 | ||||
Kod ISO 3166 | GQ | ||||
DPT internet | .gq | ||||
|
Guinea Khatulistiwa, secara rasmi Republik Guinea Khatulistiwa (Sepanyol: República de Guinea Ecuatorial, Sebutan Sepanyol: [reˈpuβlika ðe ɣiˈnea ekwatoˈɾjal], Perancis: République de Guinée Équatoriale, Bahasa Portugis: República da Guiné Equatorial, Bahasa Inggeris: Republic of Equatorial Guinea) adalah sebuah negara yang terletak di Afrika Tengah. Dengan keluasan 28,000 km2 ia adalah salah satu negara terkecil di benua Afrika dan mempunyai populasi dianggarkan sebanyak setengah juta.
Guinea Khatulistiwa terletak di pantai barat Afrika Tengah. Negara ini terdiri daripada wilayah tanah besar, Río Muni, yang bersempadan dengan Cameroon di utara dan Gabon di timur dan selatan, dan lima pulau kecil, Bioko, Corisco, Annobon, Elobey Chico (Elobey Kecil), dan Elobey Grande (Elobey Besar). Bioko, tapak ibu negara, Malabo, terletak kira-kira 40 kilometer (25 bt) di luar pantai Cameroon. Pulau Annobon terletak kira-kira 350 kilometer (220 bt) barat-selatan-barat Cape Lopez di Gabon. Corisco dan dua pulau Elobey berada di Corisco Bay, di sempadan Río Muni dan Gabon.
Guinea Khatulistiwa terletak di antara latitud 4 °U dan 2°S, dan longitud 5° B dan 12° E. Meskipun namanya, tidak ada bahagian wilayah negara yang terletak di khatulistiwa—ia berada di hemisfera utara kecuali kawasan kepulauan Wilayah Annobón yang terletak kira-kira 155 km (96 bt) selatan daripada khatulistiwa.
Guinea Khatulistiwa mempunyai iklim tropika dengan musim basah dan kering yang ketara. Dari Jun hingga Ogos, Río Muni kering dan Bioko basah, dan dari Disember hingga Februari, keadaan sebaliknya berlaku. Antaranya, terdapat peralihan secara beransur-ansur. Hujan atau kabus berlaku setiap hari di Annobon, di mana hari tanpa awan tidak pernah didaftarkan. Suhu di Malabo, Bioko, berjulat dari 16 °C (61 °F) hingga 33 °C (91 °F), walaupun di selatan Moka Plateau, suhu tinggi biasa hanya 21 °C (70 °F). Di Río Muni, suhu purata ialah kira-kira 27 °C (81 °F). Kadar Hujan tahunan berbeza daripada 1,930 mm (76 in) di Malabo hingga 10,920 mm (430 in) di Ureka, Bioko, tetapi Río Muni agak kering.
Guinea Khatulistiwa terbahagi kepada lapan buah wilayah.[10][11] Wilayah terbaharu ialah Djibloho yang dicipta pada 2017 dengan ibu pejabatnya di Ciudad de la Paz, bakal ibu negara.[12][13] Lapan wilayah tersebut adalah seperti di bawah (ibu kota wilayah dalam kurungan):[10]
Wilayah-wilayah ini dibahagikan lagi kepada 19 buah daerah dan 37 buah perbandaran.[14]
Kebanyakan rakyat negara memiliki asal orang Bantu.[15] Kumpulan etnik terbesar, orang Fang, adalah asli di tanah besar, dengan migrasi besar Pulau Bioko sejak abad ke-20 membanyakkan penduduk Fang hingga melepasi jumlah orang Bubi asal. Golongan Fang merangkumi kira-kira 80% populasi,[16] dan terdiri daripada sekitar 67 buah puak. Mereka di kawasan utara Río Muni bertutur bahasa Fang-Ntumu, dan mereka di selatan bertutur bahasa Fang-Okah; dua dialek ini memiliki perbezaan, tetapi dapat saling difahami. Dialek-dialek Fang juga ditutur di kawasan negara jiran, Cameroon (Bulu) and Gabon. Dialek-dialek ini masih dapat saling difahami, tetapi lebih lebih ketara perbezaannya. Orang Bubi yang merangkumi 15% populasi adalah asli di Pulau Bioko. Garis sempadan tradisi antara etnik Fang dan "pantai" ialah kampung Niefang ("batas Fang") di timur Bata.
Kumpulan etnik pesisir pantai, kadangkala dirujuk sebagai Ndowe atau "Playeros" ("orang pantai" dalam bahasa Sepanyol): Combes, Bujebas, Balengues, dan Bengas di tanah besar dan pulau-pulau kecil, dan Fernandinos, sebuah komuniti Krio di Pulau Bioko bersama-sama merangkumi 5% populasi negara. Orang Eropah (sebahagian besarnya berketurunan Sepanyol atau Portugis, sebahagian daripada keturunan Afrika separa) juga tinggal di negara itu, tetapi kebanyakan warga Sepanyol meninggalkan negara selepas negara mencapai kemerdekaan.
Guinea Khatulistiwa pra-merdeka mengharapkan pengeluaran koko untuk pendapatan mata wang kukuh. Ia mempunyai pendapatan per kapita tertinggi Afrika pada 1959.
Penemuan simpanan minyak besar pada 1996 dan eksploitasinya yang berikutnya telah menyumbang kepada satu peningkatan dramatik dalam hasil kerajaan. Seperti pada 2004,[17] Equatorial Guinea adalah pengeluar minyak ketiga terbesar di Sub Sahara Afrika. Pengeluaran minyaknya telah meningkat kepada 360,000 buah tong/hari, bertambah daripada 220,000 dua tahun terdahulu.
Perhutanan, pertania, dan perikanan adalah juga komponen utama bagi KDNK negara ini. Pertanian sara diri mendominasi. Kemerosotan ekonomi luar bandar di bawah rejim-rejim yang kejam telah mengurangkan potensi untuk pertumbuhan pertanian.
Walaupun KDNK per kapita (PPP) lebih daripada US$30,000 [18][19], Equatorial Guinea berkedudukan ke-121 daripada 177 buah negara dalam Indeks Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Equatorial Guinea telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bersama Piala Negara Afrika 2012 perkongsian dengan Gabon. Negara itu juga dipilih menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Sepak Wanita Afrika 2008, yang kemudian dimenangi.
|date=
(bantuan)
Ketahui lebih lanjut tentang Equatorial Guinea di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Equatorial Guinea. |
Koordinat: 1°55′29.34″N 10°06′41.94″E / 1.9248167°N 10.1116500°E