Republik Bersatu Tanzania ريڤوبليك برساتو تنزانيا | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Uhuru na Umoja" (Swahili) "Kebebasan dan Kesatuan" | |||||
Lagu kebangsaan: "Mungu ibariki Afrika" ("Tuhan Merestui Afrika") | |||||
Ibu negara | Dodoma | ||||
Bandar terbesar | Dar es Salaam | ||||
Bahasa rasmi | |||||
Bahasa kebangsaan | Swahili[1] | ||||
Bahasa lain | Lebih 100 bahasa, termasuk (1j+):
| ||||
Kumpulan etnik | Lebih 100 kumpulan etnik | ||||
Agama (2020)[2] |
| ||||
Demonim | Orang Tanzania | ||||
Kerajaan | Republik berpresiden parti dominan kesatuan | ||||
• Presiden | Samia Hassan Suluhu | ||||
• Perdana Menteri | Kassim Majaliwa | ||||
Badan perundangan | Perhimpunan Kebangsaan | ||||
Merdeka daripada United Kingdom | |||||
9 Disember 1961 | |||||
• Zanzibar dan Pemba | 10 Disember 1963 | ||||
• Penggabungan | 26 April 1964 | ||||
• Perlembagaan terkini | 25 April 1977 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 947,303 km2 (365,756 bt2) (ke-30) | ||||
6.4[3] | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2021 | 61,193,226 orang[4] (ke-24) | ||||
• Bancian Penduduk 2012 | 44,928,923 orang[5] | ||||
47.5/km2 (123.0/sq mi) (ke-157) | |||||
KDNK (PPP) | 2019 | ||||
• Jumlah | USD200.144 bilion | ||||
$3,574[6] | |||||
KDNK (nominal) | 2019 | ||||
• Jumlah | USD65.632 bilion | ||||
USD1,172[6] | |||||
Gini (2017) | 40.5[7] sederhana | ||||
HDI (2019) | ▲ 0.529[8] rendah · ke-163 | ||||
Mata wang | Shilling Tanzania ( TSH ) | ||||
Zon waktu | UTC+3 (EAT) | ||||
Arah memandu | kiri | ||||
Kod panggilan | +255[a] | ||||
Kod ISO 3166 | TZ | ||||
DPT internet | .tz | ||||
|
Tanzania, secara rasminya Republik Bersatu Tanzania (Swahili: Jamhuri ya Muungano wa Tanzania , bahasa Inggeris: United Republic of Tanzania ), merupakan sebuah negara terletak dalam kawasan Tasik-Tasik Besar di timur benua Afrika. Negara ini menghadap Lautan Hindi disempadani Uganda di belah utaranya; Kenya di belah timur lautnya; Mozambique dan Malawi di belah selatannya; Zambia di belah barat dayanya; serta Rwanda, Burundi, dan Republik Demokratik Congo di belah baratnya. Gunung Kilimanjaro iaitu gunung terbesar di Afrika terletak di timur laut negara ini.
Tanganyika dan Zanzibar mencapai kemerdekaan daripada British pada masa yang berlainan, dan bergabung menjadi Tanzania pada tahun 1964. Ibu negara dan pusat pemerintahan negara Tanzania secara rasminya ialah Dodoma sejak dipindahkan tahun 1996,[10] tetapi Dar es Salaam masih merupakan bandar terbesar serta pusat komersial utama dan pelabuhan di negara ini.[11][12][13] Bahasa kebangsaan bagi negara Tanzania ialah Bahasa Swahili. [14]
Tanzania adalah destinasi pelancongan yang popular. Ramai pelancong melawat negara ini untuk melihat hidupan liar di safari dan mendaki Gunung Kilimanjaro atau Melawat Zanzibar untuk percutian pantai[15][16]
Nama "Tanzania" diciptakan menggabungkan nama-nama "Tanganyika" dan "Zanzibar" iaitu kedua-dua kawasan yang membentuk negara Tanzania yang disatukan.[17]
Kira-kira 2,000 hingga 3,000 tahun dahulu, golongan Bantu mula berpindah dari Afrika Barat ke kawasan Tanzania. Masyarakat pada zaman ini memiliki kemahiran dalam bidang pertanian dan pertukangan besi. Golongan Pare ialah salah satu pengeluar besi utama bagi masyarakat yang tinggal di kawasan pergunungan timur laut Tanzania.[18] Golongan Haya yang tinggal di kawasan barat Tasik Victoria pula berupaya mencipta sejenis relau bagas haba tinggi pada 1,500 tahun dahulu yang membolehkan penempaan keluli karbon.[19]
Para pedagang dan perantau dari kawasan Teluk Parsi dan India telah melawat pesisir Afrika Timur sejak alaf pertama Masihi.[20] Agama Islam mula dianuti oleh masyarakat di Pesisir Swahili sejak abad kelapan atau kesembilan Masihi.[21] Budaya Swahili mula berkembang mulai abad ke-10 dengan kawasan-kawasan utama termasuk Kilwa Kisiwani dan Zanzibar.[22]
Pada 1505, pihak Portugis telah menawan pulau Zanzibar. Penaklukan ini berterusan hingga awal abad ke-18. Pada akhir zaman Portugis, penduduk tempatan yang dibantu oleh golongan Arab Oman mengusir pihak Portugis. Sultan Oman, Sultan Seyyid Said memindahkan ibu kotanya ke Zanzibar pada 1840.
Ketika Zanzibar menjadi ibu kota Oman, Zanzibar menjadi pusat perdagangan hamba Arab.[23] Kira-kira 65 hingga 90 peratus daripada penduduk Arab-Swahili di Zanzibar dijadikan sebagai hamba.[24] Perhambaan hanya dihapuskan pada 1890-an.[25] Setelah kemangkatan Seyyid Said pada 1856, pertikaian pewarisan takhta antara dua anakandanya menyebabkan pemerintahan Zanzibar dan Oman terpisah, lalu tertubuhnya Kesultanan Zanzibar.
Pada akhir abad ke-19, pihak Jerman telah menakluki kawasan Tanzania (kecuali Zanzibar) dan dimasukkan ke dalam Afrika Timur Jerman. Sultan Zanzibar menentang penaklukan ini dan mendakwa baginda mentadbir kawasan tanah besar Tanzania serta Zanzibar, tetapi lama-kelamaan terpaksa menerima penaklukan itu.[26] Pada 27 Ogos 1896, Kesultanan Zanzibar berperang dengan pihak British dalam Perang Inggeris-Zanzibar yang menyaksikan peperangan selama hanya lebih kurang 40 minit, menjadikan perang ini sebagai perang paling singkat dalam sejarah yang direkodkan.[27]
Pada 7 Mei 1919, keseluruhan Jerman Afrika Timur diserahkan kepada pihak British, tetapi mendapat tentangan hebat daripada Belgium.[28]:246 Melalui Perjanjian Versailles pada 28 Julai 1919, kawasan Tanganyika diserahkan kepada British secara rasmi, meskipun perjanjian tidak dilaksanakan hingga 10 Januari 1920.
Pada 1929, Persatuan Afrika ditubuhkan sebagai persatuan bagi pegawai kerajaan Dar es Salaam dan Zanzibar. Pada 1948, persatuan ini bertukar menjadi Persatuan Afrika Tanganyika dan tidak lagi berperanan di Zanzibar. Persatuan ini bertukar lagi menjadi Kesatuan Kebangsaan Afrika Tanganyika (TANU) oleh Julius Nyerere pada 1954 dan menjadi pusat bagi nasionalisme Tanganyika.[29] Tanganyika mencapai kemerdekaan pada 9 Disember 1961, dan Julius Nyerere menjadi Perdana Menteri Tanzania, tetapi menetapkan Ratu Tanganyika (Elizabeth II) sebagai ketua negara pada awalnya.
Pada 12 Januari 1964, berlakunya Revolusi Zanzibar yang menyaksikan kejatuhan Kesultanan Zanzibar yang dikuasai golongan Arab oleh golongan pemberontak tempatan. Kesannya, Republik Rakyat Zanzibar telah ditubuhkan. Republik ini bergabung dengan Tanganyika pada 26 April 1964 lalu membentuk Tanzania.[30]
Selepas pembentukan Tanzania, Presiden Julius Nyerere melaksanakan regresi etnik dan pembinaan identiti kebangsaan Tanzania dan disifatkan sebagai salah satu regresi-regresi yang paling berjaya di Afrika.[31] Meskipun Tanzania wujud sebagai salah satu negara dengan kepelbagaian yang amat ketara di Afrika, perpisahan etnik jarang berlaku di Tanzania berbanding negara-negara jiran. Melalui regresi Nyerere, Tanzania juga memiliki kestabilan politik yang lebih baik daripada kebanyakan negara Afrika.[32]
Selepas Deklarasi Arusha pada 1967, politik kerajaan Nyerere beralih ke arah kiri, dengan kemunculan pengaruh sosialisme dan pan-Afrikanisme dalam kerajaan. Oleh hal yang demikian, bank serta industri-industri besar diletakkan di bawah kerajaan. Namun begitu, peralihan ini mengembangkan korupsi di Tanzania.[33]
Pada 1977, Nyerere menggabungkan parti politiknya, TANU dengan parti pemerintah Zanzibar, Parti Afro-Shirazi lalu tertubuhnya Chama Cha Mapinduzi, CCM dalam suatu usaha untuk membina sistem parti politik tunggal di Tanzania. Tindakan ini diperkukuh melalui pindaan perlembagaan negara pada awal 1980-an. Nyerere menganggap bahawa sistem pelbagai parti politik adalah berbahaya terhadap perpaduan masyarakat Tanzania.[34] Selain itu, beliau menetapkan bahasa Swahili sebagai bahasa kebangsaan.[35]
Tanzania ialah negara ke-13 terbesar di Afrika serta negara ke-31 terbesar dunia daripada segi keluasan dengan jumlah keluasan 947,303 kilometer persegi.[3]
Negara ini bersempadan dengan negara-negara berikut:
Di kawasan timur, Tanzania bersempadan dengan Lautan Hindi dengan anggaran panjang pesisir (Pesisir Swahili) sebanyak 1,424 km.[36] Kawasan ini menempatkan Kepulauan Zanzibar.
Gunung Kilimanjaro dengan ketinggian 5,895 meter ialah gunung tertinggi di Tanzania serta Afrika. Titik terendah di Afrika, iaitu dasar Tasik Tanganyika pada kerendahan 1,471 di bawah paras laut juga berada di Tanzania.[37]
Kawasan utara Tanzania adalah agak bergunung-ganang, dan menempatkan Gunung Kilimanjaro, Gunung Meru, sebuah gunung berapi aktif, dan banjaran-banjaran Usambara dan Pare. Kawasan di tengah-tengah Tanzania ialah sebahagian daripada Penara Afrika Timur. Kawasan tanah rendah boleh ditemui di kawasan timur Tanzania.
Tanzania memiliki iklim tropika, tetapi berbeza mengikut bentuk muka bumi kawasan. Kawasan utara dan timur Tanzania memiliki dua musim tengkujuh, iaitu musim tengkujuh pendek, Vuli dari Oktober hingga Disember, dan musim tengkujuh panjang, Masika dari Mac hingga Mei. Kawasan-kawasan lain di Tanzania memiliki musim tengkujuh tunggal dari Oktober hingga April atau Mei.[38]
Setakat 2018, KDNK Tanzania secara nominal ialah AS$56.7 bilion dan AS$176.5 bilion mengikut pariti kuasa beli. KDNK per kapita Tanzania pula ialah AS$3,457.[39]
Ekonomi Tanzania banyak bergantung kepada pertanian. Pada 2013, pertanian Tanzania menyumbang kepada 24.5% KDNK negara, membekalkan 85% eksport negara dan memberi pekerjaan kepada separuh daripada golongan pekerja Tanzania.[40]
Menurut bancian 2012, jumlah penduduk Tanzania ialah 44,928,923 orang,[41] manakala golongan penduduk berumur kurang daripada 15 tahun merangkumi 44.1% jumlah penduduk Tanzania.[42] Dar es Salaam, dengan jumlah penduduk sebanyak 4,364,541 orang ialah bandar terbesar Tanzania.[41] Dodoma pula ialah ibu kota Tanzania secara de jure.
Masyarakat Tanzania terdiri daripada kira-kira 125 kumpulan etnik. Kira-kira 99% daripada penduduk Tanzania ialah golongan keturunan Afrika dan selebihnya ialah golongan Arab, Eropah dan Asia.[43]
Bahasa-bahasa rasmi Tanzania ialah bahasa Swahili dan bahasa Inggeris secara de facto.[44] Bahasa Arab juga diiktiraf secara rasmi di Zanzibar. Namun, tiada bahasa rasmi yang diiktiraf secara de jure di negara ini.[45]
Masyarakat Tanzania menutur dalam lebih daripada 100 buah bahasa, menjadikan negara ini paling pelbagai daripada segi pertuturan di Afrika Timur. Bahasa-bahasa di Tanzania lazimnya tergolong dalam rumpun-rumpun bahasa Bantu, Kush, Nil dan Khoisan.[46]
Pendidikan di Tanzania adalah wajib hingga berusia 15 tahun.[47] Anggaran peratusan celik huruf bagi penduduk Tanzania yang berusia 15 tahun dan lebih ialah 67.8% pada 2012.[48]
Pendidikan rendah di Tanzania menggunakan bahasa Swahili, manakala pendidikan menengah pula menggunakan bahasa Inggeris. Secara umumnya, pendidikan di Tanzania terbahagi kepada sistem awam dan sistem swasta. Namun begitu, sekolah-sekolah swasta di Tanzania adalah sedikit, mahal dan menggunakan bahasa Inggeris.[49]
Setakat 2011, Tanzania memiliki 56 pelanggan telefon bimbit per 100 penghuni, sedikit melebihi purata Afrika Sub-Sahara. Kira-kira 12% penduduk Tanzania memiliki capaian Internet setakat 2011, tetapi berkembang dengan pesat. Tanzania memiliki jaringan gentian optik yang menggantikan sistem satelit, tetapi lebar jalur Internet masih berada pada tahap yang rendah.[37]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Pew Africa
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama factbook
|access-date=
dan |archive-date=
(bantuan)
Negara berdaulat (anggota) |
| ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Wilayah tanggungan anggota |
|
Umum | |
---|---|
Perpustakaan negara | |
Pangkalan data saintifik | |
Lain-lain |