Yang Berhormat Datuk Norhizam Hassan Baktee DMSM (Melaka) | |
---|---|
EXCO Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka | |
Dalam jawatan 13 Mac 2020 – 5 September 2021 | |
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka untuk Pengkalan Batu | |
Dalam jawatan 10 Mei 2018 – 5 September 2021 | |
Gabenor | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Kalsom Noordin |
Majoriti | 2,756 (2018) |
EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka | |
Dalam jawatan 16 Mei 2018 – 24 Februari 2020 | |
Timbalan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Melaka | |
Dalam jawatan 2015 – 10 Mac 2020 | |
Didahului oleh | Lim Jak Wong |
Digantikan oleh | Jawatan kosong |
Butiran peribadi | |
Lahir | Norhizam bin Hassan Baktee 23 Mei 1966 Melaka, Malaysia |
Parti politik | ![]() ![]() ![]() ![]() (2006–2020) ![]() |
Pasangan | Datin Norlishah Ibrahim[1][2] |
Anak-anak | 2 |
Yang Berhormat Datuk Norhizam bin Hassan Baktee (lahir 23 Mei 1966)[3] ialah seorang Ahli Politik Malaysia dari Melaka. Beliau merupakan bekas EXCO Kerajaan Negeri Melaka bagi portfolio Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani[4] yang telah dilantik pada tahun 2018. Beliau juga merupakan bekas ADUN Pengkalan Batu sebelum tewas pilihanraya negeri Melaka tahun 2021.[5]
Beliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di cawangan Pantai Peringgit namun meninggalkan parti tersebut pada tahun 2006 sebelum menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) kerana mengikuti jejak bapanya serta pandangan beliau bahawa parti tersebut "tidak lagi boleh dipercayai" dan "tidak telus".[6]
Beliau menjadi ADUN Pengkalan Batu setelah memenanginya ketika pilihan raya umum Malaysia ke-14 (PRU-14) pada 10 Mei 2018.[7] Beliau telah mengangkat sumpah sebagai EXCO Kerajaan Negeri Melaka selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Negeri pada 16 Mei tahun yang sama.[8][9]
Pada 10 Mac 2020, beliau telah dipecat daripada DAP setelah memberi sokongan kepada gabungan politik baharu di Melaka.[10] Pemecatan ini susulan kenyataan olehnya bahawa beliau hanyalah "barua" (tali barut) dalam parti berkenaan.[11] Kenyataan tersebut dibidas oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari yang mendakwa bahawa kenyataan itu "hanya alasan untuk menghalalkan tindakan beliau" manakala Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew berpendapat bahawa kenyataan itu adalah demi mendapatkan jawatan dalam Perikatan Nasional (PN).[12] Biarpun demikian, Norhizam mendakwa beliau tidak menerima apa-apa surat rasmi mengenai pemecatan beliau daripada parti berkenaan.[13]
Beliau telah berkahwin dengan Datin Norlishah Ibrahim[1] serta mempunyai dua orang anak.[14]
Norhizam dan isteri, Datin Norlishah Ibrahim...
...Norhizam Hassan dan isteri, Norlishah Ibrahim.
Bapa kepada dua cahaya mata...