One Million Dollar Voice | |
---|---|
Genre | Drama Musik Ngeri Cebisan hidup |
Pengarah | Michael Ang |
Dibintangi oleh |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 32 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Juita Viden |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 28 Ogos 2023 – 19 Oktober 2023 |
Kronologi | |
Mengikuti | Budak Hostel Otaknya Sewel |
Diikuti oleh | My Famous Ex-Boyfriend |
One Million Dollar Voice ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Michael Ang dibintangi oleh Emma Maembong, Amelia Henderson, Ben Amir, Tracie Sinidol, Lah Ahmad, Ezra Kairo, Layla Sania, Roy Azman, Neeta Manis, Uriah See, Naufal Azrin . Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 28 Ogos 2023 menggantikan Budak Hostel Otaknya Sewel. [1][2]
Mengisahkan krew produksi serta para peserta sebuah pertandingan realiti yang suatu ketika dahulu tersohor tetapi kini kian corot di kalangan para penonton.
Dengan tekanan yang diterima, penerbit TJ yang diperankan oleh Emma Maembong ingin menebus semula maruahnya serta rancangan terbitannya walau apa jua sekalipun.
Siri rantaian ini turut memaparkan motif di sebalik setiap penyertaan peserta yang mendahagakan wang kemenangan sebanyak USD 1 juta.
Antaranya Ali yang dimainkan oleh Ben Amir yang ingin melepaskan dirinya daripada genggaman gang lamanya untuk berkahwin dengan wanita pilihannya yang merupakan anak seorang anggota polis.
Manakala Zana yang dilakonkan oleh Amelia Henderson ingin membebaskan dirinya daripada dibelenggu oleh kisah silamnya sebagai seorang pekerja seks dengan bertekad untuk memenangi wang tunai tersebut.
Joe yang dimainkan oleh Lah Ahmad perlu melangsaikan hutangnya demi menyelamatkan nyawa isteri dan anaknya.