Pekan Titi | |
---|---|
Geografi | |
Status | Mukim |
Asal nama | N/A |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Daerah | Daerah Jelebu |
Mukim | Pekan Titi |
Keluasan | N/A |
Pekan Titi merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Negeri Sembilan. Pekan Titi terletak di Kuala Kelawang , Negeri Sembilan, Malaysia.
Tempat yang berhampiran dengan pekan Titi ialah Kuala Kelawang, Kampung Pejadi, Kampung Tambun, Kampung Titi Teras, Kampung Mentaus dan Kampung Padang Serai.
Pada zaman Jepun, ramai orang Cina telah dibunuh oleh tentera Jepun yang berdendam dengan orang Cina. Sebuah tugu peringatan telah dibina di kawasan perkuburan Cina di Titi. Antaranya ialah keluarga kepada Chan Kian Seng, seorang pemandu teksi.
Pekan Titi mempunyai ramai penduduk Cina dan berbahasa dialek Hakka. Semasa zaman darurat, ramai pengganas komunis berkubu di sini dan dipercayai masih ada kubu bawah tanah bagi pengganas komunis untuk bersembunyi dan menyimpan makanan. Di sinilah pemimpin kanan komunis mengadakan perbincangan dan memberikan arahan seperti Cheung Kuo. Cheung Kuo merupakan pemimpin komunis ke-2 penting selepas Chin Peng dan pemimpin utama komunis di Selangor- Negeri Sembilan.
Bukit Tangga dan Gunung Telapa Buruk menjadi lokasi penting bagi menghilangkan diri daripada dijejak oleh tentera Komanwel.
Peta pekan Titi, Negeri Sembilan Diarkibkan 2007-03-11 di Wayback Machine
Gambar-gambar sekitar Titi, negeri Sembilan
Pekan Titi merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negara Negeri Sembilan, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Jelebu.
Mukim | |
---|---|
Bandar | |
Pekan | |
Tanah rancangan |
|