Daerah Temerloh
دايره تمرلوه
Lokasi Daerah Temerloh di Pahang
Lokasi Daerah Temerloh di Pahang
Map
Temerloh is located in Bumi
Temerloh
Temerloh (Bumi)
Koordinat: 3°22′N 102°25′E / 3.367°N 102.417°E / 3.367; 102.417Koordinat: 3°22′N 102°25′E / 3.367°N 102.417°E / 3.367; 102.417
Negara Malaysia
Negeri Pahang
PusatBandar Temerloh
Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Temerloh
Pentadbiran
 • Pegawai daerahKharirur Rizal Ramli[1]
Keluasan
 • Jumlah2,251 km2 (869 batu persegi)
Penduduk
 (2010)[3]
 • Jumlah157,562
 • Kepadatan70/km2 (180/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
28xxx
Kod panggilan+6-09
Nombor plat kenderaanC

Temerloh merupakan sebuah daerah yang terletak di negeri Pahang, Malaysia. Daerah ini terletak di tengah negeri Pahang dan berkeluasan 2,251 kilometer persegi, dengan penduduk seramai 190,500 orang. Pusat pertadbiran daerah ini terletak di Bandar Temerloh.

Daerah ini juga dikenali dengan gelaran "Titik Tengah Semenanjung" memandangkan lokasinya yang berada di tengah Semenanjung Malaysia.[4]

Pentadbiran

Majlis Perbandaran Temerloh
Mukim, bandar dan pekan di daerah Temerloh

Daerah Temerloh ditadbir oleh satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Temerloh. Daerah ini terbahagi kepada 10 mukim yang menempatkan dua bandar, tiga pekan dan 80 kampung.

Mukim Luas (km²) Bil kampung
Bangau 30.32 6
Jenderak 850.0 8
Kerdau 122.9 7
Lebak 44.29 4
Lipat Kajang 41.39 4
Mentakab 101.14 7
Perak 212.2 16
Sanggang 88.3 10
Semantan 755.4 13
Songsang 25.23 5

Bandar dan pekan

Politik

Daerah Temerloh diliputi dua kawasan persekutuan iaitu Temerloh dan Kuala Krau. Daerah ini juga diliputi lima kawasan negeri iaitu Jenderak, Kerdau, Mentakab, Lanchang dan Kuala Semantan.

Geografi

Daerah Temerloh terletak di tengah negeri Pahang bersempadan dengan;

Iklim

Iklim di daerah ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[5] Purata suhu ialah 26.21 °C (79.2 °F). Bulan Mei dan Jun merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 27.0 °C (80.6 °F). Bulan Januari dan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 25.3 °C (77.5 °F).[5] Purata kerpasan di Temerloh adalah 2802.2 milimeter pertahun. Bulan Disember merupakan bulan paling tinggi kerpasan dengan 457.9 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 133.6 milimeter.[5]

Data iklim untuk Temerloh (2009-2019)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata suhu harian, °C (°F) 25.3
(77.5)
25.8
(78.4)
26.2
(79.2)
26.8
(80.2)
27.0
(80.6)
27.0
(80.6)
26.6
(79.9)
26.5
(79.7)
26.2
(79.2)
26.1
(79.0)
25.7
(78.3)
25.3
(77.5)
26.2
(79.2)
Purata kerpasan, mm (inci) 316.8
(12.47)
133.6
(5.26)
200.1
(7.88)
196.7
(7.74)
247.0
(9.72)
146.0
(5.75)
137.4
(5.41)
175.1
(6.89)
192.4
(7.57)
272.9
(10.74)
326.3
(12.85)
457.9
(18.03)
2,802.2
(110.31)
Sumber: ClimateCharts[5]

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1970119,565—    
1980213,355+78.4%
1991186,907−12.4%
2000136,214−27.1%
2010158,724+16.5%
2020169,023+6.5%
Pecahan etnik di Temerloh - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
78.8%
Cina
  
14.7%
India
  
5.8%
Lain-lain
  
0.6%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Temerloh ialah seramai 169,023 orang dengan kepadatan penduduk 75 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 78 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih tiga peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[6]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 107:100. Terdapat 52,014 tempat kediaman dengan sebanyak 42,269 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 107 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 53 ribu dalam golongan muda dan selebihnya lapan ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 129,078
Cina 24,128
India 9,559
Lain-lain 966
Bukan warganegara N/A 5,292

Agama

Agama di Temerloh - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
75.1%
Buddha
  
13.3%
Hinduisme
  
5.7%
Tidak beragama
  
3.7%
Kristian
  
1.9%
Lain-lain
  
0.4%
Tidak diketahui
  
0.0%

Majoriti penduduk di daerah Temerloh beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Kebanyakan penduduk bumiputera selain Melayu menganut agama Kristian atau tidak beragama.[6]

Agama Jumlah
Islam 126,947
Buddha 22,464
Hindu 9,623
Tidak beragama 6,248
Kristian 3,128
Lain-lain 609
Tidak diketahui 4

Tempat menarik

Pelancongan

Monumen dan tempat bersejarah

Moh Makan

Kawasan Rawat dan Rehat Temerloh arah Barat

Sukan dan Rekreasi

Tokoh kelahiran Temerloh

Rujukan

  1. ^ "Perutusan Pegawai Daerah". pdttemerloh.pahang.gov.my.
  2. ^ primuscoreadmin (5 January 2016). "Latar Belakang".
  3. ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Sungai Kepung 'titik tengah' Utusan Malaysia Online. 27/05/2009
  5. ^ a b c d Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Temerluh". Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 2021-06-20.
  6. ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/

Pautan luar