Hinduisme ialah satu agama atau falsafah yang berasal dari benua India dan kawasan sekeliling yang berhampiran. Agama ini adalah agama tertua yang diketahui di dunia. Kitab utama agama ini ialah Veda yang dibahagikan kepada empat kitab utama iaitu Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda.

Dalam zaman silam, Hinduisme dikenali sebagai Ārya Dharma dan orang-orang yang menganuti agama ini dikenali sebagai Āryan. Pendudukan asal mereka ialah di wilayah Punjab. Tidak ada suatu pendapat yang muktamad tentang asal-usul orang Aryan. Golongan cendikiawan dan sejarahwan masih mempertikaikan dan mengemukakan teori-teori yang bercanggah. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa orang Aryan berasal dari kawasan Artik, sesetengah mengatakan Asia Tengah, dan segelintir mengatakan Mediterranean dan sebagainya. Swami Vivekananda sebaliknya menegaskan bahawa orang Aryan berasal dari benua India dan bukannya satu bangsa pendatang dari luar India.[1] Walau bagaimanapun, dari Punjab, orang Aryan tersebar ke seluruh India Utara, sehingga kawasan yang mereka menduduki dikenali sebagai Āryāvarta. Mereka kemudiannya, merentasi banjaran Vindhya dan bersebar ke seluruh India Selatan. Agastya Muni dianggap sebagai orang yang telah membawa bangsa Āryan ke Selatan.[2]

Istilah Hinduisme merangkumi pelbagai aliran fikiran dan falsafah, serta upacara-upacara amal yang amat berbeza. Sebahagian besar penganut Hindu bersembahyang kepada pelbagai dewa-dewi, dan menganggap dewa-dewi ini sebagai penjelmaan-penjelmaan untuk satu Roh Agung (Brahman), sedangkan banyak penganut lain menumpukan kepada satu konsep mufrad untuk Brahman (Tuhan), umpamanya Vaishnavisme, Saivisme dan Saktisme.[3]

Hinduisme ialah agama yang ketiga terbesar di dunia, dengan lebih kurang 900 juta penganut (angka 2005). Kira-kira 890 juta daripada bilangan itu tinggal di India.[4] Agama Hindu merupakan agama utama di benua India meskipun India dianggap sebagai sebuah negara sekular. Agama Hindu menjadi agama rasmi negara Nepal. Dengan peredaran masa, dua cabang utama tumbuh daripada agama Hindu, iaitu agama Buddha dan agama Jain. Pengaruh agama Hindu dan agama Buddha telah tersebar ke negara Sri Lanka, Burma, Tibet, China, Cambodia, Jepun, Korea dan lain-lain negara Asia lain seperti Malaysia dan kepulauan Indonesia. Malah, pengaruh kebudayaan dan tamadun India juga telah dikenalpasti di Mexico. Apa yang menarik tentang perkembangan agama Hindu ialah agama ini tidak pernah disebarkan dengan penaklukan, penjajahan, peperangan atau sebarang bentuk keganasan. Keamanan, kasih sayang, simpati, kemanusiaan, dan kebajikan merupakan daya tarikan agama Hindu. Ke mana sahaja orang Hindu pergi, mereka telah memperkayakan dan meningkatkan kebudayaan dan tamadun tempatan secara semulajadi tanpa sebarang paksaan. Maka, tidak ada keraguan bahawa India dan agama Hindu merupakan ibu ketamadunan di Timur. Malah, kini telah terbukti bahawa idea-idea Hindu juga telah mempengaruhi Greek purba, pusat kelahiran tamadun Barat.[5]

Etimologi

Orang Aryan menyebut agama mereka sebagai Arya Dharma - agama orang Aryan. Mereka langsung tidak mengenal perkataan 'Hindu'. Perkataan Dharma dalam konteks ini bermaksud agama atau tugas-tugas agama. Orang Aryan juga memanggil agama mereka sebagai Manava Dharma yang bermaksud 'Agama untuk Manusia' iaitu agama ini bukan sahaja untuk orang Aryan tetapi untuk seluruh umat manusia. Satu lagi nama untuk agama ini ialah Sanatana Dharma - Agama yang Abadi, yakni agama mereka berasaskan kepada kebenaran abadi. Secara tidak langsung, agama Arya atau agama Hindu membawa maksud yang sama.

Salah sebuah negara yang berdekatan dengan India purba ialah Persia. Sungai Indus (Sindhu dalam bahasa Sanskrit) menjadi sempadan antara Persia dan Aryavarta (nama India purba). Orang Persia menyebut huruf 'S' sebagai 'H', maka Sindhu menjadi Hindhu. Demikian, agama penduduk India menjadi agama Hindu.

Perkataan Hindu 'Dharma' mempunyai maksud yang mendalam dan lebih luas berbanding perkataan 'agama'. Dharma berasal dari akar bahasa Sanskrit 'dhri' (untuk berpegang). Maka, Dharma bermaksud apa yang dipegang oleh sesuatu kehidupan. Semua benda dalam alam semesta ini mempunyai Dharmanya sendiri kerana kewujudan semua perkara atau benda bergantung kepada sesuatu yang lain. Terhadap apakah kewujudan sesuatu benda bergantung? Sifat semulajadi sesuatu benda menentukan kewujudan benda itu iaitu tanpanya benda itu tidak boleh wujud. Misalnya, kuasa pembakaran adalah dharma api; sifat tidak boleh bergerak adalah dharma benda bukan hidup. Manusia juga mempunyai sifat semulajadinya, yang membezakan manusia dengan semua benda hidup lain. Sifat semulajadi itulah yang menjadi Dharma manusia dan ini dikenali sebagai mānava Dharma.

Pengasas

Kuil Hindu Sri Mariamman, Singapura.

Salah satu ciri unik agama Hindu ialah tidak ada manusia yang mengakui diri sebagai pengasasnya[6]. Ini mungkin berbunyi pelik kerana golongan resi yang menemui kebenaran abadi berfikir bahawa kebenaran yang mereka temui telah sedia wujud. Sama seperti hukum graviti yang telah wujud sebelum Newton menemuinya, Kebenaran telah sedia wujud. Seperti Newton menemui hukum graviti, golongan resi menemui Hukum Alam dan Tuhan. Pada hakikatnya, setiap manusia perlu mencari Tuhan dalam dirinya, maka agama Hindu tidak memerlukan pengasas. Swami Vivekananda menerangkan ini dalam Ucapan-Ucapan Chicago seperti ini:

"Orang Hindu telah menerima agama mereka melalui wahyu Veda. Mereka menyatakan bahawa Veda tidak mempunyai permulaan dan penghabisan. Bahawa sebuah kitab tidak mempunyai permulaan dan penghabisan, mungkin kedengaran pelik. Namun, Veda bukan sebuah kitab. Veda ialah kumpulan khazanah hukum rohani yang ditemui oleh pelbagai orang pada masa berlainan. Hukum graviti telah wujud sebelum manusia menemuinya, dan ia akan terus wujud meskipun semua orang melupakannya. Hukum dunia kerohanian juga sama seperti ini. Perhubungan moral, etika dan rohani antara jiwa dengan jiwa, antara roh individu dan Roh Agung (Tuhan) telah wujud sebelum penemuannya dan ia akan kekal walaupun kita melupakannya..."[7]

Golongan resi juga menyedari bahawa Kebenaran Abadi berasal daripada Tuhan, iaitu Sumber yang mencipta segala-galanya. Oleh kerana Kebenaran Abadi atau Veda berasal daripada Tuhan, ia bersifat apauruseya - bukan buatan manusia.

Tanpa seorang pengasas, agama Hindu mempunyai satu kelebihan berbanding agama-agama lain. Sekiranya ia mempunyai seorang pengasas yang spesifik, sudah pasti ianya sukar untuk agama Hindu melalui suatu evolusi yang telah dialaminya sejak beribu-ribu tahun. Pelbagai wali dan Avatara atau Jelmaan Tuhan telah datang pada zaman-zaman berlainan, memainkan peranan masing-masing, dan memperkayakan agama Hindu dengan ajaran mereka. Mereka menjadikan agama ini relevan untuk zaman dan manusia yang berlainan dengan memberikan interpretasi baru kepada teks-teks agama purba. Dengan pengalaman mereka sendiri, mereka juga telah mengesahkan kebenaran dalam kitab-kitab suci.[8]

Selain itu, berbanding agama-agama lain yang mempunyai pengasas, agama Hindu tidak disekat dengan dogma atau hukum-hukum kuno yang tidak lagi relevan untuk sesuatu zaman. Agama Hindu dapat menyesuaikan dirinya dengan pelbagai tempat, dan zaman kerana daripada zaman ke zaman, golongan wali dan Jelmaan Tuhan yang datang untuk tujuan mengembalikan, memperbaharui dan menghidupkan semula Dharma.

Aliran-Aliran Falsafah Hindu

(Artikel Utama: Falsafah India dan Falsafah Vedanta)

Meskipun agama Hindu tidak ada pengasas, terdapat beberapa orang tokoh utama yang memainkan peranan dalam evolusi dan perkembangan agama Hindu. Ramai dalam kalangan mereka memainkan beberapa peranan berlainan pada masa yang sama iaitu, sebagai seorang wali, ahli mistik, ahli falsafah dan pelopor pembaharuan agama. Enam sistem falsafah Hindu (juga dikenali falsafah India) atau Saddarsana telah diperkembangkan oleh enam orang wali Hindu pada zaman-zaman berlainan. Sistem-sistem ini dikenali sebagai falsafah 'agama' kerana asas sistem ini ialah Veda. Enam sistem falsafah Hindu ini ialah:

Dalam zaman moden misalnya, Adi Sankara, Madhvacharya, Ramanujacharya, Sri Krishna Caitanya, Sri Ramakrishna dan Swami Vivekananda memainkan peranan penting dalam pembaharuan dan perkembangan agama Hindu.

Rukun-Rukun Asas Hinduisme

Kewibawaan Veda atau Sruti

Sifat ketuhanan setiap mahkluk

Kewujudan Tuhan dalam segala-galanya

Kepelbagaian nama dan rupa

Samsāra, Kelahiran Semula dan Doktrin Karma

Mukti (Kebebasan)

Pravritti Marga

Nivritti Marga

Ciri-ciri umum Purāṇa

Sebuah Purāṇa dikatakan mengandungi lima ciri-ciri yang menjelaskan: sarga (ciptaan), pratisarga (ciptaan pertengahan), vamśa (dinasti dewa-dewa dan raja-raja), manvantara (empat belas Manu dan zaman-zaman mereka), vamśānucarita (genealogi raja-raja dinasti solar dan lunar). Kadang-kadang beberapa ciri lain ditambah seperti rakṣā (fungsi perlindungan alam semesta oleh Tuhan), saṁsthā (pralaya atau pemusnahan alam semesta), hetu (sebab ciptaan , iaitu jiwa dan karma), vṛtti (penyaraan kehidupan), apāśraya (perlindungan atau Brahman). Kecuali Vishnu Purāṇa, ke semua ciri-ciri ini tidak dibincangkan oleh Purāṇa-Purāṇa lain.

Selain lima ciri-ciri umum ini, terdapat beberapa perkara lain yang dibincangkan seperti śrāddha (upacara kematian), kewajiban setiap varṇa and āśrama, tīrtha (tempat-tempat suci), dan penyembahan imej-imej Tuhan. Beberapa buah Purāṇa juga memainkan peranan dalam penyebaran mazhab-mazhab tertentu misalnya, Śaivisme atau Vaiṣṇavisme. Informasi-informasi dalam pelbagai bidang sekular seperti Ayurveda, arkitektual, perancangan bandar, ilmu ramalan, juga dimuatkan dalam sesuatu Purāṇa.

Kitab-kitab Suci

(Artikel utama : Veda)

Veda atau Śruti

Veda ialah ayat-ayat suci yang didedahkan kepada golongan Rishi. Ayat-ayat suci ini dipercayai telah sedia wujud dan didengar oleh golongan Rishi. Oleh itu, Veda dikenali sebagai Ṥruti (bermaksud sesuatu yang 'didengar') Veda ialah apauruṣeya bermaksud bukan ciptaan manusia. Perkataan Sanskrit Veda bermaksud ilmu. Golongan resi enggan untuk menulis ayat-ayat suci ini kerana kesalihannya. Mereka menghafal ayat-ayat ini dan mengajarnya secara lisan kepada pengikut-pengikut mereka. Demikian, daripada generasi ke generasi, Veda diturunkan secara lisan.

Dengan mengamalkan Brahmacharya, golongan resi mendapat daya ingatan yang kuat. Brahmacharya ialah pengumpulan tenaga dengan mengawal nafsu syawat. Menurut Pātanjala Yogasūtra, Sādhanapāda, Ayat 38, “Brahmacharyapratishthāyam vīryalābhah” (Tenaga diperolehi dengan amalan Brahmacharya).  Menurut golongan Rishi, seseorang yang mengawal nafsu syawatnya dan tidak membazirkan tenaga dengan aktiviti seksual akan mempunyai daya ingatan yang tinggi. Selain itu, amalan Brahmacharya juga memanjangkan usia dan memberikan dhāranā sakti – kebolehan untuk memahami intipati kitab-kitab suci. Dengan kekuatan Brahmacharya, para resi menghafal ayat-ayat suci Veda dan menurunkannya kepada pengikut mereka. Oleh itu, Ayat-Ayat Veda ini dikenali sebagai Sruti, yang secara literal bermaksud pendengaran.[9]

Orang pertama yang mula-mula mengumpul dan menyusun ayat-ayat suci Veda ialah Krishna Dvaipayana (juga dikenali sebagai Veda Vyasa). Baginda menyusun ayat-ayat suci ini kepada empat Veda – Rig Veda, Sāma Veda, Yajur Veda, dan Atharva Veda. Menurut Vishnu Purana, Vyasa dibantu oleh empat orang pengikutnya dalam mengumpul Veda. Paila membantunya untuk mengumpul Rig Veda; Vaisampāyana mengumpul Yajur Veda, Jaimini mengumpul Sama Veda dan Sumantu mengumpul Atharva Veda.[10]

Rig Veda, bahagian yang paling purba, ditulis dalam bahasa Sanskrit kuno.

Bagi mengenang jasa Krishna Dvaipāyana Vyāsa, baginda diberikan gelaran Veda Vyasa. Baginda masih disanjung dan ulang tahun kelahirannya disambut oleh orang Hindu sebagai hari Guru Pūrnimā.

Ajaran utama Veda ialah bahawa semua dan setiap jiwa adalah tuhan – Sarvam Kalvidam Brahma (“Sesungguhnya, segala-galanya ialah Tuhan”) . Terdapat empat ayat-ayat utama Veda yang dikenali sebagai Mahāvākyas atau ‘Maha Ayat-ayat’ iaitu:

Setiap Veda mempunyai empat bahagian:

Smṛiti

Semua kitab-kitab suci Hindu, kecuali Darsana dan Tantra, boleh dikelaskan kepada dua kategori: Veda atau Sruti dan Smriti. Ayat-ayat suci Veda adalah otoriti yang mutlak.  Smriti pula ialah otoriti sekunder. Semua sastera agama seperti dharmasūtras, Purana, Itihāsa (epik), Tantra and Āgama jatuh di bawah kategori Smriti. Semua kitab-kitab sekunder ini mendapat otoritinya daripada Veda. Oleh itu, selagi sumber sekunder ini tidak bercanggah dengan Veda, ia diterima sebagai otoriti yang sah.

Smriti juga mempunyai maksud teknikal. Ia bermaksud buku undang-undang atau manual rukun kehidupan untuk orang Hindu. Antara buku undang-undang purba ini, buku Manu adalah yang paling popular. Yajnavalkya, Baudhayana, Apastambha, Vashishtha dan Gautama ialah para penggubal undang-undang zaman purba. Raghunandana ialah penggubal undang-undang Hindu moden.

Purāṇa

Maksud-maksud mendalam kitab-kitab suci adalah agar sukar difahami. Tanpa dharana shakti yang diperolehi dengan amalan Brahmacharya, manusia biasa tidak boleh memahami maksud tersembunyi Veda atau Upanishad. Oleh itu, golongan resi menghasilkan sejenis sastera khas yang dikenali sebagai Purāṇa. Matlamat utama Purāṇa ialah untuk memberikan ajaran Veda dalam gaya yang popular, menarik dan mudah difahami oleh manusia biasa. Purāṇa wujud dalam bentuk cerita dan perumpamaan. Terdapat lapan belas Purāṇa, antara yang popular ialah Vishnu Purāṇa, Bhagavata Purāṇa, Skanda Purāṇa, Vayu Purāṇa, Padma Purāṇa, Markandeya Purāṇa dan Agni Purāṇa. Sebahagian Markandeya Purāṇa amat popular dalam kalangan masyarakat Hindu sebagai Devi Mahatmyam atau Chandi.

Secara amnya, perkataan 'Purāṇa' diperolehi dengan dua cara: purāa bhavam ('naratif zaman silam') dan purā api navam ('sesuatu yang masih baru dalam zaman silam'). Maka, purana boleh bermaksud sesuatu kisah zaman silam, tetapi masih relevan pada semua zaman.

Itihasa atau Epik - Ramayana dan Mahabharata

Ramayana dikarang oleh Valmiki dan Mahabharata pula ialah karya Vyasa. Kedua-dua epik ini juga dikenali sebagai Itihasa dan ia mengandungi falsafah dan ajaran agama disamping sejarah purba. Bhagavad Gita, kitab suci utama Hindu terkandung dalam Mahabharata. Kedua-dua epik ini juga mempunyai watak-watak utama yang mulia yang dianggap sebagai idola bagi orang Hindu.

Menurut definisi yang diberikan dalam bahasa Sanskrit, sebuah itihasa mesti mengandungi topik-topik yang merangkumi empat puruṣārtha iaitu dharma, artha, kāma dan mokṣa. Secara amnya, topik-topik ini dibincangkan melalui cerita-cerita yang berlaku pada zaman silam.

Perkataan 'itihasa' dan 'puraṇa' telah digunakan dalam sastera Veda (vide Atharva Veda 15.6.4; Satapatha Brahmana 13.4.3.12; Brhadaranyaka Upanishad 2.4.10).

Bhagavad Gīta

[Artikel Utama: Bhagavad Gita]

Kitab suci utama agama Hindu iaitu Bhagavad Gīta ialah sebahagian epik Mahābhārata. Ia mengandungi dialog-dialog antara Sri Krishna, Jelmaan Tuhan dan putera Arjuna. Bagi menjawab soalan-soalan dan keraguan Arjuna, Sri Krishna memberi ajaran rohani yang hebat. Ajaran ini merupakan khazanah agama Hindu. Bhagavad Gīta mengandungi kebanyakan ajaran utama Upanishad. Maka, Bhagavad Gita juga disanjung tinggi seperti Upanishad.

Āgama dan Nigama

Di samping ajaran dan falsafah Veda, agama Hindu juga mempunyai satu set ajaran yang sejajar, dikenali sebagai Tantra. Dalam disiplin Tantra, Tuhan dilihat sebagai kedua-dua principal Lelaki dan prinsipal Perempuan atau Shiva dan Shakti. Sastera Tantra juga menggariskan segala aspek penyembahan Shakti atau tenaga Tuhan dalam rupa Ibu Yang Suci. Kebanyakan sastera Tantra berada dalam bentuk dialog di antara Dewa Siva dan Dewi Parvati (Shakti), di mana dalam beberapa Shiva menjadi guru dan Parvati pelajarnya dan dalam sastera lain Parvati menjadi guru dan Shiva pula pelajarnya. Sastera Tantra yang diajar oleh Shiva dikenali sebagai Āgama dan sastera yang diajar oleh Shakti dikenali sebagai Nigama. Terdapat enam puluh empat sastera Tantra yang popular, antaranya ialah: Mahānirvāna, Kulārnava, Kulasāra, Prapanchasāra, Tantrarāja, Rudra Yāmala, Brahma Yāmala, Vishnu Yāmala dan Todala Tantra.

Sastera yang unik dan amat teknikal ini juga mengandungi garis panduan untuk pembinaan kuil dan pembuatan arca Hindu termasuk semua upacara ritual berkaitan dengannya.

Pancharātra Samhitā dan Shaiva Āgama

Seperti Tantra, wujud dua jenis sastera lain yang dinamakan Pancharātra Samhita golongan Vaishnava dan Shaiva Āgama. Seperti Tantra, sastera-sastera ini juga mengutarakan amalan dan doktrin agama yang sesuai untuk zaman Kali. Walaupun kedua-dua sastera ini tidak bergantung kepada otoriti Veda, ia masih tidak bercanggah dengan ajaran Veda. Satu lagi ciri khas sastera ini ialah semua orang tanpa menggira kasta dan jantina boleh mempelajarinya selepas upacara Diksha.

Pancharātra Samhita mempunyai dua ratus lima belas kitab berasingan. Namun, antara kitab yang popular ialah: Ishwara, Paushkara, Parama, Sāttwata, Brihad-Brahma dan Jnanāmritasāra Samhita. Ishwara Samhita telah dirujuk oleh Yamunacharya sementara Paushkara, Parama dan Sāttwata Samhita dirujuk oleh Ramanujacharya. Jnanāmritasāra Samhita telah diterbitkan dengan nama Nārada Pancharātra.[11]

Terdapat senarai dua puluh lapan Shaiva Āgama dan setiap satu mempunyai beberapa Upāgama.

Konsep Tuhan

Sejak awal lagi, Hinduisme telah mengalami banyak evolusi berterusan. Pada zaman awal tamadun mereka, orang Hindu dipercayai telah menyembah bumi, air, api, langit, angkasa, angin, matahari, kilat dan alam sekitar sebagai tuhan. Ayat-ayat suci Veda selain menyembah elemen-elemen alam sebagai tuhan, setiap tuhan ini juga dirujuk sebagai Tuhan Yang Agung, Tuhan Pencipta Alam. Menurut ahli Indologi Jerman Max Muller, nenek-moyang awal orang Hindu bukan beragama politistik, tetapi henotistik.

Secara beransur-ansur, masyarakat Indo-Aryan menemui asas yang sama disebalik pelbagai tuhan-tuhan ini.[12] Nasadiya Sutra, atau "Ayat-ayat Suci Ciptaan" dalam Rig Veda memberikan gambaran yang cantik mengenai suatu unsur yang purba dan amat abstrak dengan kata nama ITU, dari mana dunia wujud. Unsur ini ialah Kesedaran Tulen atau Roh. Dalam bahasa Sanskrit Veda, Itu dipanggil sebagai Brahman.

Ayat suci Rig Veda yang berbunyi "Ekam Sad vipra bahudha vadanti"[13] - yang bermaksud "Hanya ada satu kebenaran tetapi para orang bijaksana menyebut-Nya dengan banyak nama," bukan sahaja menekankan konsep Tuhan Yang Maha Esa, tetapi ayat suci ini juga menjadi asas kepada sifat terbuka dan toleransi umat Hindu.

Nirguna Brahman

Siapakah yang wujud sebelum ciptaan? Jawapan yang bernas ialah hanya Tuhan yang wujud ketika itu. Sebelum ciptaan, apakah rupa Tuhan? Hinduisme menjawab bahawa Tuhan berada dalam keadaan transendental sebelum ciptaan. Perkataan "transendental" bermaksud kewujudan Tuhan berada di luar masa, ruang dan sebab-penyebab dunia kita. Menurut agama Hindu apabila Tuhan mencipta alam ini, Dia juga mencipta masa dan ruang bersama-samanya. Maka, kewujudan Tuhan sebelum ciptaan mestilah menjangkaui masa dan ruang.[14]

Bagi menjelaskan idea ini, kita boleh menggunakan analogi ini. Katakan seseorang sedang tidur dan dia bermimpi. Dalam dunia mimpinya, dia berada dalam masa dan ruang mimpi. Kedua-duanya telah dihasilkan oleh mindanya ketika dia bermimpi. Ketika itu, dia tidak berada dalam dunia nyata. Dalam dunia mimpi, dia telah menjangkaui masa dan ruang dunia nyatanya. Begitu juga, Tuhan sebelum ciptaan menjangkaui masa dan ruang dunia yang diciptanya.[15]

Menurut agama Hindu, Tuhan yang berada dalam keadaaan transendental dipanggil sebagai Nirguna Brahman, Roh Agung, Tuhan Tanpa Peribadi dan Tanpa Sifat. Nirguna Brahman tidak mempunyai peribadi atau personaliti. Keperibadian mempunyai batasan. Tanpa suatu personaliti, Nirguna Brahman juga tidak mempunyai jantina. Maka, dalam bahasa Sanskrit, Nirguna Brahman dirujuk sebagai 'TAT', bermaksud ITU. Ini menunjukkan bahawa Nirguna Brahman bukan lelaki mahupun perempuan.[16]

Oleh kerana Nirguna Brahman menjangkaui ruang, ianya adalah Infinit. Menjangkaui masa, ianya adalah Abadi. Tanpa dipengaruhi oleh sebab-penyebab, Nirguna Brahman adalah Tetap dan Tidak Berubah. Sifat atau kualiti adalah satu faktor yang mewujudkan perbezaan. Contohnya, kuasa pembakaran adalah sifat api. Sifat ini membezakan api dengan air yang tidak mempunyai sifat itu. Nirguna Brahman adalah Satu, Tidak Terbahagi dan Infinit. Maka, Nirguna Brahman tidak boleh mempunyai sebarang sifat yang menyebabkan perbezaan di dalam-Nya.[17]

Nirguna Brahman sering digambarkan dengan perkataaan 'Sat-Chit-Ananda' iaitu Kebenaran Mutlak, Kesedaran Mutlak dan Kebahagiaan Mutlak. Namun semua perkataan ini, tidak dapat menjelaskan Nirguna Brahman yang berada di luar dunia yang terhad. Nirguna Brahman tidak boleh dijelaskan. Menurut Sankaracharya, ayat-ayat Veda seperti 'Sat-Chit-Ananda' hanya merupakan petunjuk tentang sifat Nirguna Brahman. Ayat-ayat ini bukan penjelasan tentang Nirguna Brahman. Sri Ramakrishna, seorang mistik moden menjelaskan bahawa segala-galanya telah dicemari oleh lidah manusia kecuali Nirguna Brahman kerana tiada sesiapa pun yang dapat menerangkan apakah Itu.[18]

Ishvara

Kebanyakan orang tidak boleh berfikir tentang Nirguna Brahman. Manusia hanya dapat membayangkan sesuatu dengan ciri-ciri manusia. Contohnya, manusia berfikir bahawa Tuhan Maha Pengampun dan Maha Pengasih kerana ini adalah ciri-ciri yang mulia dalam seseorang manusia. Jadi, apabila manusia berfikir tentang Nirguna Brahman, secara tidak sengaja, dia memberikan ciri-ciri kemanusiaan kepada-Nya. Ini menjadikan Nirguna Brahman menjadi Saguna Brahman (Tuhan Peribadi). Pada hakikatnya, Nirguna Brahman tidak berubah.[19]

Misalnya, katakan seseorang melihat langit biru dengan memakai kaca mata merah atau hijau. Dengan kaca mata merah, langit kelihatan merah. Dengan kaca mata hijau, langit kelihatan hijau. Namun, sebenarnya langit tetap biru dan tidak berubah. Begitu juga, manusia melihat Nirguna Brahman dengan kaca matanya sendiri. Namun, sama seperti langit yang kekal sama, keperibadian tidak mengubah Nirguna Brahman.[20]

Saguna Brahman (Tuhan Peribadi) dalam agama Hindu dinamakan sebagai Ishvara. Manusia melihat Ishvara sebagai Pencipta Alam. Ishvara ialah Maha Berkuasa, Maha Mutlak dan Maha Merangkumi. Dengan kehendak-Nya, Dia mencipta dunia dengan menggunakan kuasa Maya-Nya. Meskipun Dia Tak Berupa, Dia mengambil pelbagai rupa dengan kesaktian Maya-Nya. Dengan Maya-Nya, Dia mencipta dunia dengan kebaikan dan kejahatan. Meskipun dunia wujud dalam-Nya, Dia menjangakui baik dan buruk. Seperti ular tidak diracuni oleh bisa dalam mulutnya, Tuhan tidak terjejas dengan baik dan buruk.

Ishvara mempunyai tiga aspek utama iaitu sebagai Pencipta, Pelindung dan Pemusnah. Maka, Ishvara dengan tiga aspek utama ini menerima nama Brahma (Pencipta), Vishnu (Pelindung) dan Shiva (Pemusnah). Ishvara tidak ada jantina. Namun, orang Hindu bebas memikirkan tentang Ishvara sebagai Ibu atau Bapa. Ini adalah satu lagi ciri unik agama Hindu. Setiap individu bebas memikirkan tentang Tuhan mengikut kehendak hatinya dan menjalinkan hubungan tertentu dengan Tuhan. Tuhan boleh menjadi Ibu, Bapa, Kawan, Kekasih atau Anak seseorang manusia. Menurut Sri Ramakrishna, apabila seseorang menjalinkan hubungan yang akrab dengan Tuhan, dengan mudah dan segera, dia akan mencapai kesedaran-Tuhan.

Menurut aliran Vishishtādvaita (satu aliran falsafah Vedānta), Ishvara mempunyai enam kualiti-kualiti agung: Jnana (Ilmu yang tidak terbatas), Bala (kekuatan yang tidak terhad), Aishwarya (penguasaan segala-galanya), Shakti (kuasa ciptaan), Virya (tenaga yang tidak terhad), dan Tejas (keserian).

Hiraṇyagarbha

Hiraṇyagarbha ialah dewa yang terulung. Dia ialah mahkluk pertama yang dicipta oleh Tuhan (Isvara). Keadaan benih ciptaan, sebelum ciptaan bermula, dibandingkan dengan sebiji telur emas ('hiraṇyagarbha'). Telur emas ini disimpan di dalam perut Hiraṇyagarbha. Kemudiannya, atas kehendak Ishvara, Hiraṇyagarbha mencipta dunia daripada benih ciptaan yang disimpannya.

Menurut Advaita Vedanta, Dia ialah aspek kedua Brahman yang dikaitan dengan ajñāna selepas Īśvara. Dia merangkumi semua jasad-jasad halus (sūkṣmaśarīra) dalam ciptaan seperti benang dalam kalungan manik-manik. Maka, Dia juga dinamakan sebagai Sūtrātman. Dia juga dikenali sebagai 'prāna'. Meskipun, Hiraṇyagarbha dicipta oleh Tuhan, dia juga mempunyai kesaktian sama seperti Tuhan. Dia ialah Akal Kosmik. Dengan kehendak Isvara, Hiraṇyagarbha mencipta dunia. Hiraṇyagarbha merupakan penjelmaan pertama Isvara. Semua dewa-dewi wujud dalam Hiraṇyagarbha kerana Hiraṇyagarbha adalah infinit dan merangkumi seluruh dunia. Ini bermaksud bahawa dengan menyembah dewa-dewi, kita menyembah Hiraṇyagarbha. Kadang-kadang, Purana menyamakan Hiraṇyagarbha dengan Isvara dan memanggilnya sebagai Brahma, Pencipta.

Hiraṇyagarbha mempunyai tiga kesaktian iaitu kehendak, ilmu dan tindakan, yang dinamakan icchā śakti, jñāna śakti, dan kriyā śakti.

Rupa-rupa Tuhan

Selain tiga aspek utama, iaitu sebagai pencipta, pelindung dan pemusnah, Isvara mempunyai pelbagai aspek dan kesaktian lain. Aspek-aspek ini juga menjelma sebagai pelbagai rupa Tuhan. Misalnya, apabila seorang Hindu memikirkan Isvara sebagai pemberi ilmu dan pengetahuan, aspek Isvara itu menjelma sebagai Sarasvati. Begitu juga, Laksmi ialah penjelmaan Isvara sebagai pemberi harta kekayaan. Menurut Swami Vivekananda: "Rupa-rupa tuhan ini bukanlah simbol semata-mata. Golongan Bhakta telah melihat rupa-rupa ini."

Semua rupa-rupa Tuhan ialah penjelmaan pelbagai aspek-Nya dan bukannya bermaksud terdapat banyak tuhan-tuhan. Ini sesuatu yang sering disalahfahami mengenai agama Hindu. Malah, Sankaracharya sendiri memperkenalkan penyembahan Shakti, aspek feminin Tuhan di semua biaranya. Sri Ramakrishna pada mulanya menyembah Kali dan akhirnya menyedari Brahman. Menurut Sri Ramakrishna juga bhakti kepada Tuhan Peribadi akhirnya akan membawa ilmu tentang Brahman.[21]

Antara rupa-rupa Tuhan yang popular pada masa kini adalah: Siwa, Wisnu, Gana, Subramania, Durga, Kali, Saraswati dan Laksmi.

Avatara

(Artikel utama: Avatara)

Konsep 'Avatara' atau Jelmaan Tuhan merupakan salah satu kepercayaan penting dalam agama Hindu. Teori Avatara telah julung kali diperkenalkan dalam Bhagavad Gita. "Bila-bila kebaikan atau Dharma merosot dan kejahatan atau adharma bermaharajalela, Aku menjelma. Demi mengembalikan kebaikan, menghapuskan kejahatan, Aku menjelma dalam setiap zaman (Yuga)."[22] Itulah yang dijanjikan oleh Tuhan dalam Jelmaan-Nya sebagai Sri Krishna.

Tuhan memahami kelemahan manusia. Maka, demi berbuat baik kepada dunia, Tuhan menjelma di bumi. Vedanta mengakui bahawa walaupun Tuhan Maha Berkuasa dan Maha Mutlak, Dia menjelma sebagai dunia. Maka, tiada apa-apa yang pelik dalam doktrin Avatara bahawa Tuhan boleh mengambil sesuatu rupa yang unik dan pada masa yang sama, sedar akan Ketuhanan-Nya. Satu lagi keistimewaan doktrin ini ialah bahawa Tuhan menjelma atas kehendak sesuatu zaman dan tempat. Tidak ada sebarang sekatan tentang bilangan atau tempat Jelmaan wujud. Satu-satunya faktor penentuan ialah kemerosotan dharma (kebaikan) dan peningkatan adharma (kejahatan).

Antara Avatara yang popular adalah: Vamana, Parasurama, Sri Ramachandra, dan Sri Krishna.

Dewa-Dewi

Beberapa orang yang layak dan banyak melakukan kebaikan dan kebajikan di bumi juga dinaikkan pangat selepas kematian mereka. Mereka mendapat badan yang diperbuat daripada cahaya. Perkataan Sanskrit div bermaksud “untuk bersinar”. Oleh itu, mahkluk-mahkluk ini dikenali sebagai Dewa (lelaki) dan Dewi (perempuan).  

Kecuali Hiraṇyagarbha, dewa-dewi lain tidak bebas. Mereka telah mendapat kedudukan sebagai dewa-dewi disebabkan pahala baik mereka di bumi. Sebaik sahaja, kesan pahala baik mereka habis, mereka terpaksa lahir semula sebagai manusia.

Menurut Hinduisme, terdapat dewa-dewi yang mengawal pelbagai benda-benda hidup dan bukan hidup di alam semesta ini. Misalnya, Indra ialah dewa yang menguasai anggota tangan semua mahkluk. Virat ialah dewa yang menguasai semua badan fizikal dalam alam semesta ini. Malah, seluruh alam semesta ini dianggap sebagai badan fizikal Virat.

Amalan Agama

Ritual

Dari mula hingga akhir, ritual Hindu adalah bertujuan untuk menyucikan hati dan pemikiran manusia. Nampaknya, ritual-ritual ini tidak ada tujuan lain.

Sejak zaman Atharva Veda dan kemudiannya dalam Tantra, memang wujud beberapa upacara sihir. Upacara-upacara amal ini adalah untuk memusnahkan musuh seseorang, untuk mencapai sesuatu benda, untuk menyembuhkan sesuatu penyakit atau untuk mengelakkan nasib buruk. Selagi kitab-kitab suci membenarkan sesuatu perkara, upacara-upacara ritual ini yang diamalkan oleh pengikut-pengikut Pravritti Marga tidak membahayakan. Mungkin seorang musuh sosial perlu dihapuskan demi ketenteraman awam. Dalam keadaan begini, kerohanian orang yang mengamalkan ilmu sihir tidak akan terjejas. Namun, orang-orang yang lemah dan tidak suci, kemungkinan akan menyalahgunakan ilmu ini. Mereka mungkin akan menggunakan ilmu sihir untuk memuaskan nafsu yang keji dan kepentingan diri sendiri. Dalam keadaan begini, kemungkinan kerohanian akan terjejas.

Selain daripada ini, semua ritual lain adalah baik untuk kerohanian. Ritual-ritual ini menyucikan hati dan minda seseorang, dan ini adalah satu langkah penting dalam mencapai kesedaran Tuhan.

Punca utama semua ketidaksucian adalah kejahilan tentang sifat ketuhanan kita. Apa-apa sahaja yang dapat mengurangkan kejahilan ini akan menyucikan jiwa kita. Meditasi ke atas Tuhan dan ketuhanan jiwa itu akan menghapuskan kejahilan. Penggunaan imej (pratima) dan simbol (pratika) untuk menggambarkan Tuhan dapat membantu meditasi. Ketika bersembahyang menggunakan imej atau simbol, seseorang pasti berfikir tentang Tuhan. Pemikiran tentang Tuhan merupakan kaedah yang efektif untuk menyucikan minda. Ini dapat dilakukan dengan mudah dengan merasakan kewujudan Tuhan dalam imej dan simbol.

Proses menghidupkan imej (prana-pratishtha) dengan jelas menunjukkan bagaimana ritual dapat membantu asimilasi idea ketuhanan jiwa secara beransur-ansur. Pemuja harus berfikir bahawa Tuhan muncul dalam sesuatu rupa bercahaya dari jiwanya sendiri dan menduduki hatinya. Kemudian dari hati, Tuhan keluar dengan nafasnya dan duduk di atas sekuntum bunga. Seterusnya dari bunga, Tuhan menduduki imej atau simbol-Nya. Demikian, imej itu dikatakan ‘hidup’. Golongan intelektual mungkin memandang ini sebagai sesuatu perbuatan kebudak-budakan. Namun, kaedah ini amat efektif seperti mana tadika untuk mendidik kanak-kanak. Kebanyakan golongan intelektual juga perlu melalui tadika ini kerana perkembangan kerohanian mereka masih berada pada tahap rendah. Dengan mengulangi proses ini berkali-kali, seseorang akan menyedari sifat ketuhanannya sendiri.   

Dalam zaman moden, bhakti atau cinta kepada Tuhan dan kepercayaan lebih diberikan keutamaan. Benih bhakti telah ditanam di dalam upacara-upacara ritual sejak zaman Veda lagi. Kemudiannya idea ini diperkembangkan dalam zaman Agamas dan Purana.   

Penyembahan berhala

Masyarakat barat sering memandang masyarakat Hindu sebagai penyembah patung-patung. Ini sebenarnya tidak benar sama sekali. Masyarakat Hindu menyembah Tuhan dalam bentuk tertentu seperti imej berhala. Imej-imej seperti patung dan gambar ialah hanya pelbagai simbol-simbol keagungan dan kesaktian Tuhan. Dengan menggunakan simbol-simbol yang konkrit, orang Hindu cuba untuk berhubung dengan Tuhan atau Ishvara yang sukar difahami. Sama seperti sebuah foto seseorang ialah cuma gambaran orang itu dan bukannya orang itu sebenarnya, begitu juga dengan berhala Tuhan. Berhala hanya membantu seseorang Hindu untuk mengingati tentang kesaktian Tuhan. Berhala menjadi perantara Tuhan dan pemuja-Nya. Semasa bersembahyang, jika seseorang dapat mengingati Tuhan dan merasakan kehadiran-Nya dalam dirinya sendiri, sembahyangnya berakhir. Selepas itu, berhala tidak diperlukan lagi. Inilah sebabnya, orang Hindu sering meninggalkan berhala selepas bersembahyang dan melarutkannya dalam kolam atau sungai.

Nirguna Brahman (Realiti Mutlak) tidak mempunyai rupa. Sekiranya begitu, mengapakah agama Hindu menyediakan pelbagai bentuk penyembahan ritual? Persoalan ini telah dibangkitkan di Vishnu Dharmottara Purana oleh Vajra begini:

“Tuhan Maha Agung telah dihuraikan sebagai tiada rupa, tiada bau atau emosi, dan tanpa bunyi atau rasa sentuhan. Jadi macam manakah imej-imej ini boleh diperbuat?”

Markandeya menjawab: “Prakrti dan Vikrti wujud menerusi variasi dalam rupa Paramatman (Tuhan). Prakrti adalah rupa Tuhan yang tidak boleh dilihat. Seluruh alam semesta ini adalah Vikrti iaitu rupa Tuhan yang dapat dilihat. Penyembahan dan meditasi ke atas Tuhan Maha Esa dapat dilakukan hanya apabila Tuhan mempunyai rupa.Sebaik-baiknya, Tuhan disembah tanpa sebarang rupa.[23]

Ikonografi atau Seni Membuat Ikon

Seni ikonografi dalam Hinduisme dikenali sebagai 'Mūrtiśilpa Śastra'. Seni ini telah wujud sejak zaman Veda. Dalam Rig Veda (8.29), misalnya, deskripsi terperinci diberikan mengenai setiap anggota tubuh, dan senjata-senjata dewa-dewi dan Tvaṣṭā disebut sebagai Devaśilpi (pembuat patung dewa). Kāṭhaka Samhita (1.9.5) menyebut tentang resi Devala yang menjadi tukang membuat berhala.

Selain berhala dewa-dewi, ikon-ikon dan simbol-simbol lain seperti Sivalinga, Sri Chakra, pelbagai Yantra, dan Kumbha juga digunakan untuk pemujaan.

Hasil-hasil Penulisan

Terdapat pelbagai karya yang dihasilkan mengenai 'Mūrtiśilpa Śastra', seperti:

Bahan-bahan untuk Membuat Arca

Pelbagai jenis bahan digunakan untuk membentuk berhala, seperti tanah liat, batu, kayu, logam dan aloi. Kebiasaannya, bahan-bahan yang murah digunakan untuk berhala sementara yang akan dilarutkan dalam air. Sebaliknya, bagi berhala-berhala di kuil, bahan-bahan yang lebih mahal dan tahan lama digunakan.

Arca yang dibina secara tetap di kuil dipanggil sebagai 'Acala' atau 'Dhruvabera' dan ia diperbuat daripada batu seperti granit dan batu marmar. Arca yang sering dibawa keluar iaitu 'Utsava Mūrti' atau imej yang dipuja di rumah pula diperbuat daripada logam, batu permata, kayu dan tanah liat. Arca logam yang diperbuat daripada perak, emas, atau pañcaloha (lima jenis logam) adalah amat popular. Arca yang diperbuat daripada kayu digunakan hanya di dua buah kuil iaitu di kuil Jagannatha di Puri, Orissa dan di kuil Trivikrama di Tirukkoilur, Tamil Nadu.

Imej-imej Dhruvabera

Imej-imej tetap di kuil dinamakan sebagai 'Acala' atau 'Dhruvabera'. Terdapat tiga jenis imej Acala ini iaitu: sthānaka (kedudukan berdiri), āsīna (kedudukan duduk) dan śayāna (kedudukan berbaring). Kebanyakan arca-arca yang disembah di kuil biasanya berada dalam kategori Sthānaka atau berdiri. Banyak imej-imej Dewi, Ganapati dan Narasimha biasanya berada dalam kedudukan duduk. Hanya arca-arca Maha Vishnu, seperti Padmanabha dan Ranganatha berada dalam keadaan berbaring.

Menurut suatu klasifikasi lain, terdapat dua jenis 'Dhruvabera iaitu ugra (ganas) dan śānta (tenang). Beberapa aspek Dewi seperti Kali, Narasimha, Parasurama, dan Gajaha (Siva) berada dalam aspek ugra. Kuil-kuil dengan arca yang ganas biasanya dibina di luar bandar atau kampung. Semua imej lain yang tidak termasuk dalam kategori ugra boleh disifatkan sebagai śānta.

Upacara korban

Pelbagai upacara korban yang melibatkan persembahan kepada dewi-dewi telah diberikan dalam semua empat Veda. Namun, dengan peredaran masa, tradisi ini hilang kepentingannya disebabkan gerakan-gerakan pembaharuan oleh para pertapa zaman Upanishad, Jainisme dan Buddhisme. Sebaliknya, suatu bentuk upacara korban haiwan yang baru mula menular ke dalam masyarakat Hindu apabila budaya orang asli diserap masuk. Kebiasaannya, hanya Dewi Durga atau Kali yang dipersembahkan dengan daging secara ritual. Kerbau, kambing, kambing biri-biri, dan ayam jantan biasanya dikorbankan secara ritual. Menurut kepercayaan, haiwan yang dikorbankan akan memasuki syurga.

Dalam beberapa bentuk penyembahan, khususnya yang dipengaruhi oleh Tantra, upacara korban kadang-kala dibenarkan. Kebanyakan orang, bergantung kepada ayat-ayat suci, "Jangan lakukan keganasan terhadap sebarang kehidupan," (Na himsyāt sarvabhūtāni)[24] meragui bagaimana agama Hindu membenarkan upacara korban. Menurut agama Hindu, semua hidupan, bukan sahaja haiwan, adalah suci. Oleh itu, keganasan dicemuh oleh Hinduisme. Malah, semua makanan juga dianggap tidak suci kerana secara langsung atau tidak langsung ia melibatkan keganasan. Misalnya, nasi dan gandum juga ialah benda-benda yang bernyawa. Begitu juga, semua jenis makanan, sama ada tumbuh-tumbuhan atau binatang. Perbuatan memakan juga satu bentuk keganasan terhadap hidupan lain. Malah, madu dicuri dengan memusnahkan sarang lebah. Atas sebab ini, orang Hindu dikehendaki mempersembahkan apa-apa sahaja kepada Tuhan sebelum memakannya. Perbuatan persembahan ini, sama ada secara mental atau ritual, akan menyucikan makanan itu.

Menurut Hinduisme, apa-apa makanan yang dipersembahkan kepada Tuhan dengan iman dan cinta akan dirahmati oleh Tuhan. Makanan itu menjadi suci. Seorang Hindu dikehendaki untuk makan hanya makanan yang dipersembahkan kepada Tuhan demi kepentingan fizikal dan rohaninya.

Dalam zaman purba, kebanyakan masyarakat Indo-Aryan memakan daging dengan beberapa syarat tertentu.[25] Hanya binatang-binatang tertentu boleh dimakan selepas dipersembahkan kepada Tuhan, Daging yang tidak dipersembahkan kepada Tuhan (dikenali sebagai vrithā mānsa) dianggap tidak sesuai untuk dimakan. Dengan cara ini, penyembelihan binatang untuk tujuan pemakanan dikawal. Tambahan pula, upacara korban binatang yang dilakukan di hadapan Tuhan dianggap secara simbolik sebagai memusnahkan sifat kehaiwanan dalam manusia dan membantu perkembangan manusia ke suatu tahap yang mulia.

Namun, harus ditekankan di sini bahawa meskipun agama Hindu membenarkan upacara korban binatang, perbuatan ini tidak digalakkan. Malah, kitab-kitab Tantra juga membenarkan upacara korban secara simbolik dengan menggunakan buah labu, labu air atau buah-buahan lain sebagai ganti.

Pada hari ini, masyarakat Hindu jarang melakukan upacara korban binatang. Kebanyakan masyarakat Hindu mengamalkan pemakanan vegetarian. Segelintir orang Hindu yang masih memakan daging pula membelinya dari pasar.

Lawatan Suci (Yatra)

Tīrthayātrā atau lawatan ke tempat-tempat suci memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang Hindu walaupun ia tidak diwajibkan. Tempat-tempat suci dapat meningkatkan tahap kesucian dan kerohanian seseorang. Benua India penuh dengan tempat-tempat suci, dari Amarnath di utara India hingga Rameswaram di selatan, dan dari Somnath di barat hingga Puri di Timur. Malah boleh dikatakan bahawa agama Hindu mempunyai lebih banyak tempat-tempat suci berbanding semua agama lain. Tempat-tempat ini amat purba dan berkaitan dengan orang-orang alim dalam zaman purba. Selain itu terdapat tempat-tempat lain yang berkaitan dengan orang-orang alim dan pemimpin-pemimpin agama daripada pelbagai zaman. Sering kali, tempat-tempat suci ini terletak di kawasan yang penuh dengan keindahan semulajadi seperti gunung-ganang, lembah-lembah, tepi-tepi sungai, pulau-pulau, hutan belantara, pantai-pantai dan seumpamanya yang amat sesuai untuk renungan dan ketenangan.

Menurut, Matsya Purana (184.66-67), lawatan suci boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa batasan kasta, darjat atau keadaan. Namun, terdapat beberapa hukum yang perlu dipatuhi oleh seseorang yang ingin menjalankan lawatan suci. Misalnya, seorang brahmachari yang tinggal di rumah gurunya perlu mendapatkan kebenaran guru terlebih dahulu. Seseorang yang telah berkahwin wajib melakukan lawatan suci bersama-sama pasangannya, dan sekiranya gagal, dia tidak akan mendapat hasil pahala melakukan lawatan suci.

Kitab-kitab Suci

Subjek lawatan suci telah dibincangkan dalam pelbagai kitab suci. Terdapat lebih 400,000 ayat-ayat dalam Mahabharata dan purana-purana lain mengenai lawatan suci. Selain itu, terdapat beberapa buah buku lain yang menyentuh tentang subjek ini seperti:

Selain ini terdapat juga beberapa karya khususnya tentang sesuatu tempat tertentu seperti Gaya dan Puri.

Tujuan Lawatan Suci

Perkataan 'Tīrtha' bermaksud 'Tīryate anena iti tīrthaṁ, saṁsārasāgarataraṇopāya-bhūtaṁ', 'sesuatu yang merentasi, sesuatu yang membantu merentasi samudera kehidupan semula' ialah Tīrtha. Maka, dengan menjalani lawatan suci, seseorang dapat merentasi samsara atau kitaran kelahiran semula dan mencapai kesempurnaan.

Menurut Vishnu Dharma Sukta (2.16, 17), lawatan suci ialah salah satu Samanyadharma (kewajiban umum untuk semua orang). Seseorang yang menjalani lawatan suci akan mendapat banyak pahala, dosanya akan dihapuskan dan hatinya menjadi suci.

Misalnya Rig Veda (10.75 khila) menyebut tentang kesucian pertemuan sungai Ganga dan Yamuna. Seseorang yang bermandi di pertemuan sungai-sungai ini akan mencapai syurga. Seseorang yang mati di sini akan mencapai keabadian.

Keindahan tempat-tempat suci juga amat merangsangkan meditasi dan renungan. Tempat-tempat ini juga kaya dengan sejarah dan memori orang-orang alim yang telah melawatnya. Oleh itu, aliran kerohanian ("spiritual current") amat padat di tempat-tempat suci ini.

Syarat-syarat

Terdapat beberapa syarat-syarat yang perlu diikuti sebelum melakukan lawatan suci. Kehidupan yang bermoral ialah syarat penting yang perlu diikuti dan tanpanya, lawatan suci tidak bermakna. Menurut Vayu Purana (77.125) seorang yang melanggari rukun-rukun agama dan Dharma yang menjalani lawatan suci dengan kepercayaan, menyesali perbuatan dosanya, dan bertekad untuk meninggalkan dosa dan kejahatan, akan mendapat faedah daripada lawatan suci.

Lawatan suci tidak wajib untuk seseorang yang menjalani kehidupan yang alim dan suci. Namun, dia akan dapat meningkatkan tahap kerohaniannya dengan melakukan lawatan suci. Amalan seperti jñāna (ilmu agama), kṣama (sifat memaafkan orang lain), dayā (belas kasihan), dan dama (kawalan diri sendiri) juga dipanggil sebagai 'Tīrtha' kerana semua perbuatan ini juga menyucikan hati dan minda seseorang. Selain itu, orang-orang alim juga dianggap sebagai Tīrtha kerana pergaulan dengan mereka akan menyucikan hati dan minda seseorang.

Prosedur untuk Diikuti

Purana dan Dharmasastra telah menggariskan beberapa langkah yang perlu diikuti ketika melakukan lawatan suci.

Pada hari sebelum lawatan, seseorang perlu berpuasa. Sebelum bertolak, seseorang perlu menyembah Dewa keluarganya, Ganapati, dan Navagraha, dan memberikan hadiah kepada orang-orang miskin, memakai pakaian jingga atau kuning, mengambil Sankalpa (tekad agama) seperti yang dinyatakan oleh kitab-kitab suci dan menjalani kehidupan yang sederhana ketika melaksanakan lawatan suci. Ketika lawatan suci, seseorang perlu menjalani kehidupan yang sederhana dan memakan sayur-sayuran yang sederhana. Selepas menyempurnakan lawatan suci dan kembali ke rumahnya, seseorang perlu mengulangi pemujaan di rumahnya, dan memberikan hadiah kepada orang-orang miskin sebagai tanda bersyukur.

Dalam zaman moden ini, seseorang boleh memulakan dan menamatkan lawatan sucinya dengan bersembahyang di rumahnya sendiri atau di kuil berdekatan dan mendapatkan restu orang tuanya.

Seseorang yang melakukan lawatan suci juga perlu mengambil tahu dan mengikuti prosedur-prosedur yang khusus untuk sesuatu tempat suci.

Tīrtha yang Popular

Tempat-tempat suci yang popular boleh dikelaskan seperti ini:

Mantera-mantera

Santhi Mantra

Doa untuk ketenangan dan keamanan dikenali sebagai mantera Santhi. Biasanya, mantera-mantera ini dibacakan pada awal dan akhir upacara ritual atau perbincangan agama.

Mantera-mantera ini terkandung dalam beberapa Upanishad. Tujuan bacaan mantera ini ialah untuk menenangkan pembaca, pendengar dan persekitaran. Mantera-mantera ini mempunyai kesaktian untuk menghapuskan segala halangan dalam kerja atau aktiviti yang hendak dilakukan.

Mantera Shanti biasanya berakhir dengan tiga kali ucapan “Shanti” bermaksud “Ketenangan”. Tujuan mengucapnya tiga kali ialah untuk menenangkan dan menghapuskan segala halangan dalam tiga alam iaitu:

Menurut kitab-kitab suci Hindu, sumber halangan dan masalah wujud dari tiga perkara ini.

Tiga perkara-perkara ini dikenali sebagai ‘Tapa-Traya’ atau tiga kelas masalah. Dengan membacakan doa mantera Shanthi, halangan dan masalah daripada tiga perkara ini dapat diatasi.  

Hinduisme sebagai cara hidup

Matlamat Kehidupan

Agama Hindu mengenalpasti empat matlamat kehidupan manusia atau 'purushartham' iaitu:

Antara empat matlamat kehidupan ini, kama merupakan matlamat paling rendah kerana ianya wujud untuk manusia dan juga binatang. Artha adalah lebih baik daripada kama kerana ianya hanya wujud dalam kalangan manusia. Matlamat ketiga, iaitu Dharma ialah sebenarnya latihan dalam pengorbanan diri. Kama dan artha berasaskan kepada sifat ketamakan dan mementingkan diri sendiri. Dharma pula tidak mementingkan diri sendiri. Maka, Dharma lebih mulia daripada kama dan artha. Kehidupan seorang Hindu merangkumi pelaksanaan suatu siri tugasan agama atau Dharma yang ditetapkan oleh kitab-kitab suci. Malah, seorang Hindu juga perlu mengikuti Dharma untuk mencari nikmat duniawi dan kekayaan.

Moksha, yang bermaksud 'kebebasan' boleh dicapai hanya dengan kesedaran-Tuhan. Hinduisme percaya bahawa Tuhan merangkumi segala-galanya dan bahawa ketuhanan wujud dalam semua manusia. Ketuhanan wujud dalam semua orang, tetapi manifestasinya tidak sama. Matlamat amalan rohani ialah untuk menyerlahkan ketuhanan ini dalam kehidupan seseorang. Apabila ketuhanan ini terserlah dengan sepenuhnya dalam seseorang, maka orang itu dikatakan telah mencapai kesedaran-Tuhan dan dia juga dikatakan telah mencapai Moksha.

Ketuhanan ialah sifat sebenar diri manusia. Ia menjadi intipati atau akar asas kewujudan manusia. Seseorang boleh meninggalkan segala-galanya, tetapi bukan sesuatu yang menjadi asasnya sendiri. Ketuhanan ini akan terserlah pada suatu masa. Maka, semua orang akan mencapai Moksha ada suatu masa. Orang yang telah maju dalam kehidupan rohani mungkin akan mencapai Moksha dalam kehidupan ini atau semasa kematiannya. Orang lain pula mungkin memerlukan beberapa kelahiran untuk mencapai kebebasan. Dengan usaha yang ikhlas dan bersungguh-sungguh manusia boleh mencapai moksha dalam masa yang terdekat. Namun, tidak ada keraguan bahawa semua orang, sama ada mereka sedar atau tidak sedar, sedang menuju ke arah Moksha.

Menurut agama Hindu, tiga matlamat hidup iaitu kama artha dan Dharma hanya dapat memberikan kepuasan yang sementara. Namun,disebabkan manusia sentiasa mendahagkan sesuatu yang abadi, kama, artha dan Dharma tidak dapat memenuhi keinginan ini. Salah satu aspek utama Tuhan dalam agama Hindu ialah Ananda atau Nikmat Abadi. Semua usaha manusia untuk mendapatkan kama dan artha sebenarnya adalah satu usaha untuk mencapai Tuhan atau Nikmat Abadi. Selepas gagal memuaskan dirinya dengan nikmat duniawi, akhirnya, manusia akan sedar bahawa hanya Nikmat Abadi boleh memuaskannya. Akhirnya, dia mencari Nikmat Abadi itu. Apabila manusia melepaskan usaha untuk mencari keseronokan dengan memuaskan nafsunya dan mengumpul kekayaan, dan menumpukan tenaganya untuk mencari ketuhanan dalam dirinya sendiri, maka dia dikatakan sedang menjalani kehidupan rohani. Akhirnya, apabila dia mencapai sumber Nikmat Abadi dalam dirinya sendiri, segala keinginan duniawinya terhapus. Dia menyedari Tuhan, menyedari bahawa Tuhan meliputi segala-galanya dan bahawa Tuhan merupakan intipati segala-galanya. Dia menjadi bebas daripada perasaan takut, penderitaan dan kesengsaraan. Hatinya penuh dengan ketenangan dan kebahagiaan. Dia melihat dirinya sebagai roh yang abadi dan bebas daripada kelahiran dan kematian. Dia tidak lagi menganggapnya dirinya sebagai badan fizikal yang musnah dengan peredaran masa. Inilah yang dikatakan sebagai kebebasan atau Moksha. Inilah matlamat akhir kehidupan manusia. Berbanding kebahagiaan yang diperolehi dengan mencapai Moksha, semua keseronokan dan kebahagiaan lain kelihatan amat remeh. Kitab-kitab suci agama Hindu mengingatkan manusia berulang kali untuk mencapai matlamat akhir ini.

Empat Tahap Hidup

Dalam zaman silam, masyarakat Aryan membahagikan kehidupan individu kepada empat tahap iaitu Brahmacharya (tahap pelajar), Garhasthya (tahap berumah tangga), Vanaprasthya (tahap persaraan), dan Sannyasa (tahap rahib atau pertapa).

Brahmacharya

Garhasthya

Vanaprasthya

Sannyasa

  1. Seorang pelajar yang baru menamatkan pendidikannya dan ingin melepaskan dunia
  2. Seorang yang tiada zuriat
  3. Seorang duda
  4. Seorang perantau
  5. Seorang pertapa
  6. Sesiapa yang berumur tujuh puluh tahun ke atas dan anak-anaknya telah berumah tangga
Brahmin

Seseorang yang mempunyai sifat-sifat mulia seperti kebenaran, fikiran yang tenang, mengamalkan ketidakganasan, simpati, dan tidak mementingkan diri sendiri menjadi seorang Brahmin atau kasta sami. Oleh kerana sifat-sifat rohani dan moralnya yang tinggi, seorang Brahmin dianggap layak untuk menjadi seorang guru dan pembimbing masyarakat dalam hal-hal keagamaan dan kerohanian.

Kshatriya

Individu yang penuh dengan sifat-sifat dan semangat kepahlawanan pula dianggap layak untuk menjadi Kshatriya atau kasta tentera. Golongan diraja, bangsawan dan para pentadbir biasanya berasal daripada varna ini.

Vaishya

Orang-orang yang mempunyai kemahiran berniaga dan berdagang pula tergolong dalam kasta pedagang atau Vaishya.

Shudra

Orang-orang lain pula tergolong dalam varna Shudra. Kumpulan ini termasuk golongan petani, pekerja mahir dan buruh kasar. Sesetengah sejarahwan percaya bahawa pada asalnya, golongan Shudra berasal daripada luar kelompok Aryan, tetapi kemudiannya diserap masuk ke dalam masyarakat Aryan.

Sistem Varna

Sistem Varna sering dikaitkan dengan kasta. Perkataan kasta tidak wujud dalam mana-mana kitab Hindu. Para mubaligh barat mengaitkan perkataan kasta dengan agama Hindu. Masyarakat Hindu dibahagikan kepada empat Varna - Brahmin, Kshatriya, Vaishya dan Shudra. Pada asalnya, sistem varna berdasarkan kepada sifat-sifat tahap minda atau ‘potensi pekerjaan’ individu seperti berikut:

Kemerosotan Sistem Varna

Kesan Kedatangan Kuasa-Kuasa Asing terhadap Sistem Varna

Dengan peredaran waktu, masyarakat Aryan mengalami banyak perubahan. Bermula dengan tahun 327 S.M., secara berulang kali, India dicerobohi oleh kuasa-kuasa asing termasuk Yunani, Hun, Arab, Turki, Afghan, Persia, Mongol, Portugis, Peranchis dan akhirnya Inggeris.

Bermula dari kurun ke-13, sebahagian besar benua India dijajah oleh pemerintah-pemerintah Muslim selama hampir 600 tahun. Pada akhir kurun ke-18, Inggeris mengambil alih kuasa dan menjajah seluruh benua India sehingga India mencapai kemerdekaan pada tahun 1947.

Penaklukan dan penjajahan berterusan ini telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap masyarakat Hindu. Akibatnya, masyakarat berubah, dan dengan ini sistem kasta turut berubah. Pada masa pemerintahan Muslim di India, sistem Varna telah terjejas sepenuhnya. Jumlah golongan Avarna yang terbuang yang hanya kurang daripada 1% melonjak mendadak kepada 14%. Golongan ini kebanyakan akibat daripada penjajahan Islam. Mereka terpaksa menukar agama demi melepaskan diri daripada penindasan lanjut Islam yang mengenakan Jizyah dan lain-lain. Golongan Ksatriya dan Vaisha telah terhapus semasa penjajahan Islam. Manakala segelintir golongan Brahmin kekal dengan membayar jizyah, manakala majoriti jatuh menjadi kumpulan Shudra akibat penindasan penjajah. Pada masa penjajahan Portugis perkataan Kasta dikaitkan dengan Varna demi menghina agama Hindu. Langkah ini dapat memberi ruang untuk pertukaran agama kepada Kristian. Pihak misionari menggunakan peluang daripada kumpulan Avarna ini untuk tujuan menyebarkan agama. Pada zaman penjajahan Inggeris, golongan Brahmin mendapat peluang untuk mendapat pendidikan Inggeris. Dengan meninggalkan pekerjaan tradisional mereka sebagai sami dan pengajar, ramai orang Brahmin menjadi doktor perubatan, jurutera, peniaga, penjawat awam, dan peguam. Malah, ada juga golongan Brahmin yang memasuki perkhidmatan pertahanan. Golongan kasta atasan lain seperti Kshatriya dan Vaishya turut merebut peluang untuk mendapat pendidkan Inggeris dan menikmati peluang yang sama. Namun, nasib masyarakat bawahan dan miskin kekal atau semakin bertambah buruk.

Dengan peredaran zaman, sistem varna telah hilang ciri-ciri asalnya. Sebaliknya, sistem kasta idea barat telah meresapi penduduk, menjadi satu anggapan salah tentang kedudukan kasta tinggi dan kasta rendah masih berleluasa. Ramai wali-wali Hindu mula mencemuh sistem kasta yang telah disalah tafsir dan dikait dengan agama Hindu dan enggan untuk mengikutinya. Sri Ramanuja, Sri Krishna Caitanya dan Sri Ramakrishna mengajar pengikut-pengikut mereka bahawa orang-orang yang beriman dan menyintai Tuhan tidak ada sebarang kasta.

Toleransi Umat Hindu

Agama ini mempunyai ciri khas sebagai salah satu agama yang paling bertoleransi. Salah satu ayat suci dalam kitab Rig Veda ialah "Ekam Sat Vipraaha Bahudhaa Vadanti" yang bermaksu "Hanya ada satu kebenaran tetapi orang-orang bijaksana menyebut-Nya dengan banyak nama."

Dalam pelbagai kitab suci Hindu, terdapat banyak ayat-ayat suci yang mencerminkan sifat toleransi dan keadilan Tuhan. Umat ​​Hindu menghormati kebenaran tanpa mengenang asal-usulnya dan menganggap bahawa semua agama bertujuan sama, iaitu mencapai Tuhan, namun dengan pelbagai sudut pandang dan cara pelaksanaan yang berbeza. Hal itu dinyatakan dalam kitab suci Hindu misalnya:

samo ‘haṁ sarva-bhūteṣu na me dveṣyo ‘sti na priyah | ye bhajanti tu māṁ bhaktyā mayi te teṣu cāpy aham

"Aku tidak pernah iri dan selalu bersikap adil terhadap semua makhluk. Bagi-Ku tidak ada yang paling Ku-benci dan tidak ada yang paling Ku-kasihi. Namun yang berbakti kepada-Ku, dia berada pada-Ku dan Aku bersamanya." - (Bhagavad Gita, IX:29)

Malah dengan mengkaji sejarah India purba juga beberapa fakta yang menakjubkan boleh didapati. Golongan pemerintah membantu perkembangan semua agama dan mazhab tanpa diskriminasi. Contohnya di negeri Karnataka, raja-raja Sātāvahana (tiga kurun awal Masihi) merupakan penganut-penganut Saiva, tetapi mereka membina banyak kuil-kuil Buddha (seperti kuil Tārā Bhagavati di Balligāme). Pemerintah-pemerintah Kadamba memuja Siva tetapi ibu negeri mereka, Banavāsi menjadi pusat agama Buddha. Kākutstha Varma (425-445 Masihi) memberikan tanah kepada rahib Jainisme bernama Sruta-kirti.

Makanan

Kalau seseorang boleh melihat Tuhan dengan memakan buah-buahan dan akar-akar,

kenapa kelawar dan monyet belum pernah melihat-Nya?

Kalau seseorang boleh mengenali Tuhan dengan mandi dalam sungai suci,

kenapa ikan-ikan belum pernah mengenali-Nya?

Kalau seseorang boleh melihat Tuhan dengan melepaskan isterinya,

kenapa sida-sida belum pernah melihat-Nya?

Tanpa cinta kepada Tuhan, kata Meera,

Sesiapa pun tidak boleh melihat-Nya.

Daging

Kuil

Asal-usul

Arkitektual Kuil

Peranan Kuil dalam Masyarakat Hindu

Lawatan ke kuil bukan sesuatu yang wajib untuk orang-orang Hindu. Biasanya, di setiap rumah orang Hindu terdapat sebuah kamar atau tempat sembahyang. Oleh itu, hanya semasa upacara perayaan agama, biasanya orang Hindu melawat kuil. Akibatnya, kuil-kuil tidak mempunyai sebarang kawalan terhadap penganut-penganut Hindu.

Kuil-kuil Hindu biasanya mengadakan kirtana (nyanyian lagu-lagu suci) atau ceramah agama untuk orang ramai.

Mengenai Agama Hindu

Sri Ramakrishna

Hanya Sanatana Dharma, Agama yang Abadi yang didedahkan oleh para resi, akan kekal.

Agama yang Abadi, agama para resi, telah wujud dari zaman yang tidak mengenal sejarah dan akan kekal abadi. Pelbagai bentuk penyembahan wujud dalam Sanatana Dharma - penyembahan Tuhan yang Berupa dan juga penyembahan Tuhan Tak Berupa. Agama ini merangkumi segala jalan - jalan Ilmu, jalan Bhakti, dan sebagainya. Agama-agama lain, kultus-kultus moden, akan timbul untuk beberapa hari dan kemudian hilang.

Hanya agama Hindu ialah Sanatana Dharma. ... Agama Hindu telah sentiasa wujud dan akan wujud selama-lamanya.

(Terjemahan daripada The Gospel of Sri Ramakrishna)[29]

Swami Vivekananda

Ingat, kita tidak ada masalah dengan sebarang agama di dunia ini. Semua orang mempunyai Ishta masing-masing. Tetapi, apabila kita lihat seseorang datang dan berkata: "Inilah agama yang sebenar," dan cuba untuk memaksakan agamanya pada orang India, kami ingin memberitahunya ini: Kami mentertawakan orang itu. Meraka yang ingin memusnahkan saudara-saudara mereka atas sebab mereka mengikuti agama lain untuk mencapai Tuhan - memang tidak munasabah mereka bercakap tentang kasih sayang. Kasih sayang mereka tidak ada sebarang nilai. Bagaimana mereka boleh bercakap tentang kasih sayang jika mereka tidak dapat melihat orang lain mengikuti agama lain? Kalau ini dikatakan kasih sayang, apakah itu kebencian?

(Terjemahan daripada Complete Works of Swami Vivekananda, III.131-32)

Kamu telah menghadapi kejutan kurun demi kurun hanya kerana kamu menjaganya dengan berhati-hati, namun mengorbankan segala-galanya untuknya. Nenek moyangmu mengharungi segala-galanya dengan berani, termasuk maut, tetapi mempertahankan agama mereka.

Kuil demi kuil dirobohkan oleh penakluk asing. Tetapi, sebaik sahaja keadaan menjadi reda, puncak menara kuil dibina semula. Beberapa kuil-kuil purba di Selatan India dan kuil-kuil seperti Somanath di Gujarat, akan memberikan banyak pengetahuan, akan memberikan pandangan yang mendalam mengenai sejarah bangsa (India) lebih baik daripada semua buku yang ada. Lihatlah bagaimana kuil-kuil ini menunjukkan tanda-tanda ratusan serangan dan ratusan pemulihan semula, sentiasa dimusnahkan dan sentiasa timbul semula daripada robohan,  dengan nafas baru dan sentiasa kuat!

(Terjemahan daripada Complete Works of Swami Vivekananda, III.289)[30]

Dr. S. Radhakrishnan

India meletakan nilai-nilai kerohanian lebih tinggi daripada perkara-perkara lain. Orang Hindu menyedari bahawa bukan sahaja semua jalan menuju kepada Satu Yang Agung, tetapi juga bahawa setiap orang mesti memilih jalan yang bermula daripada tempat di mana dia sedang berada pada permulaan perjalanannya.

Hinduisme tidak terikat dengan satu kepercayaan atau sebuah buku, seorang wali atau seorang pengasas. Ia adalah pencarian berterusan untuk kebenaran berdasarkan kepada pengalaman yang dibaharui secara berterusan. Hinduisme adalah evolusi berterusan pemikiran manusia mengenai Tuhan.  

Dalam sejarah dunia, Hinduisme adalah satu-satunya agama yang menunjukkan kebebasan penuh dan kebebasan fikiran manusia, dalam keyakinan penuhnya terhadap kuasanya sendiri. Hinduisme adalah kebebasan, terutamanya kebebasan dalam memikirkan tentang Tuhan.[31]

Arthur Schopenhauer (1788-1860)

Di seluruh dunia, tiada pengajian... yang begitu berfaedah dan begitu menambah pengetahuan seperti  Upanishad. Ia telah menjadi penawar kehidupan saya, ia akan menjadi penawar kematian saya.

Ralph Waldo Emerson

Bhagavad Gita menjadikan hari saya yang mengagumkan. Ianya seolah-olah sebuah empayar telah bercakap kepada kita, tiada apa-apa yang remeh atau tidak penting, tetapi lantang, tenang, dan konsisten; suatu suara kepintaran lama pada suatu zaman dan iklim yang lain yang telah menjawab soalan-soalan yang sama yang kita persoalkan.[32]

Max Muller

Biar apa pun tarikh ayat-ayat suci Veda, sama ada 1500 S.M atau 15,000 S.M, ia mempunyai tempatnya yang unik dan berdiri sendiri dalam kalangan kesusasteraan dunia. Ia memberitahu kita sesuatu tentang perkembangan awal fikiran manusia yang tidak dapat ditemui di mana-mana pun.[33]

The Six Systems of Indian Philosophy (1899)

Hinduisme di Malaysia

Rencana utama: Hinduisme di Malaysia

Rujukan

  1. ^ Complete Works of Swami Vivekananda (Edisi ke-4) Vol.III, ms.293, Vol.IV, ms.333 dan Vol.V, ms.436-437
  2. ^ Swami Nirvedananda, Hinduism at a Glance, ms.14
  3. ^ "Konsep Tuhan"
  4. ^ [1] Diarkibkan 2005-02-28 di Wayback Machine "Penganut"
  5. ^ The Legacy of India, (Ed. ny G.T.Garratt), ms.1-24
  6. ^ Swami Tathagatananda, The Basic Ideas of Hinduism and How It Is Transmitted, (2009) The Vedanta Society of New York. ms.28
  7. ^ http://vivekanandabio.blogspot.com/
  8. ^ Swami Bhaskarananda, The Essentials of Hinduism, ms4-5
  9. ^ Swami Bhaskarananda, The Essentials of Hinduism, ms.11
  10. ^ Swami Bhaskarananda, The Essentials of Hinduism, ms.12
  11. ^ Swami Nirvedananda, Hinduism at a Glance, ms.32-33
  12. ^ Swami Bhaskarananda, The Essentials of Hinduism, ms.65
  13. ^ Rig Veda 1.164.46
  14. ^ Swami Bhaskarananda, The Essentials of Hinduism (Sri Ramakrishna Math, Chennai: 1994)p.66-67
  15. ^ Ibid
  16. ^ Ibid.ms.68
  17. ^ Ibid
  18. ^ Ibid
  19. ^ Ibid.ms.69
  20. ^ Ibid
  21. ^ Swami Nikhilananda, Hinduism: Its Meaning for the Liberation of the Spirit (Sri Ramakrishna Math, Chennai: 1968) ms.162
  22. ^ Bhagavad Gita, 4.7.8
  23. ^ The Vishnudharmottara (Part III) A. Treatise On Indian Painting And Image-Making By Stella Kramrisch
  24. ^ Mahabharata (Shantiparva) 269/5
  25. ^ The Laws of Manu, V/18,22-23
  26. ^ G.Bühler, trans., The Laws of Manu (The Oxford University Press, 1886) V/5-56
  27. ^ Ibid., V/56
  28. ^ Kunhan Raja, The Cultural Heritage of India, vol.1 (Calcutta, India: Belur Math), 39
  29. ^ https://raneenarendranath.blogspot.my/2018/01/apa-kata-mereka-mengenai-agama-hindu.html?spref=fb
  30. ^ ibid
  31. ^ ibid
  32. ^ ibid
  33. ^ ibid

Lihat juga

Sri Sankara Sri Ramakrishna Vishnu Ganesha Falsafah India
Madhvacharya Sri Krishna Caitanya Siva Muruga Sri Vaiṣnava
Ramanujacharya Swami Vivekananda Shakti Falsafah Vedanta Wanita Hindu

Pautan luar