Pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Lembah Klang merangkumi pelbagai jenis pengangkutan seperti bas, rel dan teksi. kerajaan Malaysia telah berbelanja berjuta-juta ringgit untuk meningkatkan mutu dan kesediaadaan pengangkutan awam di Lembah Klang, termasuk membina aliran LRT baru.
Kini, cuma 16 peratus populasi menggunakan pengangkutan awam. Antara punca kadar penggunaan yang rendah ialah para komuter mendapati mutu perkhidmatan rendah. [1]
Teksi bermeter boleh didapati di merata bandar. Namun, kesesakan lalulintas, terutamanya pada waktu rush hour kerap berlaku di KL dan pada waktu sebegitu mungkin sukar untuk mendapat teksi. Terdapat banyak insiden melibatkan pemandu teksi yang mengenakan tambang yang keterlaluan, terutamanya terhadap pelancong, maka, para pelancong dinasihatkan agar menaiki teksi yang mengenakan tambang berdasarkan meter, atau bertegas untuk menggunakan meter.
Rencana utama: Perkhidmatan bas di Kuala Lumpur |
Rencana utama: Sistem Transit Bersepadu Kuala Lumpur |
|
Bagi perjalanan antarabandar, hab transit utama di Kuala Lumpur ialah:
Sistem pengangkutan awam dikawal dan ditadbir oleh pelbagai pihak berkuasa, termasuk Lembaga Perlesenan Kenderaan Komersial (CVLB) yang merupakan cawangan Kementerian Pembangunan Perusahaan dan Usahasama, Kementerian Pengangkutan dan kerajaan tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan majlis perbandaran lain.
Seluruh sektor pengangkutan bukan ditadbir oleh satu buah badan.
|coauthors=
(bantuan)