Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.Cari sumber: "Penghabluran" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (Jun 2022) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Pandangan dekat kristal garam natrium klorida yang terkumpul dalam suatu gelung besi.

Penghabluran ialah suatu proses pemejalan - secara semulajadi mahupun buatan - di mana molekul-molekul disusun rapi menjadi suatu struktur hablur atau kristal, sama ada melalui pemendapan daripada suatu larutan, pembekuan atau pengenapan langsung daripada suatu gas. Ciri hablur akhir yang terhasil bergantung banyaknya kepada faktor tertentu seperti suhu, tekanan udara dan masa penyejatan cecair bagi hablur cecair.

Banyak mineral dan molekul organik menghablur dengan senangnya lalu menghasilkan kristal berkualiti tinggi tanpa sebarang cela yang kelihatan, jika dibandingkan dengan partikel biokimia seperti protein. Kebolehan menghablur ini bergantung kepada kekuatan sama ada pada daya atom (dalam bahan galian) mahupun daya-daya antara dalaman dan luaran molekul.

Langkah pembentukan

Proses ini terdiri daripada dua kejadian besar dorongan sifat termodinamik dan kimia iaitu:

Dua kejadian ini boleh bersaing menonjol antara satu sama lain lalu mennetukan saiz kristal akhir.

Penghabluran boleh dilihat pada banyak sebatian dengan struktur berbeza (yakni "polimorfisme") yang barangkalinya boleh memaparkan sifat fizikal yang berbeza termasuk kadar pelarutan, bentuk struktur, takat lebur dan sebagainya. Aspek ini sangat penting dalam penghasilan kristal untuk tujuan peringkat industri. Fasa-fasa hablur turut boleh dipengaruhi faktor yang berubah seperti suhu.