Prebet Sapu | |
---|---|
Pengarah | Muzzamer Rahman |
Penulis | Muzzamer Rahman |
Dihasilkan oleh | Muzzamer Rahman |
Dibintangi | |
Sinematografi |
|
Disunting oleh | Kamil Hashim |
Syarikat penerbitan | Le Mediator Studio |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 1 jam 22 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM500,000 |
Pecah panggung | RM257,259 |
Prebet Sapu atau dikenali sebagai Hail, Driver!, ialah sebuah filem drama Malaysia 2020 arahan Muzzamer Rahman.[1] Ia mengisahkan seorang pemuda yang mencari kehidupan di ibu kota Kuala Lumpur sebagai pemandu prebet sapu e-hailing walaupun buta warna.[2][3]
Ia dipilih sebagai penyertaan Malaysia untuk Anugerah Akademi untuk Filem Cetera Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi ke-94.[4][5] Ia ditayangkan di pawagam pada 16 Disember 2021 di Malaysia.
Filem ini berlatarkan hitam putih.[6]
2018. Aman berpindah dari Pahang ke Kuala Lumpur dengan kereta lama arwah bapanya bagi mengejar impiannya untuk menjadi penulis. Namun, Aman bersusah payah mencari kerja dan dihalau keluar dari bilik sewa. Dia terpaksa tidur di dalam keretanya dan menjadi pemandu e-hailing (e-pangilan) secara haram, setelah gagal mendapatkan lesen memandu kerana buta warna.
Sehinggalah dia bertemu dengan Bella, seorang penumpang Cina, yang menawarkan dia tinggal sementara di tempatnya, dengan syarat Aman mesti menjadi pemandu peribadi untuk kerja malamnya sebagai 'gadis pengiring'.
Apabila kedua-dua jiwa miskin bandar menjadi kawan, konflik sedang menanti. Bagaimana kisah mereka akhirnya?[7]
Penggambaran filem dijalankan pada tahun 2017.[8] Ia ditayangkan di festival filem antarabangsa Jogja-Netpac Asian Film Festival (JAFF) pada 16 December 2020 di Indonesia.[9] Ia juga ditayangkan festival filem seperti Udine Far East Film Festival di Itali; Toronto Reel Asian Film Festival di Kanada; Asian Film Festival di Sepanyol, dan lain-lain.[10]
Ia dipilih oleh Finas untuk mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cetera Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi (Oscars) ke-94.
Ia ditayangkan di pawagam pada 16 Disember 2021 di Malaysia.
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2022 | Malaysia Golden Global Awards (MGGA) | Lakon Layar Terbaik | Muzammer Rahman | Menang |
Festival Filem Malaysia ke-32 | Pengarah Terbaik | Muzammer Rahman | Tercalon | |
Pelakon Lelaki Terbaik | Amerul Affendi | Tercalon | ||
Pelakon Wanita Terbaik | Lim Mei Fen | Tercalon | ||
Lakon Layar Terbaik | Muzammer Rahman | Tercalon | ||
Cerita Asal Terbaik | Muzammer Rahman | Tercalon | ||
Sinematografi Terbaik | Fairuz Ismail, Hafiz Rashid | Tercalon | ||
Penataan Seni Terbaik | Edward Chee Boon | Tercalon | ||
Poster Terbaik | Le Mediator Studio, Jarl Faizal | Tercalon | ||
2023 | Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2023 | Pelakon Lelaki Terbaik | Amerul Affendi | Tercalon |
Filem Terbaik | Prebet Sapu (Le Mediator Studio) | Tercalon |
11. "Prebet Sapu Tayangan Perdana". ON-e. 18 Disember 2021.